Wednesday, 16 March 2011

Tuhan..ampunilah mereka

Tuhan..ampunilah mereka kerana mungkin mereka tidak tahu kiranya menyakiti hati hamba-Mu itu satu dosa.
Tuhan..mungkin juga mereka tidak sengaja sehingga hampir setiap hari mereka menyakiti hatiku. oh..Tuhan hampir setiap kalinya hatiku menangis dengan tingkah mereka. 
Tuhan..ampunilah dosa mereka. mereka belum menemui jalan-Mu dan mereka belum mengerti akan segalanya tentang diri-Mu. Tuhan..bantulah mereka untuk mengenali-Mu.
Tuhan..kuatkanlah hatiku untuk menghadapi cemuhan dan kata-kata menyakitkan dari mereka.
Tuhan..mereka belum lagi mampu mengerti akan sedihnya hatiku saat mereka semahunya menyakitiku..Ya Tuhan Yang Maha Kaya berikanlah mereka kasih-Mu. sayangilah mereka sebagaimana Engkau menyayangiku. Berikanlah mereka petunjuk agar mereka kembali ke jalan-Mu dan tidak lagi kembali menyakitiku seperti selalunya. Tuhan..petahkanlah lidah mereka untuk melantunkan bacaan ayat-ayat suci-Mu daripada mereka terus-menerus menyakitiku dengan kata-kata yang menghiris.
Tuhan..ampunilah mereka..sungguh, aku yakin mereka masih belum mampu mengerti akan semua yang mereka katakan padaku. mereka tidak sengaja menyakitiku..ampunkanlah mereka Tuhan. moga mereka akan tergolong dalam golongan orang yang mendapat petunjuk-Mu.
terimalah mereka seadanya Tuhan..aku akan cuba memaafkan segala kesalahan mereka terhadapku..


No comments:

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

Designed By Seo Blogger Templates