Tuesday 21 June 2022

Lontong Kuah Lodeh


 Assalamualaikum..

Lama sungguh tak update blog, hingga hampir lupa password blog.haha.

Hari Raya Aidilfitri kedua yang lepas, aku ada masak Lontong Kuah Lodeh. Sebab aku teringin sangat nak makan.hihi. Lidah aku ni lebih kepada lidah universal. Suma masakan dari pelbagai negeri aku telan. :P

Pada sesiapa yang nak cuba, ini resepi ringkas dari aku.

Berikut adalah bahan-bahannya dan cara membuat lontong / kuah lodeh.

Sebelum nak buat kuah lontong / lodeh ni kenalah masak dulu nasi impit sebab ambil masa lama jugak nak masak tu kan.

Jadi, boleh rebus dulu siap-siap sambil sediakan kuah lontong / lodeh ni.

Bahan-bahan A (untuk di blend):

  • 5 biji bawang besar
  • 6-7 batang serai
  • Kunyit
  • Halia
  • Lengkuas
  • Segenggam udang kering

Bahan-bahan B (Aneka sayuran di potong kecil):
  • Sengkuang
  • Carrot
  • Baby jagung
  • Tempe
  • Kacang panjang
  • Cili
  • Kobis
  • Terung
  • Tauhu

Bahan-bahan C (di rendam):
  • Soo hoon
  • Fuchuk

Bahan-bahan D (di letakkan akhir):
  • Santan
  • Asam keping
  • Garam / perasa secukupnya
Cara-cara memasak:

Mula-mula kisarkan semua bahan A menggunakan blender.  Kemudian, panaskan air dalam periuk hingga mendidih. Bila dah mendidih, masukkan bahan yang dikisar tadi. Kemudian masak lagi hingga mendidih. Lepas tu baru masukkan sayur-sayur.

Sayur macam sengkuang, carrot,baby jagung dan tempe boleh masuk awal sikit untuk bagi lembut.

Sayur yang cepat lembut contohnya kacang panjang, cili, kobis, terung dan tauhu tu masukkan kemudian sikit. Seterusnya masukkan soo hoon dan fuchuk yang telah direndam.

Bila semua bahan dah agak lembut, bolehlah kita perasakan.

Bubuh garam secukup rasa, asam keping dalam 2 keping dan akhir sekali santan. Kacau sebati.

Masukkan perasa secukupnya dan tutup api. Siap!

Lontong kuah lodeh bolehlah di makan dengan telur rebus dan juga sambal ikan bilis.



No comments:

Designed By Seo Blogger Templates