Thursday, 2 June 2011

Tuhan..pimpinlah aku ke jalan-Mu

Tuhan..jalan apakah yang terbentang di depan mataku kini? mataku masih kabur untuk melihatnya. hatiku masih bingung memikirkannya. otakku beku untuk mentafsir segala kebingungan ini.

Tuhan..jalan ini seakan banyak persimpangan dan aku di kelirukan oleh liku-liku yang bersimpang siur. aku..masih bingung di sini. di antara persimpangan jalan-jalan itu. aku masih bingung untuk melangkah. kakiku seakan kaku untuk memilih jalan di depan sana. Tuhan..aku bingung..terduduk aku di sini tanpa seinci pun melangkah ke depan. Tuhan..aku bingung untuk memilih jalan itu. bukankah Engkau telah tahu..sekian lama aku mencari jalan-Mu tapi ku jumpa kini persimpangan yang mengelirukan. Tuhan..bukakanlah mata hatiku agar aku dapat melihat dengan jelas jalan menuju kearah-Mu. pimpinlah aku menuju ke jalan-Mu. satu-satunya jalan yang ku cari sekian lama..sedari kecil lagi. bantulah aku Tuhan..bantulah aku untuk memilih jalan ini.

Tuhan..jalan di depan sana terlalu banyak persimpangan. ada banyak tangan-tangan di hulurkan kepadaku. tangan-tangan itu cuba untuk memimpinku ke jalan mereka. Tuhan..aku takut, tidak ku percaya akan tangan-tangan itu. kerap kali aku tertipu oleh tangan-tangan yang suka berjanji. banyak tangan yang menjanjikan akan memimpinku ke jalan yang terbaik. menemaniku melalui liku-liku bersimpang siur. memegang erat tanganku saatku tersungkur oleh onak yang memaut kekuatan kakiku. tapi Tuhan..percayalah yang ku temui pada tangan-tangan itu hanyalah tipuan semata. tangan itu hanya mampu menjanjikan angan-angan buatku. dan aku di pimpin ke jalan khayalan yang tidak pernah berpenghujung. Tuhan..aku tidak ingin lagi menaruh apa-apa harapan dan kepercayaan pada mana-mana tangan sekalipun kerana telah sekian lama aku tertunggu-tunggu, lemas dengan janji-janji yang menipu.
Tuhan..aku hanya percaya pada-Mu. percaya hanya Engkau yang akan mampu membawaku ke jalan kebenaran tanpa tipuan. jalan yang lurus dan tidak mengelirukan. jalan yang berakhir dengan kebahagiaan. 

Tuhan..bantulah aku membuat keputusan untuk memilih jalan-Mu yang lurus. tidak ku ingin tersilap langkah. tidak ku ingin melangkah ke jalan yang salah bimbang likunya membuatkanku bingung. tidak ku ingin melangkah dengan bingung bimbang hatiku meronta tersesat parah.
Tuhan..bersihkanlah hatiku. jernihkanlah pandangan mata hatiku. moga aku dapat melihat dengan jelas jalan menuju kepada-Mu. moga aku mampu melangkah dengan penuh bertenaga dan yakin. 


No comments:

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

Designed By Seo Blogger Templates