Tuesday 19 July 2022
Nasi Daging Utara
Wednesday 22 June 2022
Release Stress
Assalamualaikum..
Aku percaya semua orang pernah hadapi stress, sama
ada kecil atau besar. Hidup kita memang
di hadapkan dengan cabaran. Tapi bagaimana kita menghadapi stress tersebut
menentukan tahap kesihatan mental kita.
Di sini aku ingin kongsikan sedikit perkongsian
bagaimana kita boleh release stress agar tidak terlalu menekan fikiran kita.
Take a Deep Breath
Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan hembus perlahan-lahan
melalui mulut. Ini di panggil dalam omputih, deep breathing. Deep breathing ini
bagus dalam menyalurkan oksigen ke otak kita sekaligus memberi impak tenang ke
dalam diri kita. Deep breathing bukan hanya di lakukan sekali sahaja, akan
tetapi di lakukan berkali-kali sehingga kita merasa sedikit tenang.
Minum Chamomile Tea
Chamomile Tea mengandungi bahan yang mampu
memberikan impak tenang kepada kita. Di galakkan minum teh panas bukannya
sejuk. Chamomile Tea juga mampu membantu kita untuk tidur dengan lebih nyenyak.
Menghirup Udara Segar
Menghirup udara segar mampu mengurangkan stress.
Atau dengan kata lain pergi menikmati alam semujadi. Melihat keindahan dan
kehijauan alam mampu memberi impak ketenangan dan mengurangkan tekanan ataupun
stress kita. Kita boleh pergi ke mana-mana yang mempunyai keindahan semulajadi
contohnya ke pantai, air terjun, taman rekreasi dan sebagainya.
Mandi Dengan Lebih Lama
Meluangkan masa untuk mandi dengan lebih lama
daripada biasa. Sama ada berendam di tub mandi atau mandi pancuran air biasa
pun boleh. Mandi dengan lebih lama dapat menyegarkan tubuh badan kita dan ianya
salah satu terapi untuk menghadapi stress. Boleh di tambahkan dengan haruman
mandian dan lilin aromaterapi mampu memberikan rasa ketenangan kepada kita. Cubalah!
Menikmati Minuman Kegemaran
Jika korang bukan penggemar teh, korang boleh cuba mana-mana
minuman kegemaran korang sebagai salah satu terapi untuk hilangkan stress.
Macam aku, kadang aku suka minuman yang sejuk untuk release stress, contohnya
cendol atau ice-cream. Korang bleh minum mana-mana minuman kegemaran sama ada
sejuk atau panas.
Membaca dan tadabbur Al-Quran
Tidak asing lagi bagi kita Muslim, kita punya sumber
paling mujarab untuk menenangkan diri iaitu membaca dan metadabbur makna ayat
Al-Quran. InshaAllah kita akan rasa lebih tenang. Di sambil itu juga kita boleh
berzikir dengan zikir-zikir yang sahih dari sunnah Nabi S.A.W. Sebagaimana
dalam Al-Quran menyatakan “Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang”. Korang
boleh download apps Hisnul Muslim (perisai muslim). Di situ terdapat banyak
siri zikir dan bacaan yang sahih dari hadith Nabi S.A.W.
Akhir kata dari aku, hidup ini hanyalah ujian dari
Allah S.W.T. Jadi kita sebagai hamba-Nya tidak akan terlepas dari di uji. Dalam
hidup korang pun aku percaya memang pernah di uji berkali-kali ye tak? Tapi percayalah
ujian itu bukan sia-sia. Ianya hanyalah untuk memberi kekuatan kepada kita di
samping pahala yang melimpah ruah jika kita redha dengan ujian tersebut. Apapun
dari aku, take care of yourself. Love ;)
Tuesday 21 June 2022
Homestead Impian
Cendol Penyejuk Hati
Assalamualaikum..
Last week was not my good days. Allah uji aku dengan sedikit kesedihan. :'( Dalam a few days jugak fikiran aku terganggu.
Jadi tengah hari tu aku pegi makan cendol tempat biasa aku makan. Sekadar nak sejukkan hati yang tengah berduka lara :'(
Cendol die the best. Portion die besar. Kalo makan cendol saje pn tanpa makanan berat lain, aku dah rasa kenyang.
Lokasi: Berhampiran Maybank Bandar Kota Bharu.
Ada macam-macam jenis topping:
- pulut
- tapai
- kacang
- jagung
Lontong Kuah Lodeh
Assalamualaikum..
Lama sungguh tak update blog, hingga hampir lupa password blog.haha.
Hari Raya Aidilfitri kedua yang lepas, aku ada masak Lontong Kuah Lodeh. Sebab aku teringin sangat nak makan.hihi. Lidah aku ni lebih kepada lidah universal. Suma masakan dari pelbagai negeri aku telan. :P
Pada sesiapa yang nak cuba, ini resepi ringkas dari aku.
Berikut adalah bahan-bahannya dan cara membuat lontong / kuah lodeh.
Sebelum nak buat kuah lontong / lodeh ni kenalah masak dulu nasi impit sebab ambil masa lama jugak nak masak tu kan.
Jadi, boleh rebus dulu siap-siap sambil sediakan kuah lontong / lodeh ni.
Bahan-bahan A (untuk di blend):
- 5 biji bawang besar
- 6-7 batang serai
- Kunyit
- Halia
- Lengkuas
- Segenggam udang kering
- Sengkuang
- Carrot
- Baby jagung
- Tempe
- Kacang panjang
- Cili
- Kobis
- Terung
- Tauhu
- Soo hoon
- Fuchuk
- Santan
- Asam keping
- Garam / perasa secukupnya
Sayur macam sengkuang, carrot,baby jagung dan tempe boleh masuk awal sikit untuk bagi lembut.
Sayur yang cepat lembut contohnya kacang panjang, cili, kobis, terung dan tauhu tu masukkan kemudian sikit. Seterusnya masukkan soo hoon dan fuchuk yang telah direndam.
Bila semua bahan dah agak lembut, bolehlah kita perasakan.
Bubuh garam secukup rasa, asam keping dalam 2 keping dan akhir sekali santan. Kacau sebati.
Masukkan perasa secukupnya dan tutup api. Siap!
Lontong kuah lodeh bolehlah di makan dengan telur rebus dan juga sambal ikan bilis.
Tuesday 4 March 2014
cara nak motivasikan diri
assalamualaikum...
down atau tiada semangat
ada yang cari blog aku sebab nak tau cara nak motivasikan diri sendiri. heheh. ni buat aku start nak bajet pakar motibasi nih.hahaha. okeh here we go!
dalam kehidupan harian ada yang cakap down la, tak ada semangat la, sedih la dan perkara yang sewaktu dengannya.
kat sini aku nak share sedikit tips yang tidak seberapa dari pengalaman sendiri.
sedikit tips yang aku guna untuk motivate diri sendiri bila down:
baca al-Quran
kalo rasa down, baca al-Quran. tadabbur (hayati) maksud ayat-ayat tentang ujian Allah terhadap hamba-Nya
surah al-Rad ayat 28, '...dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram'
selalu ingat Allah dan istighfar dan doa mohon Allah beri rasa ketenangan hadapi masalah
surround yourself with positive people
luangkan masa dengan orang yang positif, elakkan baca status facebook atau dengar benda-benda yang negatif.
bila bergaul dengan orang yang positif masa tengah down, dorang akan menaikkan semangat kita, tapi bila bersama orang negatif, kita akan makin down dan makin serabut
jika kita ada kawan yang negatif, tunggu bila kita kuat baru berhadapan ngan dorang
baca buku motivasi
baca buku motivasi atau paling tak search je kat google motivation quotes. inshaAllah kita akan rasa lebih semangat. nak pinjam buku aku pon bole. 2 singget (hahaha. mael upin ipin ;p)
sibukkan diri
jika down, elakkan untuk layan perasaan, kalo tak kita akan makin worst. best kan bila layan perasaan ni. segala memori sedih zaman tok nenek datang masa ni. menyokong untuk kita makin rasa down. jadi, sibukkan diri dengan benda yang berfaedah. contoh baca buku ke, pergi dengar kuliah agama ke kan dapat manfaat ugak. ilmu pon dapat ;)
cari jalan penyelesaian
setiap masalah ada jalan penyelesaian, tapi sama ada kita jumpa tau tidak penyelesaiannya. atau tepat atau tidak solutionnya. setiap masalah (bisnes atau peribadi) fokus pada jalan penyelesaian.
kawan aku pernah bagitau
'jangan membuang masa dengan fikirkan masalah tersebut, tapi fikirlah jalan penyelesaiannya dan bertindaklah'
kesiankan diri
dalam hadapi masalah paling penting kita kena lebih kesiankan diri kita kerana, salah satu kata-kata seorang kaunselor:
'kita perlu lebih kesiankan diri kita kerana kitalah yang akan bantu diri kita keluar dari masalah tersebut, orang lain boleh kesian, tapi hanya sekadar memberi empati dan simpati sahaja'
don't worry
jangan terlalu risau memikirkan masalah. cuba tenangkan diri, lupakan sekejap fokus kepada masalah dan setelah kita tenang, cuba selesaikan masalah tersebut.
'worry does not change the problem itself but it make it more worst'
dale carnegie juga mengatakan
'businessman who don't know how to fight worry, die young'
daripada kita risaukan masalah dan buang masa down lama-lama, baik kita cuba pergi cari jalan penyelesaian masalah tersebut kan ade ugak pekdahnya. ye dok?
Monday 3 March 2014
senaman kardio untuk wanita
assalamualaikum..
senaman kardio untuk wanita
ada yang tercari-cari blog ini untuk tahu tentang senaman kardio untuk wanita. meh aku kongsikan beberapa senaman kardio yang boleh di cuba orang wanita cun, cantik, gojes dan menawan di luar sana. wahai wanita sekelian, sila ambil perhatian!hihi
skipping
skipping adalah salah satu senaman kardio yang boleh di cuba oleh wanita yang ingin tampil sihat dan ramping. skipping memberi impak keseluruhan badan bagi yang mengamalkannya secara kosisten. jika rumah mempunyai kawasan yang luas seperti hall atau laman, boleh mencuba skipping. atau yang mempunyai ruang tamu yang luas. tapi awas! bagi yang tinggal di apartment atau flat, kalau boleh cuba elakkan skipping kerana bimbang jiran di bawah rumah akan dengar bunyi dentum-dentum.hehe. tak caya? aku dah pernah alami. tapi ni di rumah teres akak aku. aku bersenam lompat-lompat kat bahagian atas, bila aku turun bawah akak aku cakap 'boti buat ape la bunyi dentum-dentum kat atas' hahaha. aku sengih n diam je. kontrol macho depan anak buah aku ;p tapi kalo korang tinggal kondo boleh kot, sebab lantai dia lebih tebal. macam kawan aku tinggal kondo, tak ada pulak jiran datang buat komplen dia bersenam kat umah.hehe. so, pandai-pandai agak kat situ.hihi.
senaman kickboxing/seni mempertahankan diri
bagi wanita yang menginginkan bentuk badan yang lebih pejal (bukan berketul macam laki tuh), boleh cuba teknik tumbukan dan tendangan ala kick-boxing. aku pernah citer details pasal kickboxing dalam post senaman kardio kickboxing. teknik tumbukan akan membantu wanita memejalkan otot lengan atau otot bahagian atas badan untuk mengelakkan lengan mengeleber. teknik tendangan pula akan membantu wanita memejalkan otot paha dan betis. bagi yang ingin mengecilkan paha, memang sesuai buat senaman ini. dan sebagai bonusnya, bahagian punggung juga akan lebih pejal.hehe.
jogging
pada yang suka jogging, boleh try jogging sambil menghirup udara segar di taman rekreasi bersama kawan-kawan atau keluarga tersayang. selain dapat membakar lemak yang tidak di kehendaki, kita juga dapat meluangkan masa bersama orang tersayang bagi mengeratkan silaturrahim. kalo nak, boleh jugak ajak jiran-jiran berjongging bersama anak-anak. cuma, elakkan berpicnic bagai siap tapau nasik lemak, ayam goreng dan air bergas.hohoho.ini memang sangat bagus mengeratkan silaturrahim dengan makan bersama-sama, tapi sangat tidak di galakkan bagi yang sedang berusaha tampil sihat dan langsing. paling penting, senaman mesti konsisten dan juga jaga pengambilan makanan ye cik adek manis yang cantik jelita ;)
berenang
wanita juga boleh mencuba berenang sebagai senaman kardio pilihan. tapi aku tak reti berenang.hahaha. mak aku reti la. mak aku ni ratu renang idola aku.hihi ;) bagi yang sukakan aktiviti renang, mungkin boleh libatkan diri dengan berenang bersama kawan-kawan atau keluarga. bagi wanita muslimah pula, boleh cuba di kolam renang tertutup yang di buka waktu tertentu khas untuk muslimah. selamat berenang ye. sorry..tak banyak teknik aku bleh ajar sebab chekgu tak reti berenang wahai anak-anak.hehehe. dari kecik aku belajar berenang ngan mak aku, masih tak terturun lagi ilmu mak aku kat anak dia nih.hihi.
wanita berkerjaya
bagi wanita yang berkerjaya dan selalu sibuk. aku suggest untuk mencuba senaman-senaman yang sesuai untuk di cuba di rumah. contohnya skipping dan senaman kickboxing. boleh juga mencuba video-video senaman di rumah. bagi beginners, aku sarankan pilih video dengan duration singkat terlebih dahulu supaya tidak terlalu membebankan otot. lepas itu, korang boleh la gandakan duration seiring dengan stamina korang yang makin bertambah.
akhir kata
okeh, stakat tu sahaja aku kongsikan kali ni. pada wanita di luar sana, ada banyak sangat senaman kardio yang boleh di cuba oleh wanita, aku hanya kongsi beberapa shaja.hehe. pada yang terlepas untuk membaca post-post aku pasal senaman kardio, senang je. pegi dekat kotak search kat blog ni dan taip 'senaman kardio' korang akan jumpa banyak post tentang senaman kardio yang aku share. moga bermanfaat ;) tata.
Friday 28 February 2014
senaman kardio kickboxing
assalamualaikum..
senaman seni mempertahankan diri
walaupun dah beberapa tahun (sejak 1999-2003) meninggalkan penglibatan rasmi aku dengan seni gayung fatani malaysia, tapi aku selalu mengamalkan jurus-jurus silat dalam senaman aku di rumah. dari dulu hingga kini aku masih amalkan.hehe. aku selalu amalkan side n back kick dan juga jurus tumbukan sebagai senaman. meh aku citer sedikit tentang senaman seni mempertahankan diri.
punching bag vs batang pisang
sejak aku minat dengan seni mempertahankan diri. sejak zaman sekolah rendah lagi. aku suka la tengok citer kungfu, silat etc kat tv. dah tuh bila mak aku nak tebang pokok pisang kat kebun tuh aku mula la kenen-kenen kat dia.hihi. aku suh mak aku tolong ikatkan batang pisang dekat pokok untuk aku buat punching. konon-kononnya macam punching bag gituh la.
dah aku ni kampung girl guna jela batang pisang.hahaha. senang, free dan tak susahkan mak bapak aku nak keluarkan duit.hihi. aku mesti punch kat batang pisang tuh dan kira berapa prestasi aku. 10 20 50kali. haa..kononnya hebat la tuh.haha.
untuk makluman korang, batang pisang tak selembut punching bag. so, buku lima aku mesti merah-merah tiap kali aku wat training.hihi. sakit wo!!! kononnya nak asah buku lima kasi ada ruas-ruas macam fong sai yok!hahaha. obses giler. aku dah terbayang-banyang suatu hari nanti aku akan belajar kung fu terbang kat atap rumah jiran kiri kanan. bila aku dapat tau dorang guna macam tali untuk terbang dalam citer kungfu tuh, ces! hampeh. hancur berkecai angan-angan aku.hahaha. dorang main tipu ngan aku!
senaman kick-boxing di rumah
sejak aku join silat tahun 1999, aku selalu ugak buat senaman kick boxing kat rumah. aku guna jurus tendangan dan tumbukan.hahaha. ayah aku selalu ugak tengok anak dia meroyan kat umah.kihkihkih. sampai skang pon aku still teruskan senaman camni. tapi kadang-kadang aku buat bila orang tak ada kat umah. sebab kononnya skang aku nak jadi ayu. segan la nak tendang menendang kat umah bila dah tuo bangka nih.hahaha. tapi selalu ugak kantoi ngan ayah aku. selalunya bila terserempak ngan ayah aku, n dia usik-usik aku. aku kontrol macho. terus stop tapi tak cakap apa-apa. buat betul-betulkan rambut depan cermin.kahkahkah.
fungsi tendangan
aku amalkan side kick dan juga back kick sebab bagi aku ia sangat bagus untuk kekalkan bentuk badan bahagian pinggang ke bawah. untuk langsingkan peha dan betis. selain itu juga bagus untuk pejalkan bahagian punggung.ops! malu aku.hahaha. aku selalu praktis kat umah buat tendangan sisi dan tendangan belakang juga untuk kekalkan stamina aku dalam seni mempertahankan diri. kalo lama tak buat, mesti berkarat n segala jurus-jurus silat pon tak ingat. so, aku ade ugak praktis balik jurus-jurus yang guru silat aku ajar, cikgu adnan bin abdul kadir.heheh. aku ingat lagi email dia nama 'fatanan' sebab nama dia adnan + fatani, aku cilok guna versi aku 'fatatee' fatani + tee (nama aku).hahaha. obses kau!
fungsi tumbukan
fungsi tumbukan dalam senaman selain nak praktis untuk tumbuk orang (gara-gara tumbuk orang aku ada parut kat atas kening :p), ia mampu memejalkan otot-otot di bawah lengan. hasilnya lengan yang lebih langsing dan tidak menggeleber. korang mau lengan yang menggeleber? iyoooo..katakan tak mau!hihi. senaman tumbukan dapat melangsingkan bahagian atas. terutama lengan dan sisi badan. aku amalkan teknik tumbukan ni juga untuk kuatkan kekuda aku. ni guru silat aku ajar kuatkan kekuda dengan tumbukan.hehe. kekuda yang tegap dan kuat itu penting bagi seorang pesilat. ni aku punya teori sendiri hasil tunjuk ajar guru silat aku.hahaha.
kombinasi tendangan dan tumbukan
kombinasi tendangan dan tumbukan pula memberi impak kepada bahagian tengah badan yang kita sedia tahu, perut!hahaha. untuk hilangkan masalah perut boncet, rajin-rajin la amalkan senaman kickboxing ye anak-anak! senaman kickboxing boleh memejalkan otot-otot kat perut juga. bagi pembakaran lemak yang optimum, rajin-rajin la buat senaman secara konsisten. jangan pulak pagi pergi bersenam, lepas tu balun nasik lemak tak pun roti canai.hahaha. hancus la effect senaman korang. jaga makan pon penting tahu!hihi. tak pun hari ni senaman tahun depan pulak sambung. gamaknya berkarat lemak dalam perut.ops!haha.
contoh senaman kickboxing
ini adalah contoh video senaman kickboxing, kalo ada yang masih blur-blur dengan apa yang aku citer neh. tapi aku selalu buat tak pakai video pon. main tendang n tumbuk-tumbuk tu jerk maklumlah bajet terer.hahaha.
nih aku kongsikan video:
kickboxing cardio workout - smackdown your stress
eh, ibu mengandung tidak di galakkan buat senaman kardio ini.hehehe. kang terberanak kat situ sape nak tolong?hihi. ingat, jangan lupa minum banyak air. lebih-lebih lagi bila bersenam. dalam cuaca panas camni, boleh bersenam depan kipas macam aku buat.hihi.
Wednesday 26 February 2014
sukarelawan muslim program ziarah pesakit di perlukan
Tuesday 25 February 2014
perasaan sebagai sukarelawan
assalamualaikum..
perasaan aku
ada yang bertanya apa perasaan jadi sukarelawan? perasaan orang lain mungkin aku tak tahu, tapi meh aku citer sket perasaan aku nih!hehe. perasaan aku masa mula-mula aku decide nak jadi sukarelawan, aku mula terfikir aku perlu tanamkan benih-benih pahala untuk aku tuai di akhirat kelak. dah cukup selama ni aku hanya fokus pada kehidupan sendiri dan keluarga sendiri sahaja. aku patut menyumbangkan sesuatu kepada komuniti. bonusnya kita boleh bersosial untuk lebih rasa happy.hehe.
rasa lebih happy
jika dulu, kehidupan aku hanyalah keje keje dan keje. jadi kalo stress pon kehidupan aku hanya sekitar benda tu je. stress kat tempat keje, balik umah. stress kat umah, pegi keje. hidup aku macam tak ada benda lain sangat. kawan-kawan aku n family aku jela n keje. hmm..bosan kan? tapi bila aku dah start jadi sukarelawan, aku mula ada kawan-kawan baru. bina hubungan sosial baru dengan lebih ramai kawan. jumpa ramai orang yang tak pentingkan diri sendiri. yelah, untuk jadi sukarelawan pon awal-awal kita dah hapuskan dah perasaan pentingkan diri. target kita adalah berbakti kepada komuniti selain fokus kepada diri sendiri. so, hari demi hari aku makin happy. kalo dulu asek bergaul dengan orang yang pentingkan diri, tikam sana sini (kat tempat keje), skang aku mula jumpa golongan yang lebih positif sekaligus aku pun semakin jadi orang yang positif.
bina jaringan sosial
jika dulu kehidupan hanya fokus pada individualistik, skang aku dah boleh sesuaikan diri bergaul dengan masyarakat berbilang kaum, peringkat umur dan negara. tanpa aku sedari, dengan sendiri aku telah membina satu jaringan sosial yang besar. dari kawan face to face hinggalah kawan alam maya. lagi-lagi bila aku secara sukarela handle program dr zakir naik semasa aku dah benti keje, aku juga dapat ramai kawan-kawan melepasi jangkauan negara. boleh kenal ramai kawan-kawan foreigner ugak. dari situ aku mula asah skill speaking in english.hehe. walaupun awalnya english aku sangat la broken. skang aku lebih confident untuk cakap bahasa inggeris (walopun tak fluent).
tingkatkan keyakinan diri
bergaul dengan ramai pihak dari pelbagai lapisan (umur, status, negara etc) kita dapat tingkatkan skill komunikasi kita dan juga kita akan lebih berkeyakinan diri untuk bergaul. macam aku makin yakin nak bercakap bahasa inggeris dan sebagainya. selain itu, kita dapat mengubah diri kita. aku maksudkan cara kita berfikir sebelum ni, cara bergaul, bercakap dan sebagainya akan berubah. sebab itulah di katakan persekitaran adakalanya mengubah siapa diri kita. yang penting, kena tahu pilih persekitaran yang mana kita nak involve, baik atau buruk.
menjadi lebih sensitif
menjadi lebih sensitif bukan bermakna kejap-kejap nak nanges kejap-kejap nak tacing.hihi. itu meroyan namanya ;p tapi dengan bergaul dengan ramai pihak, berjumpa ramai orang. tolong orang tak mampu dan miskin, yang susah dan tidak bernasib baik. kita akan lebih sensitif dengan perasaan orang lain. seolah-olah ia mendidik kita menjadi lebih peka dengan perasaan orang lain. kita senang untuk cuba letakkan diri kita di dalam 'kasut' mereka. untuk menyelami kesusahan, penderitaan dan kesedihan yang mereka alami. berbanding mereka yang tidak turun padang, 'feel' itu mungkin kurang di rasai. jadi, dengan menjadi sukarelawan, kita mendidik diri menjadi lebih memahami insan lain. jadi, kita bukan sahaja boleh berbakti dengan menyumbangkan sumbangan berbentuk material, malah juga semangat, sokongan moral dan juga motivasi.
akhir kata
oklah. itu sahaja aku kongsikan buat masa ni. ada masa, kalo korang nak tau lagi aku kongsikan lagi erk.inshaAllah.hehe.