Friday, 3 January 2014

makan untuk kurus

assalamualaikum..

salah satu tips untuk kurus adalah makan! ya. setiap perkara itu ada baiknya, yang tidak baik adalah berlebihan. pengambilanan makanan secara terkawal adalah baik untuk mereka yang ingin kurus.
di sini aku nak kongsi tips plan pemakanan untuk kurus :) (ini bukan bermakna aku pakar nutrisi, aku hanya kongsi maklumat yang aku tahu, selebihnya rujuklah pakar :) )

sarapan itu penting
dalam dunia serba sibuk, setiap hari kita mengejar masa. kadang-kadang hingga mengabaikan pengambilan sarapan pagi. lebih-lebih lagi orang bujang macam aku.hihi. pagi-pagi aku selalu terkejar-kejar masa (bangun pun tak berapa nak pagi, tak nak cakap lewat ;p). sarapan penting untuk membekalkan nutrien harian yang di perlukan, kerana kita memerlukan tenaga dari pagi hinggalah tengah hari baru akan ambil makanan lagi. jadi sarapan amat penting!

akibat tidak sarapan
jika kita tidak bersarapan, biasanya lebih kurang pukul12 tengah hari, perut kita sudah berada di tahap kelaparan menggila. sebagai akibatnya kita akan mengambil makan tengah hari dalam portion yang besar. akibatnya lagi kita akan mengantuk di sebabkan gaya pemakanan yang tidak sihat ini. selain itu, tidak bersarapan juga menyebabkan metabolisma menurun. badan kita akan memberi isyarat kita tengah kelaparan atau kebuluran, jadi kadar metabolisma di turunkan. bila metabolisma turun, kadar pembakaran kalori juga menurun dan badan kita menurunkan pembakaran kalori harian kita.

metabolisma menurun
apabila metabolisma badan menurun dan kadar pembakaran kalori menurun, kadar pembakaran kalori dan kadar pengambilan kalori akan tidak seimbang. yelah, kita makan seperti biasa, tapi badan kita membakar kalori dengan lebih rendah. akibatnya kalori yang di ambil akan di simpan di dalam badan untuk penggunaan masa hadapan (kononnya sebab badan dah bagi isyarat kita tengah kebuluran). akibatnya, terjadilah kita makin hari makin gemuk walaupun kita tidak makan iaitu tidak ambil sarapan. ingat, makan itu penting untuk kurus! jika kena gayanya.

bagi yang sedang menjalankan sesi menurunkan berat badan, ini cadangan hidangan untuk berdiet:

cadangan pengambilan makanan - sarapan
- roti wholemeal
(cadangan: jem buah-buahan, tuna, omelet, ham, tomato)
(elakkan: mentega kacang, mentega, mayones dan cheese)
- biskut wholemeal
- oat atau 3 in 1 nestum
- susu rendah lemak dan bijiran sarapan
- 2 biji telur separuh masak/rebus 
- buah-buahan dan yogurt (perisa asli/kiwi/strawberi)
(cadangan: buah naga, kiwi, limau gedang, epal)
(elakkan: mangga, durian, pisang, laici 

cadangan pengambilan makanan - makan tengah hari
- mee sup
(cadangan: bihun, soh hoon, mee suah)
(elakkan: mee kuning, kueh teow, yee mee, mee segera)
-1/2 hidangan nasi + 2 hidangan sayur-sayuran + 1 hidangan protein
- sandwich
- bubur nasi
- yong tau fu sup 

cadangan pengambilan makanan - makan malam 
- sayur-sayuran + 1 hidangan protein
(cadangan: daging tanpa lemak, ikan, telur, tauhu, dada ayam)
(elakkan: segala jenis karbohidrat contoh nasi, mee, roti, biskut dan potato)
- sayur-sayuran + buah-buahan
- sayur-sayuran + sup
- buah-buahan + yogurt

cadangan pengambilan makanan - snek
jika masih terasa lapar, boleh ambil snek seperti:
- buan-buahan atau yogurt

nota kaki: 
elakkan: makanan berminyak, santan, makanan bergoreng, makanan masin, sejuk dan minuman berkarbonat atau bergas.
tidak boleh mengambil makanan 2-4 jam sebelum tidur.

alternatif untuk kurus:
konsep tiga B: bakar-buang-bina
1- bakar lemak:
lecithin/omega guard shaklee
bertindak sebagai pembakar dan pemecah lemak serta kolesterol.
2- buang lemak
alfalfa complex/herblax shaklee
bertindak untuk membuang lemak dan toksin dalam badan
3- bina otot
cinch/esp soy protein isolate powder
bertindak membina otot dan mengelakkan kulit dari menggeleber


# Page FB: Healthy and Beauty Store
# Blog: www.bicaradengantuhan.blogspot.com 
# FB: Suriati Abdul Halim
# Shaklee Independent Distributor (ID: 1081999)
# Email: suriatiabdhalim@gmail.com
# Sms: 013-7117971

note: semoga Allah memberi kesihatan yang baik untuk kita semua. inshaAllah. ingat semua, makan supplement, ubat, herba, akar kayu atau sebagainya ni cuma penyebab/ikhtiar/usaha je. 
tapi yang memberi penyembuh tu, dengan izin Allah s.w.t. kalau Allah tak izinkan, kita tak mampu nak janjikan apa-apa. paling penting mintalah kesembuhan dari-Nya tau :)


No comments:

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

Designed By Seo Blogger Templates