Tuhan..hari ini hatiku di buru rasa takut..risau dan bimbang. perasaanku ini datang silih berganti. hatiku begini kerana aku kasihan..hmm..sukar untuk ku ceritakan.
Tuhan..aku takut. takut untuk membuat keputusan. takut mengecewakan diri sendiri dan yang lain. lebih tepat aku takut menangis lagi. takut terkorban oleh kata-kata. takut tertipu oleh harapan. takut untuk bermain dengan impian.
Tuhan..hapuskanlah mimpi-mimpiku. aku sudah lelah untuk bermimpi lagi. seringkali mimpiku di bunuh kenyataan yang kejam. seringkali mimpiku menghantui ketenanganku..ngeri dan menyesakkan.
Tuhan..andai aku mampu, ingin ku bunuh harapan hari esok..moga aku tidak bermimpi lagi.
Tuhan..siapakah yang mengajarku erti mimpi???hmm..aku kini masih ketagihan untuk bermain-main dengan mimpi.
Tuhan..aku takut. mimpi seringkali menipuku. mimpi seringkali menjadikanku manusia yang dungu.
Tuhan..aku begitu takut hari ini. takut andai ada lagi manusia yang mengajarku bermain dengan mimpi dan keesokannya aku akan bangun ketakutan dan terpana, saat mimpiku di bunuh kejam.
Tuhan..aku begitu takut..jauhkanlah aku dari mimpi kerana mimpiku seringkali menipu dan mentertawakanku.
Tuhan..aku takut untuk bermimpi...
No comments:
Post a Comment