Saturday 26 March 2011

Tuhan..inikah saatnya aku harus memilih???

Tuhan..soalan hajah masih terdetik di hati..
persoalan itu kerap kali mengusik hatiku dan mendesak ku menjawabnya..


Tuhan..saat segalanya jadi begini..aku sendiri tertanya..apakah ini saatnya aku di beri pilihan?
Tuhan..tidak ada lagi ke pilihan lain??
aku terusan bertanya pada hati yang beku..mulanya tiada sebarang jawapan ku jumpa..


Tuhan..hatiku masih tertanya..hanya inikah pilihan dari-Mu??
Tuhan..inikah saatnya aku harus memilih cinta dunia atau cinta-Mu???

Tuhan..mulanya aku terpana dengan soalanku sendiri..aku menangis lagi untuk sekian kalinya aku tidak pasti..
namun kali ini hatiku menangis semahunya..tertanya andainya aku terpaksa memilih cinta-Mu atau cinta dunia..aku teragak-agak..bimbang hatiku tidak mampu setia..
lama berfikir..hatiku nekad..aku memilih cinta-Mu..janganlah Engkau sia-siakan hatiku..


Tuhan..saat aku sendiri bertanya soalan ini pada diriku..aku terfikir..
bagaimanakah keadaan aku andai aku menolak cinta-Mu dan memilih cinta duniaku???
sanggupkah aku kehilangan-Mu tapi mendapat sepenuhnya cinta duniaku???
sampai bila dunia akan membalas dan menghargai cintaku???
sampai bila cinta dunia akan kekal??
adakah jika aku menolak cinta-Mu, cinta dunia mampu membahagiakanku???
mampukah cinta dunia memastikan aku tidak akan bersedih???
mampukah cinta dunia menghargai setiaku???
mampukah cinta dunia menjadikan aku memiliki segalanya andai ku buang cinta-Mu???


oh Tuhan..ampunkan aku..
aku tidak dapat membayangkan keadaanku tanpa cinta-Mu
aku juga tidak dapat membayangkan keadaanku apabila membuang Mu dan membuang agamaku..
oh Tuhan..hamba-Mu tidak terdaya..bimbinglah aku..


saatku berkali-kali memikirkan soalan ini..apakah ini saatnya aku memilih???
cinta-Mu atau cinta dunia???
ya..aku pasti dan yakin dengan jawapanku..aku pilih cinta-Mu dan membuang cinta duniaku andai ini sahaja pilihan yang ada..aku redha..dan ajarkanlah aku untuk redha andainya aku belum mampu..


Tuhan..tidak sanggup aku membuang cinta-Mu yang ku cari bertahun-tahun seumur hidupku
cinta yang ku cari hanyalah cinta-Mu..tidak sanggup ku buang cinta-Mu dari hatiku
andai cinta dunia terpaksa ku korbankan untuk mendapatkan cinta-Mu aku rela..
bawalah cinta dunia pergi dari hatiku andai ianya menghalangku mendapatkan cinta-Mu
aku tidak sanggup kiranya Engkau membenciku..


Tuhan..selama manakah cinta dunia akan kekal???
aku yakin..cinta dunia hanya akan kekal kiranya itu yang Engkau tetapkan..bila tiba masanya Engkau hentikan cinta dunia..segalanya berakhir..tiada lagi rasa cinta..


Tuhan..apakah cinta dunia mampu membahagiakanku???
apa yang aku tahu..kebahagiaan itu bukan pada apa pun yang di miliki oleh dunia..
andai bahagia pada kasih sayang..sampai bilakah aku akan mendapat kasih sayang dari dunia??? andai tiada lagi kasih sayang tiada lagi kebahagiaanku..
andai bahagia pada harta benda yang di miliki dunia..apakah dunia akan selamanya memiliki harta???
tidak..akan tiba masanya segala harta benda akan hilang..
andai bahagia pada kesihatan..apakah dunia mampu menjanjikan aku akan sihat selamanya..tidak dunia sesekali tidak mampu..
kebahagiaan itu hanya datang dari cinta-Mu dan Engkau yang akan mencukupi keperluanku dan melindungiku dari kemudaratan..
mampukah dunia memastikan aku tidak akan bersedih hati??? tidak..dunia sering kali membuat aku menangis dan air mataku tidak pernah berharga pada dunia..dunia mengabaikanku..
hanya Engkau yang mampu menghalau kesedihanku..


Surah Al-Baqarah ayat 112 " ...Barangsiapa menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah dan dia berbuat baik, dia akan mendapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati."


mampukah dunia bersamaku tiap saat aku memerlukannya??? tidak..dunia seringkali meninggalkanku sendiri..
hanya Engkau yang menemaniku setiap saat aku memerlukan-Mu dan sentiasa dekat denganku..


Surah Al-Baqarah ayat 186 "Apabila hamba2Ku bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Aku, (beritahu mereka) sesungguhnya  Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka), Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka sentiasa berada dalam kebenaran."


mampukah dunia menjadikan aku memiliki segalanya andai ku buang cinta-Mu???
Tidak..dunia tidak mampu membuatkan aku merasakan aku memiliki segalanya..
hanya Engkau yang mampu membuatkan aku merasakan aku memiliki segalanya bila cinta-Mu ku raih sepenuh hati..biarpun segalanya pergi dari hatiku..
hanya Engkau yang menyayangiku sungguhpun aku seringkali melupakan-Mu..ampunkan aku Tuhan..
terasa kejam diriku tidak menghargai cinta-Mu dan memilih cinta dunia..
Tuhan..sungguhpun susah bagiku untuk mendapatkan cinta-Mu..akan ku cuba sepenuh hati..kerana aku tercipta untuk mencintai-Mu dan mengabdikan diri kepada-Mu seluruh hidupku..


Tuhan..redhailah hidupku..dan sungguh..aku memilih cinta-Mu
Read More

Wednesday 23 March 2011

Tuhan..ajarkan aku mencintai-Mu

Tuhan..memikirkan cinta-Mu hatiku mulai resah..
dimanakah cinta-Mu di hatiku???
aku belum lagi menjumpainya..hampir aku lelah dengan pencarianku
dimanakah cinta-Mu..tunjukkanlah aku jalan untuk mencari cinta-Mu
seluruh hidupku ku menanti cinta-Mu
Tuhan..adakalanya kurasakan aku mencurangi kesetiaan cinta-Mu terhadapku. aku adakalanya di gamit rindu yang menebal pada dunia yang mencurangiku..dan dunia seakan-akan tertawa akan kebuntuanku mencari cinta-Mu.
Tuhan..benarkah Engkau mencintaiku???
Ampunkan aku Tuhan..aku belum menemui cinta-Mu di hatiku.
ku cari dan mencari tidak ku jumpa segalanya hanyalah kosong dan sunyi..hatiku beku tanpa sekelumit pun rasa cinta..aku terdiam dan termangu di satu sudut yang terpencil..menangis kepenatan mencari cinta-Mu
Tuhan..benarkah Engkau terlalu mencintaiku??? andai begitu di manakah cinta-Mu??? Tuhan..bantulah aku dalam pencarian ini..
aku resah mencari cinta-Mu..aku pilu menangisi cinta duniaku..benarkah aku terlalu mencintai duniaku sedangkan Engkau mencintaiku??? ampunkan aku Tuhan..kerana belum menemui cinta-Mu
Tuhan..andainya ku jumpa cinta-Mu, apakah aku tidak Engkau sia-siakan sebagaimana dunia mensia-siakan cintaku padanya??? 
apakah Engkau tidak akan membiarkanku sendiri di saat dunia meninggalkanku??
apakah Engkau benar-benar menyayangiku??
jika begitu..ajarkanlah aku erti cinta..
ajarkanlah aku mencintai-Mu..
temukanlah aku dengan cinta-Mu..kerana hatiku terlalu sunyi tanpa cinta-Mu..
Tuhan..ajarkanlah aku mencintai-Mu...
Read More

Monday 21 March 2011

Tuhan..mereka di sampingku

Tuhan...


aku disamping mereka yang di timpa musibah..
Engkau ajarkan aku erti bersyukur..
sungguhpun musibah yang ku rasakan begitu berat namun masih ada lagi insan-insan yang menangisi hari-hari mereka..aku perlu membantu


aku di samping mereka yang memiliki agama..
Engkau ajarkan aku erti mencari..
mencari kebenaran agamaku sendiri..dan menunjukkan ku jalan menuju agamaku
Engkau dengar saat ku lafazkan doa entah keberapa kalinya
"Ya Allah Ya Tuhanku..bawalah aku mendalami agama-Mu, bawalah aku menyelami khazanah Islam-Mu"..untuk keberapa kali aku pun tidak pasti..dan aku meminta sesuatu yang tidak pernah terlintas oleh hatiku namun..akhirnya Engkau kabulkan permintaanku..Engkau temukan seorang kawan yang menuntunku ke jalan-Mu. ku bersyukur tidak terkata..


aku di samping mereka yang kehilangan..
Engkau ajarkan aku erti menghargai..
menghargai segalanya yang aku ada walaupun aku tidak pernah menyedari aku ada segalanya..aku ada Engkau..Tuhanku Yang Maha Agung walaupun segala isi dunia meninggalkanku


aku di samping mereka yang kekurangan..
Engkau ajarkan aku erti berkongsi..
berkongsi kekuatan yang Engkau berikan..berkongsi nikmat yang Engkau pinjamkan..
membantu seadanya mereka yang memerlukan..


aku di samping mereka yang menjauh dari-Mu
Engkau ajarkan aku erti mendidik..
mendidik mereka mencari jalan menuju-Mu
mendidik mereka mengenali-Mu
mendidik mereka menyayangi diri mereka seadanya dan mendidik mereka menghargai kasih-sayang-Mu buat mereka


aku di samping mereka yang menyakitiku..
Engkau ajarkan aku erti memaafkan..
memaafkan segala kesalahan mereka yang tidak di sengajakan..
memaafkan kata-kata yang mereka lontarkan..
memaafkan mereka dengan memberi kasih-sayang buat mereka..ku hadiahkan doaku buat mereka agar mereka mendapat petunjuk-Mu


aku di samping mereka yang menzalimiku..
Engkau ajarkan aku erti tawakkal..
tawakkal atas segala kezaliman yang ku hadapi
tawakkal dan menyerahkan orang yang menzalimiku kepada kekuasaan-Mu
tawakkal dan menelan semua dendam yang ada kerana aku ada Engkau yang melindungiku..tidak ada yang terlepas dari kekuasaan-Mu..namun ku cuba maafkan mereka dan melupakan segalanya demi cintaku pada-Mu


aku di samping mereka yang mencintai dunia..
Engkau mengajarkan aku betapa agungnya Cinta-Mu.
Engkau ajarkan aku betapa murahnya cinta dunia..
Engkau ajarkan aku setia satu-satunya kepada-Mu yang mencintaiku tanpa jemu menduga imanku..alhamdulillah.
Engkau ajarkan aku membunuh cinta duniaku dan memilih cinta-Mu.
Engkau ajarkan aku erti cinta yang sebenar..aku ingin di cintai-Mu dunia dan akhirat..cintailah aku..


aku di samping mereka yang belum mengenali-Mu 
Engkau ajarkan aku erti kasihan
kasihan akan mereka yang belum menemui jalan-Mu sesudah ku rasakan aku menemui apa yang ku cari bertahun-tahun seumur hidupku..
kasihan akan mereka yang belum mengerti akan kasih-sayang-Mu
kasihan akan mereka yang belum mengerti akan kebenaran agama-Mu..
moga aku mampu membawa mereka kepada-Mu..bantulah aku.


aku disamping mereka yang memerlukanku
Engkau ajarkan aku erti kehidupan..
Engkau ajarkan aku menghargai nyawaku
nyawaku berharga buat mereka kerana mereka memerlukanku


aku di samping keluargaku...
Engkau mengajarkan aku erti kasih-sayang..
kerana aku serba kekurangan...hanya mereka dan Engkau mampu menerimaku seadanya..bukan yang lain yang seringkali pergi mencari kebahagiaan masing-masing sedang aku bermati-matian mencari kebahagiaanku..kurniakanlah mereka kebahagiaan yang mereka cari..moga mereka tidak pernah melupakan cinta-Mu.
Read More

Sunday 20 March 2011

Tuhan..kuatkanlah diriku

Tuhan...hari ini sungguh memenatkan..berkali-kali aku berbicara dengan-Mu memohon sedikit tenaga untuk menunaikan amanah yang di beri..
Tuhan..ampuni aku andainya terdapat kekurangan dan kecacatan saat ku menjaga amanah yang di berikan..sesungguhnya aku benar-benar tidak terdaya..hanya Engkau Maha Mendengar rintihku saat ku perlukan-Mu.
Tuhan..bertimbun-timbun amanah di humban kepangkuanku yang sedang bertarung dengan kepenatan..
Tuhan..tidakkah mereka mengerti akan kepenatanku?? Tuhan..ajarkanlah mereka memahamiku moga mereka tidak lagi menekan keupayaanku..


Dan Kami pasti menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.
surah Al-Baqarah ayat 155.


(Iaitu) orang-orang yang apabila di timpa musibah, mereka berkata "inna lillahi wainna ilaihi rajiun (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali).
surah Al-Baqarah ayat 156.


Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.
surah Al-Baqarah ayat 157.


Tuhan..tunjukkanlah jalan keluar untuk semua kesulitan ini..sempurnakanlah kerjaku..dan bantulah aku menunaikan amanah yang di beri saat aku benar-benar kehabisan tenaga..


...barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
surah At-Tallaq ayat 2.


oh Tuhan..berikanlah sedikit tenaga dan kekuatan untukku teruskan berjuang menunaikan amanah-Mu hari esok dan hari seterusnya..aku kini kehabisan tenaga..bantulah aku Tuhan..ringankanlah bebanan kerja yang terpikul..dan redhailah pekerjaaanku..
Read More

Wednesday 16 March 2011

Tuhan..mereka perlukan aku

Tuhan..andaiku fikirkan hidup untuk diriku sendiri ku rasakan aku tidak mengharapkan apa-apa untuk ku teruskan hidup ini.
tapi bila ku fikirkan mereka memerlukan bantuanku aku punya kekuatan baru untuk hidup..
Tuhan..adakalanya aku terasa begitu penat dengan bebanan hidup dan bebanan kerjaku. ingin ku berhenti keje, tapi..ramai lagi yang memerlukan bantuanku..aku mesti keje walaupun penat..
oh Tuhan..berikanlah aku tenaga untuk bekerja dan meneruskan hidup. mereka memerlukan aku.
Tuhan..ramai lagi insan kekurangan yang memerlukan bantuanku. hanya dengan bekerja aku mampu menolong mereka..namun Tuhan,aku tidak terdaya. tenagaku makin lemah..aku semakin tidak berselera untuk makan..berikanlah aku tenaga Ya Allah. aku perlu bekerja untuk mereka..aku perlu tolong mereka.
oh Tuhan..kuatkanlah badanku untuk terus membantu mereka..berikanlah aku tenaga untuk hidup.
Tuhan..bebanan kerjaku semakin bertambah..kenapa aku yang di pilih majikanku???
berikanlah aku kemudahan Ya Allah..ringankanlah bebananku Ya Allah..bantulah aku mengharungi semua ini..aku perlu teruskan hidup..mereka memerlukan aku..
Read More

Tuhan..ampunilah mereka

Tuhan..ampunilah mereka kerana mungkin mereka tidak tahu kiranya menyakiti hati hamba-Mu itu satu dosa.
Tuhan..mungkin juga mereka tidak sengaja sehingga hampir setiap hari mereka menyakiti hatiku. oh..Tuhan hampir setiap kalinya hatiku menangis dengan tingkah mereka. 
Tuhan..ampunilah dosa mereka. mereka belum menemui jalan-Mu dan mereka belum mengerti akan segalanya tentang diri-Mu. Tuhan..bantulah mereka untuk mengenali-Mu.
Tuhan..kuatkanlah hatiku untuk menghadapi cemuhan dan kata-kata menyakitkan dari mereka.
Tuhan..mereka belum lagi mampu mengerti akan sedihnya hatiku saat mereka semahunya menyakitiku..Ya Tuhan Yang Maha Kaya berikanlah mereka kasih-Mu. sayangilah mereka sebagaimana Engkau menyayangiku. Berikanlah mereka petunjuk agar mereka kembali ke jalan-Mu dan tidak lagi kembali menyakitiku seperti selalunya. Tuhan..petahkanlah lidah mereka untuk melantunkan bacaan ayat-ayat suci-Mu daripada mereka terus-menerus menyakitiku dengan kata-kata yang menghiris.
Tuhan..ampunilah mereka..sungguh, aku yakin mereka masih belum mampu mengerti akan semua yang mereka katakan padaku. mereka tidak sengaja menyakitiku..ampunkanlah mereka Tuhan. moga mereka akan tergolong dalam golongan orang yang mendapat petunjuk-Mu.
terimalah mereka seadanya Tuhan..aku akan cuba memaafkan segala kesalahan mereka terhadapku..
Read More

Friday 11 March 2011

Tuhan..aku hidup hanya untuk hari ini


Tuhan..mungkin hatiku tak pernah sedar hidup ini hanyalah untuk seketika waktu sahaja. Dunia dan isinya akan kembali kepada-Mu. Sungguh, ada kalanya aku hanyut dan terleka dengan kesibukan dunia sehingga terlupa semuanya sementara.

Ungkapan lagu “Bagaimana kau merasa bangga, akan dunia yang sementara, bagaimanakah bila semua, hilang dan pergi meninggalkan dirimu. Dunia dipenuhi dengan hiasan, semua dan segala yang ada akan kembali padanya.”

Tuhan, hmm..bersediakah aku andainya tiba-tiba waktu seakan-akan tidak berdetik dan aku seakan-akan telah melalui alam yang lain tanpa aku sedari. Bersediakah aku andainya hari esok bukan lagi milikku??? Aku sedar, aku tidak mampu untuk menyekat masa dan segala ketentuan-Mu.

Tuhan..manusia adakalanya terlupa, mungkin hari ini pagi terasa begitu cerah dan hari-hari  di terangi harapan maka mereka berbahagia seadanya..bersyukurlah untuk itu. Dan andainya tiba-tiba mentari mula di litupi awan tebal, mendung..kilat dan guruh berdentum. Mereka ketakutan dan sembunyi di balik perasaan sendiri, cuba menghalau ketakutan itu dan akhirnya resah makin mencengkam. Langit mula menangis..bersama ketakutan yang mereka sembunyikan. Alam meraung..seluruh hati mereka bagaikan gila..bencana terus melanda. Mereka mula hilang pedoman. Dunia terasa seksa..mereka mula terasa ingin mati. Hati yang lemah terus mati tanpa di bunuh. Namun hati yang kebal meredah bencana yang mencurah..akhirnya sang pelangi indah datang menyapa hati yang kebal. Dunia mula tertanya..di manakah hati yang lemah??? Lalu alam tertawa melihat hati yang lemah bersemadi bersama bencana yang menduga. Alangkah rugi..memanggil mati sebelum masanya.

Tuhan..hari semalam telah pun tengelam bersama waktu. Hari esok masih di alam ghaib..belum pasti aku mampu bertemunya. Kenyataan adalah hari ini yang aku sedang lalui. Akanku cuba buat yang terbaik untuk hari ini. Hanya hari ini yang setia bersamaku. Bukan hari semalam yang pergi tanpa berita dan bukannya hari esok yang memberikan harapan yang belum pasti. Akan ku cuba untuk tidak menangisi semalam yang berlalu dan takkan ku resah menunggu esok yang masih tidak kunjung datang. Akan ku bergembira hanya untuk hari ini. Hanya hari ini yang boleh ku percayai kerana hanya hari ini yang masih setia bersamaku, bukannya semalam yang pergi, bukan juga esok yang belum tiba.
Read More

Tuhan..aku sendirian

Tuhan..kadang-kadang terasa sunyi..terlalu sunyi. Suasana bagaikan tiada bunyi..hanya Engkau dan aku dalam duniaku. Tuhan, walaupun di sekelilingku ramai yang menemani tapi seakan-akan aku berada dalam satu sudut yang asing. Sudut yang memisahkan aku dengan mereka di sekelilingku. Tuhan..benarkah aku sendirian dan di takdirkan sendirian???
Tuhan..adakalanya aku terlalu takut pada kesunyian. Aku tidak mampu untuk sendiri..mungkin jua aku tidak sedar akhirnya aku akan sendiri melalui alam kubur dan sendirian menemui-Mu suatu hari nanti.
Tuhan..ajarlah aku untuk hidup sendiri..temanilah aku sepanjang perjalananku ini..moga aku terus kuat meneruskan perjalanan mencari redha-Mu dan kuatkanlah aku untuk berdiri walaupun sendiri.
Tuhan..tidak bahagiakah aku bila sendiri??? Aku hanya yakin bahagia itu datang sepenuhnya dari-Mu. Dan bahagia itu ada di hatiku..aku cuma perlu mencari cinta-Mu di dalam hatiku. Tuhan..hingga kini aku masih belum menemui cinta-Mu yang tulus itu. Ajarkanlah aku untuk setia satu-satunya kepada-Mu kerana kadang-kadang hatiku di buru rindu pada dunia penuh godaan ni. Tuhan..bawalah cinta dunia pergi dari hatiku dan ku pohon dari-Mu, cintailah diriku seadanya aku moga cinta dunia tidak lagi terkesan oleh hatiku.
Read More
Designed By Seo Blogger Templates