Saturday, 8 October 2011

berada di atas

jika engkau perlu berada di atas
engkau perlu tahu
kedudukan itu datang bersama tanggungjawab
jawatan itu datang bersama amanah

jika engkau harus berada di atas
engkau perlu tahu
berada di atas bukan sekadar nama
berada di atas tidak bermakna bergaya
di atas itu penuh dengan di lema
antara mendongak ke langit di gelar berlagak
antara tunduk ke tanah terus di pijak

jika engkau terpaksa berada di atas
engkau perlu tahu
bila saatnya perlu mendongak melihat mendung di atas
bila saatnya perlu tunduk melihat duri menyapa kaki

jika engkau akan berada di atas
engkau perlu tahu
di atas adakalanya panas
walau penghawa dingin membeku
hatimu terkadang di buru cemas
fikiranmu adakalanya di amuk celaru

jika engkau selalu berada di atas
engkau perlu tahu
bagaimana harus menunduk ke bawah
agar kau tahu di bawah tidak selalunya indah
agar kau tahu mengukur langit tinggi atau rendah

jika engkau teringin berada di atas
ketahuilah selesa itu tidak selalu di atas

24 september 2011
Read More

Friday, 7 October 2011

kamu istimewa

kamu istimewa sejak dari lahirmu
lahirmu adalah anugerah
buat dunia dan isinya
andai kamu menangis saat di lahirkan
biarlah mereka menangis saat kamu meninggalkan

kamu istimewa walau bagaimanapun rupamu
tidak ada pengganti bagi dirimu
di dunia dan di hati mereka
sekalipun mereka menafikannya
kamu hanya perlu meyakininya

kamu istimewa walau mereka tidak mengatakannya
kerana kamu tidak perlu di puji
kerana kamu tidak perlu di sanjungi
kerana kamu tidak perlu di puja
untuk kamu kelihatan istimewa

kamu istimewa walau tidak punya apa-apa
selagi kamu fahami kebenaran agama
kamu akan merasa kamu punya segalanya
kamu perlu percaya
Tuhan tidak menciptamu untuk sia-sia
ada hikmah yang ingin di sampaikan-Nya

kamu sememangnya istimewa
jika kamu tahu menghargai dirimu seadanya

26 september 2011
Read More

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

Designed By Seo Blogger Templates