Wednesday 22 June 2011

Tuhan..temanilah aku

Tuhan..aku sendirian berjalan di jalan ini...
mampukah aku sampai ke penghujungnya?
kuatkah aku meredah halangan sepanjang jalan ini sendirian?
Tuhan..ketentuan apakah semua ini?
apakah yang ingin Engkau sampaikan padaku hamba-Mu yang kebingungan ini?


Tuhan..jalan ini penuh onak dan debu-debu kotor
akan kuatkah kaki yang melangkah 
bila di sapa duri-duri yang menanti di sepanjang jalan ini
akan kaburkah mata yang menatap
pada debu-debu yang akan menghinggap dan mengaburkan pandanganku pada jalan ini


Tuhan..mampukah aku berjuang di jalan ini sendirian?
kenyataan apakah yang perlu aku hadapi ini oh Tuhan?
hanya Engkau yang Maha Tahu dan punya jawapan untuk semuanya saat hatiku mula bertanya..


Tuhan..temanilah aku..saat aku rasa sendirian..
Read More

Friday 17 June 2011

Tuhan..aku takut!!!

Tuhan..hari ini hatiku di buru rasa takut..risau dan bimbang. perasaanku ini datang silih berganti. hatiku begini kerana aku kasihan..hmm..sukar untuk ku ceritakan.
Tuhan..aku takut. takut untuk membuat keputusan. takut mengecewakan diri sendiri dan yang lain. lebih tepat aku takut menangis lagi. takut terkorban oleh kata-kata. takut tertipu oleh harapan. takut untuk bermain dengan impian. 
Tuhan..hapuskanlah mimpi-mimpiku. aku sudah lelah untuk bermimpi lagi. seringkali mimpiku di bunuh kenyataan yang kejam. seringkali mimpiku menghantui ketenanganku..ngeri dan menyesakkan.
Tuhan..andai aku mampu, ingin ku bunuh harapan hari esok..moga aku tidak bermimpi lagi.
Tuhan..siapakah yang mengajarku erti mimpi???hmm..aku kini masih ketagihan untuk bermain-main dengan mimpi.
Tuhan..aku takut. mimpi seringkali menipuku. mimpi seringkali menjadikanku manusia yang dungu.
Tuhan..aku begitu takut hari ini. takut andai ada lagi manusia yang mengajarku bermain dengan mimpi dan keesokannya aku akan bangun ketakutan dan terpana, saat mimpiku di bunuh kejam.
Tuhan..aku begitu takut..jauhkanlah aku dari mimpi kerana mimpiku seringkali menipu dan mentertawakanku.
Tuhan..aku takut untuk bermimpi...
Read More

Wednesday 15 June 2011

Tuhan..syukurku untuk kesetiaan ini

Tuhan..ku serahkan ketentuan hidupku di bawah kekuasaan-Mu. hari ini ku panjatkan syukur untuk kurniaan nikmat ketenangan pada hatiku.
sekian lama ku cari ketenangan di hati baru kini ku mula temuinya. sekian lama resah, sedih dan risau menguasai fikiran, baru hari ini ku rasakan betapa segalanya telah hilang bersama kepayahan semalam. dan hari ini aku mampu tersenyum lega.
Tuhan..syukur untuk nikmat ketenangan ini.

Tuhan..bila sendirian, aku di ajar erti menghargai diri sendiri. selama ini diriku terbiar demi menjaga yang lain dan aku di hantui lelah yang tak pernah padam. resah yang tak pernah tenang. hari ini..bila segalanya hilang..seakan beban telah melayang pergi. terbebankah aku selama ini? hmm..tiada kata yang mampu menceritakannya. yang pasti hanya aku melaluinya bersama-Mu.

Tuhan..kisah apakah yang Engkau ingin ceritakan melalui perjalanan hidupku? aku terkadang di hantui keliru tidak mampu mengerti akan kekalutan hidup yang menghimpit.

Tuhan..syukurku untuk kesetiaan ini. betapa Engkau tidak pernah meninggalkanku saat aku terkapai-kapai tanpa pegangan. saat ku lemas dengan angan-angan. saatku tersungkur..bangun dalam kepayahan.
Tuhan..di mana lagi harus ku cari kasih sayang seagung ini di hati yang lain selain dari-Mu?

Tuhan..hati ini tertanya, perlukan ku tangisi kasih dunia yang begitu rapuh bila di amuk badai. begitu goyah bila di goda kesempurnaan. Tuhan..aku manusia serba tidak sempurna. namun aku redha dengan kurniaan ini. moga aku..tidak Engkau persiakan sebagaimana sekian lama kasihku di persiakan oleh dunia.
Tuhan..tidak ada nilaikah diriku pada mereka? hmm..hari ini aku makin pasti dengan keputusanku. nekad di hati..aku ingin sendirian bersama-Mu. Tuhan..sudah penat ku bermain dengan air mata. dunia dan angan-angan mengajarku erti lelah. kecewa dengan perjalanan yang tidak perpenghujung. perjalanan tanpa destinasi. perjalanan yang menipu. hari ini..aku ingin tertawa girang bersama-Mu.
Tuhan..izinkan aku tersenyum bersama-Mu menikmati bahagia yang sedikit ini.

Tuhan..syukurku untuk kesetiaan yang tidak pernah goyah ini. izinkan jua untuku persembahkan setiaku kepada-Mu. moga hari ini dan selamanya aku tidak lagi menjadi hamba-Mu yang mempersiakan kasih setia-Mu terhadapku.
Read More

Tuhan..hatiku bagaikan kaca

Tuhan..hatiku bagaikan kaca..betapa sensitifnya.
jernih dapat di lihat dari luar dan dalam..tiada sebarang rahsia.
jernih mudah terbias oleh cahaya..menzahirkan apa sahaja yang di sekeliling..mudah di pengaruhi perubahan sekeliling.
hatiku bagaikan kaca..tersangat perlu ku jaga berhati-hati. acapkali hatiku berkecai dalam air mata. satu kerja yang bukan mudah untuk ku ubati bila segalanya berkecai..bila hatiku terburai.
bila hati kacaku tercalar..mudah benar seri jernihnya hilang. mudah benar calar menjadi retak. menjaga hatiku bukan satu kerja mudah bagi diriku kerana hatiku bagaikan kaca.

Tuhan..hati kacaku seringkali terancam oleh kasar tangan-tangan yang sedang bertempuran. tangan-tangan yang terlalu kasar mendekati hatiku sehingga adakalanya hati kacaku di nodai kotornya tangan-tangan itu. kasarnya tangan mencalarkan hati kacaku. kasarnya tangan memecahkan hati kacaku. kasarnya tangan terhadap hati kacaku hingga saat terlalu rakus..pecah berkecai. akhirnya hati kacaku..terbiar pecah dan melukakan kaki-kaki lain yang memijaknya. kenapa angkara tangan-tangan kasar, kaki-kaki yang tidak bersalah menjadi mangsa hati kacaku? sungguh angkuh tangan-tangan yang kasar. sungguh tidak berpendirian.

Tuhan..hati kacaku cepat berkecai. adakalanya aku terasa terancam kerana terlalu rapi perlu menjaganya.
Read More

Thursday 2 June 2011

Tuhan..pimpinlah aku ke jalan-Mu

Tuhan..jalan apakah yang terbentang di depan mataku kini? mataku masih kabur untuk melihatnya. hatiku masih bingung memikirkannya. otakku beku untuk mentafsir segala kebingungan ini.

Tuhan..jalan ini seakan banyak persimpangan dan aku di kelirukan oleh liku-liku yang bersimpang siur. aku..masih bingung di sini. di antara persimpangan jalan-jalan itu. aku masih bingung untuk melangkah. kakiku seakan kaku untuk memilih jalan di depan sana. Tuhan..aku bingung..terduduk aku di sini tanpa seinci pun melangkah ke depan. Tuhan..aku bingung untuk memilih jalan itu. bukankah Engkau telah tahu..sekian lama aku mencari jalan-Mu tapi ku jumpa kini persimpangan yang mengelirukan. Tuhan..bukakanlah mata hatiku agar aku dapat melihat dengan jelas jalan menuju kearah-Mu. pimpinlah aku menuju ke jalan-Mu. satu-satunya jalan yang ku cari sekian lama..sedari kecil lagi. bantulah aku Tuhan..bantulah aku untuk memilih jalan ini.

Tuhan..jalan di depan sana terlalu banyak persimpangan. ada banyak tangan-tangan di hulurkan kepadaku. tangan-tangan itu cuba untuk memimpinku ke jalan mereka. Tuhan..aku takut, tidak ku percaya akan tangan-tangan itu. kerap kali aku tertipu oleh tangan-tangan yang suka berjanji. banyak tangan yang menjanjikan akan memimpinku ke jalan yang terbaik. menemaniku melalui liku-liku bersimpang siur. memegang erat tanganku saatku tersungkur oleh onak yang memaut kekuatan kakiku. tapi Tuhan..percayalah yang ku temui pada tangan-tangan itu hanyalah tipuan semata. tangan itu hanya mampu menjanjikan angan-angan buatku. dan aku di pimpin ke jalan khayalan yang tidak pernah berpenghujung. Tuhan..aku tidak ingin lagi menaruh apa-apa harapan dan kepercayaan pada mana-mana tangan sekalipun kerana telah sekian lama aku tertunggu-tunggu, lemas dengan janji-janji yang menipu.
Tuhan..aku hanya percaya pada-Mu. percaya hanya Engkau yang akan mampu membawaku ke jalan kebenaran tanpa tipuan. jalan yang lurus dan tidak mengelirukan. jalan yang berakhir dengan kebahagiaan. 

Tuhan..bantulah aku membuat keputusan untuk memilih jalan-Mu yang lurus. tidak ku ingin tersilap langkah. tidak ku ingin melangkah ke jalan yang salah bimbang likunya membuatkanku bingung. tidak ku ingin melangkah dengan bingung bimbang hatiku meronta tersesat parah.
Tuhan..bersihkanlah hatiku. jernihkanlah pandangan mata hatiku. moga aku dapat melihat dengan jelas jalan menuju kepada-Mu. moga aku mampu melangkah dengan penuh bertenaga dan yakin. 
Read More
Designed By Seo Blogger Templates