Tuhan..mungkin hatiku tak pernah sedar hidup ini hanyalah untuk seketika waktu sahaja. Dunia dan isinya akan kembali kepada-Mu. Sungguh, ada kalanya aku hanyut dan terleka dengan kesibukan dunia sehingga terlupa semuanya sementara.
Ungkapan lagu “Bagaimana kau merasa bangga, akan dunia yang sementara, bagaimanakah bila semua, hilang dan pergi meninggalkan dirimu. Dunia dipenuhi dengan hiasan, semua dan segala yang ada akan kembali padanya.”
Tuhan, hmm..bersediakah aku andainya tiba-tiba waktu seakan-akan tidak berdetik dan aku seakan-akan telah melalui alam yang lain tanpa aku sedari. Bersediakah aku andainya hari esok bukan lagi milikku??? Aku sedar, aku tidak mampu untuk menyekat masa dan segala ketentuan-Mu.
Tuhan..manusia adakalanya terlupa, mungkin hari ini pagi terasa begitu cerah dan hari-hari di terangi harapan maka mereka berbahagia seadanya..bersyukurlah untuk itu. Dan andainya tiba-tiba mentari mula di litupi awan tebal, mendung..kilat dan guruh berdentum. Mereka ketakutan dan sembunyi di balik perasaan sendiri, cuba menghalau ketakutan itu dan akhirnya resah makin mencengkam. Langit mula menangis..bersama ketakutan yang mereka sembunyikan. Alam meraung..seluruh hati mereka bagaikan gila..bencana terus melanda. Mereka mula hilang pedoman. Dunia terasa seksa..mereka mula terasa ingin mati. Hati yang lemah terus mati tanpa di bunuh. Namun hati yang kebal meredah bencana yang mencurah..akhirnya sang pelangi indah datang menyapa hati yang kebal. Dunia mula tertanya..di manakah hati yang lemah??? Lalu alam tertawa melihat hati yang lemah bersemadi bersama bencana yang menduga. Alangkah rugi..memanggil mati sebelum masanya.
Tuhan..hari semalam telah pun tengelam bersama waktu. Hari esok masih di alam ghaib..belum pasti aku mampu bertemunya. Kenyataan adalah hari ini yang aku sedang lalui. Akanku cuba buat yang terbaik untuk hari ini. Hanya hari ini yang setia bersamaku. Bukan hari semalam yang pergi tanpa berita dan bukannya hari esok yang memberikan harapan yang belum pasti. Akan ku cuba untuk tidak menangisi semalam yang berlalu dan takkan ku resah menunggu esok yang masih tidak kunjung datang. Akan ku bergembira hanya untuk hari ini. Hanya hari ini yang boleh ku percayai kerana hanya hari ini yang masih setia bersamaku, bukannya semalam yang pergi, bukan juga esok yang belum tiba.
No comments:
Post a Comment