Tuesday, 21 June 2022

Homestead Impian

 Contoh Homestead

Assalamualaikum..

Sejak aku menetap di kampung pada tahun 2017, aku mula berangan-angan nak jadikan area rumah aku tu ala-ala homestead. 

"how would we describe a homestead?
A homestead is a house and surrounding land owned by a family — often, it includes a farmhouse. Most people have homes, but not everyone has a homestead: that means your family owns more than a house. The homestead often consists of a farmhouse and land devoted to crops or animals."

Dengan kata lain, homestead ni merangkumi rumah ala-ala rumah ladang (farm house), mempunyai kebun (sekurang-kurangnya untuk makan sendiri), ternakan seperti ayam, itik, kambing dan lembu. Senang citer, homestead ni menyediakan semua keperluan asas yang di perlukan oleh pemilik seperti sayur, daging, telur, susu, air dan sebagainya. 
Mereka yang tinggal di homestead biasanya cuba untuk mengurangkan atau mengelakkan membeli atau mengeluarkan wang untuk keperluan asas.

Contoh Sangkar Ayam

Bagi bil utilities rumah aku sekarang hanya perlu bayar elektrik sahaja. Air pula kami menggunakan air telaga yang di sedut menggunakan enjin air. Dulu aku teringin membuat tempat tadahan hujan untuk kegunaan kami sekeluarga, namun rasanya sudah tidak perlu lagi.

Sekarang aku hanya mampu menanam beberapa jenis pokok herba dan juga pokok buah-buahan untuk kegunaan kami sekeluarga. Antaranya pokok durian, duku dan dokong, pokok pisang, lemon, limau purut, lengkuas, serai, pokok rambutan, manggis, limau kasturi, limau nipis dan lain-lain. 

Cumanya waktu sekarang aku masih tidak mempunyai waktu untuk membela binatang ternakan di sebabkan oleh kekangan masa untuk menjaga kerana aku masih bekerja sepenuh masa. Namun InshaAllah suatu hari nanti bila aku sudah punya lebihan waktu untuk bercucuk tanam dan membela ternakan. 

Contoh Kebun Sayur

Itulah salah satu impian aku selama ni :) Hopefully one day akan menjadi kenyataan. Doakan aku ye ;)

No comments: