Friday, 11 March 2011

Tuhan..aku sendirian

Tuhan..kadang-kadang terasa sunyi..terlalu sunyi. Suasana bagaikan tiada bunyi..hanya Engkau dan aku dalam duniaku. Tuhan, walaupun di sekelilingku ramai yang menemani tapi seakan-akan aku berada dalam satu sudut yang asing. Sudut yang memisahkan aku dengan mereka di sekelilingku. Tuhan..benarkah aku sendirian dan di takdirkan sendirian???
Tuhan..adakalanya aku terlalu takut pada kesunyian. Aku tidak mampu untuk sendiri..mungkin jua aku tidak sedar akhirnya aku akan sendiri melalui alam kubur dan sendirian menemui-Mu suatu hari nanti.
Tuhan..ajarlah aku untuk hidup sendiri..temanilah aku sepanjang perjalananku ini..moga aku terus kuat meneruskan perjalanan mencari redha-Mu dan kuatkanlah aku untuk berdiri walaupun sendiri.
Tuhan..tidak bahagiakah aku bila sendiri??? Aku hanya yakin bahagia itu datang sepenuhnya dari-Mu. Dan bahagia itu ada di hatiku..aku cuma perlu mencari cinta-Mu di dalam hatiku. Tuhan..hingga kini aku masih belum menemui cinta-Mu yang tulus itu. Ajarkanlah aku untuk setia satu-satunya kepada-Mu kerana kadang-kadang hatiku di buru rindu pada dunia penuh godaan ni. Tuhan..bawalah cinta dunia pergi dari hatiku dan ku pohon dari-Mu, cintailah diriku seadanya aku moga cinta dunia tidak lagi terkesan oleh hatiku.

No comments: