Friday, 31 January 2014

sesuatu untuk di ingati

assalamualaikum..

dunia blogging
aku dalam dunia blogging dah masuk tahun keempat. bermula menulis dengan haru-biru yang hanya di pandu oleh emosi sedih. hari ni aku masih menulis. terkadang berkongsi rasa, terkadang berkongsi info. maaf aku pohon jika penulisan aku tidak memanfaatkan korang. segaja aku tak delete post-post lama dengan labels 'bicara dengan Tuhan' sebab itulah identiti asal blog ni. walaupun tidak banyak yang boleh di manfaatkan. tapi itulah satu tanda ingatan buat aku, yang di mana aku hari ini. alhamdulillah. perasaan aku makin terubat dari rasa sedih yang dulu hampir melarat.

dunia satu ujian
mahu tak mahu. rela atau tidak. yang pasti kita harus selalu sedarkan dan didik diri kita bahawa hidup ini hanyalah pentas ujian. baik atau buruk keadaaan, semua itu adalah ujian. setiap insan, sebagai hamba Allah kita tidak terlepas dari di uji. 

surah al-Mulk ayat 1-2:
"Maha Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.
yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun." 

ujian yang menguatkan diri
pernah aku ingin memilih untuk berputus asa, bukan sekali malah mungkin berkali-kali. namun, seringkali aku yakinkan diri bahawa Allah sayangkan aku. dengan itu ujian ini di hadiahkan semata untuk mendidik hati ini menjadi kuat. berbekalkan rasa yakin itu, hingga sekarang aku masih berjuang. berjuang untuk menjadi kuat. berjuang untuk terusan bertahan dan menjadi lebih baik. namun, hari ini lebih baik dari 3 tahun yang sudah. jika dulu aku mengambil masa yang begitu lama untuk memujuk hati menerima ujian Allah, alhamdulillah binikmatihi tatimussholihaat.
hari ni aku lebih baik dalam hadapi saat-saat sedih. aku tidak lagi menghabiskan masa yang lama untuk menangis. jika ya, hanya seketika. selepas itu cepat-cepat ku pujuk hati untuk menangisi dan meratapi.

surah al-Baqarah ayat 155-157:

'dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar,(iaitu) orang yang apabila di timpa musibah, mereka berkata 'inna lillahi wa'inna ilaihi rajiuun (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali).mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk".

sesuatu untuk di ingati
apa yang pernah terjadi di panggil sejarah. sejarah di sering di kaitkan dengan sesuatu untuk di ingati. jujurnya aku telah kuburkan banyak kenangan di masa silam aku. bukan bererti lupa diri. sekadar aku cuba lupa akan sesuatu yang pernah menghiris hati aku suatu ketika. sesuatu yang pernah membunuh semangat aku. bila berbicara tentang memori. ada yang di kaitkan dengan memori manis dan pahit. bagi aku,memori yang manis jika tiada kaitan dengan memori pahit, ia wajar di ingat. tapi jika memori manis yang bakal membekas pahit di hati, bakal membunuh potensi diri pada hari ini, aku memilih untuk hapuskan memori itu. 
cuma sesuatu untuk di ingati pada diri aku, saat aku berjuang untuk menjadi kuat sekuat hari ini. perjuangan itulah yang menyuntik semangat aku setiap kali aku tersungkur untuk sekian kali.

nota kaki
hidup bukan untuk di ratapi, tapi hidup untuk mencari bekal untuk hidup selepas mati. 
Read More

Wednesday, 29 January 2014

alfalfa complex emak dan anak

assalamualaikum..

korang tau, sempena promosi berapi bulan januari ni, alfalfa complex harga jatuh merudum. tapi lagi dua hari nak habes promosi :'(



manfaat untuk kesihatan
aku exsaited sangat sebab alfalfa ni banyak sangat manfaatnya untuk kesihatan:
1- merawat gangguan pencernaan
2- mengawal kolestrol dalam darah
3- menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh
4- mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
5- bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
6- mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
7- mengurangkan simptom menopous
8- merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
9- merawat masalah sembelit
10- menyahkan toksik dalam tubuh
11- mengurangkan kesakitan otot dan sendi
12- meningkatkan sistem pertahanan tubuh
13- membantu masalah penghadaman
14- membantu memperbanyakkan susu ibu
15- mengurangkan masalah pundi kencing
16- mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
17- meningkatkan kesihatan prostat
18- bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
19- menghangatkan hubungan suami isteri
20- membantu tingkatkan kesihatan lelaki


set alfalfa complex shaklee
sempena promosi bulan ini yang bakal berakhir 2hari lagi :( shaklee menawarkan set alfalfa complex dengan harga promosi yang jauh lebih murah dan menjimatkan:
# set kurus - alfalfa + lecithin
# set resdung - alfalfa + zinc complex
# set detox untuk kurus sihat dan cantik - alfalfa + herb lax + dtx complex
# set dalaman wanita - alfalfa + gla complex
# set keputihan - alfalfa + vita-c
# set milkbooster - alfalfa + esp
# set berpantang - alfalfa + zinc atau alfalfa + esp atau alfalfa + ostematrix atau alfalfa + vitalea
# set suami isteri - alfalfa + zinc
# set kulit ekzema - alfalfa + omega guard 




anak alfalfa complex yang budget
anak alfalfa complex ni bukan 'bajet' macam aku.hihi. tapi ianya budget dari segi uwang kamu. di sebabkan dia anak, jadi dalam botol alfalfa anak terdapat 330biji alfalfa complex di dalam alfalfa complex botol kecil. pelaburan yang sungguh jimat dan menguntungkan kesihatan. lebih-lebih lagi sempena promosi alfalfa complex bulan ini yang hampir berakhir, harganya jatuh merudum ke gaung. bergolek-golek tak sempat aku nak kejar sebab exsaited sangat aku borong banyak-banyak.hihihi. rugi tau kalo aku tak grab peluang kali ni. ye dak?

emak alfalfa complex yang super budget
kalo anak alfalfa yang memang budget, emak dia super budget. kenapa super??? kerana emak alfalfa mengandungi 700biji alfalfa complex di dalam botol besar. sungguh jimat tahu! lagi-lagi tengah promosi. sape tak meroyan. aku??? kompom hamek besar punya.hahaha. ini bukan tamak, ini namanya bijak! ;p
alfalfa emak dan anak
tips dari emak
ini tips dari mak aku (bukan mak alfalfa ;p ) kalo nak jimat, beli apa-apa dalam pack besar. harganya jauh lebih jimat. sebab mak aku kan anak ramai (10 orang adek-beradek aku.hihi) so, penjimatan adalah satu pelaburan yang menguntungkan isi rumah.hehe. 
mak aku kalo beli biskut mayat (jangan takot, tak berhantu) tak beli satu plastik kecik, beli terus 1kotak besar. beli milo peket atau tin besar. kicap botol besar. kesimpulannya suma besar sebab nak jimat :D

genetik yang di turunkan kepada anak
dah nama pun aku anak mak aku. mestilah sedikit sebanyak genetik mak aku terturun kat aku.haha. mana tak tumpahnya sos cili kalo tak ke spageti :p
aku pun dah terbawa-bawa perangai mak aku. pegi supermarket siap bukak kalkulator (kat phone la ;p) kira perbezaan pack kecik n pack besar. berapa sen penjimatan untuk setiap gram sos yang aku laburkan. details kau! ;p 
akibatnya walopun aku tinggal bujang, stok sos cili aku botol besar punye. masa study dulu lagi la, punya jimat aku beli sos cili dalam gelen 1kg. hamek kau! sonang nak buek sos spageti. (gebang kencang jimat tapi makan spageti ;p) makan biar besar, jimat pon besar gak.hihi. 
haa..bijak tak aku berbelanja?wakaka ;p

berbelanja secara bijak dan jimat
kalo korang pun nak berbelanja dengan bijak dan jimat, bleh ikut tips aku bagi.hihi. alang-alang promosi, takkan nak biar hari-hari promosi berlalu pergi dengan dengan rugi. ya dak? ;)
nak grab promosi kali ni senang je. details bleh contact aku. 
# Page FB: Healthy and Beauty Store
# Blog: www.bicaradengantuhan.blogspot.com 
# FB: Suriati Abdul Halim
# Shaklee Independent Distributor (ID: 1081999)
# Email: suriatiabdhalim@gmail.com
# Sms: 013-7117971

nak tips penjimatan macam aku pon boleh. nak tips dari mak aku lagi la boleh. kang aku call mak aku special untuk tanyakan tips buat korang.hihihi. 

nota kaki
promosi hanya tinggal lagi 2 hari. berakhir 31 januari ;'(
Read More

Saturday, 25 January 2014

ayat al-Quran kepada manusia yang di uji - al-Fatihah dan al-Baqarah


assalamualaikum..

dulu..suatu masa dulu hati aku pernah memberontak dengan secubit ujian yang Allah berikan. hari demi hari aku mendidik hati untuk terima ketentuan Allah dengan redha.
sepanjang aku berjuang mendidik hati. hati aku banyak di pulihkan dengan ayat-ayat dari al-Quran.
sedikit perkongsian dari aku:

antara ayat-ayat al-Quran yang menyentuh hati aku sewaktu aku di timpa ujian:

surah al-Fatihah ayat 5:
"hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan"

surah al-Baqarah ayat 45:
"dan mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. dan (solat) sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang kusyuk"

surah al-Baqarah ayat 112:
"tidak! barangsiapa menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah dan dia berbuat baik, dia mendapat pahala di sisi Tuhannya dan tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati"

surah al-Baqarah ayat 143:
"....dan Allah tidak akan menyia-yiakan imanmu. sungguh, Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang kepada manusia".

surah al-Baqarah ayat 152-153:
"maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku.
wahai orang-orang yang beriman! mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. sungguh, Allah berserta orang-orang yang sabar".

surah al-Baqarah ayat 155-157:
'dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar,
(iaitu) orang yang apabila di timpa musibah, mereka berkata 'inna lillahi wa'inna ilaihi rajiuun (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali).
mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk".

surah al-Baqarah ayat 186:
"dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permintaan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. hendaklah mereka memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran".

surah al-Baqarah ayat 195:
" dan infakkanlah (hartamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu jatuhkan (diri sendiri) ke dalam kebinasaan dengan tangan sendiri, dan berbuat baiklah. sungguh, Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik".

surah al-Baqarah ayat 197:
"....segala yang baik yang kamu kerjakan, Allah mengetahuinya. bawalah bekal, kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa. dan bertaqwalah kepada-Ku wahai orang-orang yang mempunyai akal sihat!".

surah al-Baqarah ayat 200-202:
"....maka di antara manusia ada yang berdoa, 'ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia,' dan di akhirat dia tidak memperoleh bahagian apapun.
dan di antara mereka ada yang berdoa 'ya Tuhan kami, berikan kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami dari azab neraka.' 
mereka itulah yang memperoleh bahagian dari apa yang telah mereka kerjakan dan Allah Maha Cepat perhitungan-Nya".

surah al-Baqarah ayat 207-209:
"dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya karena mencari keredhaan Allah, dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya.
hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. 
tetapi jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah, bahwasanya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana".

surah al-Baqarah ayat 212:
"kehidupan dunia di jadikan terasa indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka menghina orang-orang yang beriman. padahal orang-orang yang bertaqwa itu berada di atas mereka pada hari kiamat. dan Allah memberi rezeki kepada orang yang Dia kehendaki tanpa perhitungan".

surah al-Baqarah ayat 214:
ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) seperti (yang di alami) orang-orang terdahulu sebelum kamu. mereka di timpa kemelaratan, penderitaan dan di goncang (dengan pelbagai ujian) sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, 'bilakah datang pertolongan Allah?' ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat".

surah al-Baqarah ayat 216:
"....boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".

surah al-Baqarah ayat 233:
".....seseorang tidak di bebani lebih dari kesanggupannya..."

surah al-Baqarah ayat 245:
"siapakah yang memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayaran kepadanya dengan lipat ganda yang banyak. dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya-lah kamu dikembalikan". 

surah al-Baqarah ayat 286:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebaikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdo’a): "ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir".

semoga bermanfaat..

nota kaki:
sambungan dengan surah lain inshaAllah..
Read More

Thursday, 23 January 2014

resepi kachumbari - salad tomato dan bawang

assalamualaikum..

hari ni aku buat kachumbari atau salad tomato dan bawang.hihi.



kachumbari
kachumbari adalah nama swahili bagi salad tomato segar dan bawang yang mana sangat terkenal di afrika timur terutamanya kenya dan tanzania. ianya mengandungi bahan-bahan yang segar dan sangat mudah di sediakan. macam mana aku terjumpa pasal kachumbari ni? hahaha. aku tengok kat youtube la.hihi. aku tengok mark wiens makan. aku cam terliur lak.hihi.



resepi kachumbari - salad tomato dan bawang

bahan-bahan:
3-4 biji tomato
1 biji bawang (size medium)
sedikit jus lemon atau limau
sedikit minyak zaitun
sedikit garam
sedikit lada hitam
1 batang cili hijau/merah (optional)
sedikit daun ketumbar (optional)

cara menyediakan kachumbari:
hiris bawang nipis-nipis 
gaulkan dengan sedikit garam (10minit) dan di bilas
masukkan tomato yang di potong dalam bentuk wedges atau ikut citarasa sendiri
masukkan cili hijau/merah yang telah di potong nipis
gaulkan tomato dan daun ketumbar bersama sedikit jus lemon/limau, garam, lada hitam dan minyak zaitun
sedia di hidangkan dengan segera

nota kaki:
ini adalah versi original kachumbari. boleh juga di tambah avocado atau lobak merah jika suka.
kachumbari biasanya di makan bersama pilau (pilaf) sebagai side dish oleh orang kenya dan tanzania. pilau adalah nasi daging atau macam nasi minyak.
selamat mencuba ;)

tips:
tomato bagus untuk kesihatan dan kulit yang sihat ;)
Read More

Wednesday, 22 January 2014

masker esp shaklee original

assalamualaikum..

atas permintaan korang hari ni aku nak citer pasal pengalaman aku guna esp soy protein isolate powder + yogurt original sebagai masker :)


cara membuat masker
cara membuat masker esp shaklee dan yogurt original.
ambil sedikit serbuk esp soy protein isolate powder
dan di campurkan dengan sedikit yogurt perisa asli (apa-apa brand sahaja)


gaul sebati (cmpuran dalam nisbah 1:1) jika terlalu pekat boleh di campur sedikit air mengikut citarasa sendiri. 
selepas itu lumurkan ke seluruh muka. pakai 20-30 min atau sehingga kering sebelum di bilas dengan air bersih. boeh juga di pakai overnight.

kelebihan masker 
di sebabkan terlebih teruja, aku biasanya pakai masker overnight.hihi. hasilnya sungguh menakjubkan. 
1- kulit terasa lebih lembap 
2- kulit terasa lebih licin dan lembut
dan paling best skali, dapat mengecutkan jerawat degil yang menjengah kat muka. korang ingat senang ke nak kecutkan jerawat? susah wei.huhu.
pengalaman aku pegi wat facial dorang cakap guna mesin bunyi syret..syret macam kasi kejutan elektrik kat jerawat yang tumbuh dan konon katanya nanti jerawat akan kecut dan takkan membesar.
aku tertipu!!!jerawat aku membesar je. degei macam tuan die.haha.benci aku!
tapi pengalaman aku beberapa kali, jerawat baru nak tumbuh kat hidung n pipi saket tau tak!
aku try la buat masker esp+yogurt. 
haa..tau pon takut jerawat tuh. jerawat yang dulu sangat degei skang dah menyerah kalah dan terus kecut. aku apa lagi???hepi!!!!lalalala. padan muka kau jerawat! jangan nak macam-macam sama aku. kini aku dah ade senjata power.hahahaha.uwek!

kelebihan esp soy protein isolate powder

untuk pesanan
berminat nak try masker esp yang ohsem? nak consultation? nak borak-borak manja? ;p
boleh contact aku seperti di bawah ini:
# Page FB: Healthy and Beauty Store
# Blog: www.bicaradengantuhan.blogspot.com 
# FB: Suriati Abdul Halim
# Shaklee Independent Distributor (ID: 1081999)
# Email: suriatiabdhalim@gmail.com
# Sms: 013-7117971
Read More

Tuesday, 21 January 2014

limau mandarin si buah sitrus

assalamualaikum..

apa khabar korang suma? :)

tahun baru cina dah dekat. sebagaimana orang cina menantikan kedatangan sambutan tahun baru cina, aku pun menantikan kedatangan buah limau mandarin di pasaran.hihihi. orang sibuk nak sambut tahun baru cina, aku sibuk nak borong limau mandarin.



buah limau mandarin
buah limau mandarin senonim dengan masyarakat cina, tapi ini buah kegemaran aku.hihi. aku sangat suka limau mandarin walaupun aku tak sambut tahun baru cina sebab aku melayu maa ;p. kedatangan buah limau mandarin di pasaran paling aku nanti-nantikan sebab masa tahun baru cina je dorang jual limau ni. sedih aku!

buah oren sunkist 
dulu abang-abang n kakak-kakak aku selalu buat balik buah oren sunkist dan epal. masa aku kecik-kecik, buah-buahan cenggini kononnya grand la. kampung girl yang jakun macam aku ni hanya boleh makan buah cenggini masa akak n abang aku balik dari kuala lumpur je.hahaha. dasatkan? kami orang tak berada pun.tapi bahagia.hihi. dah besar ni macam kelakar lak. berlambak je buah epal n oren kat kelantan nun, tapi apsal la masa tu buah cenggini cam exclusive giler bagi family aku, macam hanya boleh di dapati kat kl je.hahaha.
dulu aku hanya makan epal berbanding oren sunkist. sebab oren sunkist kulitnya kalau kopek masih tertinggal serat-serat putih. aku kopek macam mana pun dia tetap ada, yang mana bagi aku tidak cantik.hahaha. makan pun nak cantik-cantik gak ;p jadi aku tak gemar makan oren sebab oren sunkist.

buah limau mandarin satu kotak
pada suatu ketika, masa aku kecik (macam buku cerita lak), kakak aku yang no.6 (adik-beradik aku 10orang suma, aku no.8) bawak balik 1 kotak limau mandarin masa dia balik cuti tahun baru cina. aku rasa sangat mewah masa tu.oh..heaven! rasa macam pertama kali lak makan buah limau mandarin. aku makan berbiji-biji.banyak!!! aku rasa sangat hepi sebab aku dah jatuh cinta kat buah oren yang bernama limau mandarin. meh aku citer nape aku suka sangat buah limau mandarin.

kulitnya senang kopek
berbanding oren sunkist, kulit limau mandarin senang kopek. tidak ada lagi sisa-sisa serat putih pada buah bila aku kopek. ianya licin dan cantik! buat aku sangat sukakan limau mandarin.hihi. walaupun orang cakap serat putih tu baik untuk penghadaman dan elakkan sembelit, aku tidak suka ia mencacatkan rupa limau aku.hahaha. korang jangan tiru macam aku. makan je serat tu ;p aku ni sebab dulu selalu aku akan rasa nak teruwek! bila tertelan serat-serat berselirat.hahaha. makan limau macam baby je ;p
aku suka bila aku kopek limau tu, ianya nampak bersih!

ulasnya yang cantik
limau mandarin bila sudah di kopek dan di buang serat-seratnya. ulas-ulasnya kelihatan cantik dan boleh di makan ulas demi ulas tanpa ada sisa-sisa putih contoh seperti gambar di bawah ada serat putih dan ulas tidak dapat di keluarkan dengan cantik ;p wah! cerewetnya aku ;p



aku suka ulas yang macam gambar kat bawah ni la ;)


haa..ulas macam ni kan cantik!

masam-masam manis
rasa limau mandarin masam-masam manis dan ianya lebih manis berbanding oren sunkist. aku suka la buah manis-manis ni sebab aku pun manis orangnya.hahaha. ops..abaikan ;p

limau mandarin berkotak-kotak
masa limau mandarin banyak di pasaran ni la aku suka beli limau banyak-banyak. aku beli je yang dalam kotak tuh. senang dan banyak.hehe. setiap tahun mesti aku beli beberapa kotak. 1 kotak untuk rumah aku semestinya dan kadang-kadang beli untuk bagi kat orang. kadang-kadang bagi kat orang yang buat jamuan, buat balik kampung. hari tu aku pegi lawat adik-beradik aku, jenuh pikir nak bawak ole-ole apa, dah tu aku beli je limau mandarin sekotak.hehe. senang dan semua hepi. aku pun hepi boleh tumpang makan sekaki.hihihi. anak buah aku si kecik adam (umur 4 tahun) tuh terus melepek manja-manja ngan aku lepas dapat limau.haha. alya (umur 5 tahun) pulak, terus peluk-peluk aku. aku rasa di sayangi oleh kanak-kanak riang yang hepi.wahahaha. 

sumber vitamin c
limau mandarin di kategorikan di bawah buah-buahan sitrus. di mana buah-buahan sitrus ini kaya dengan vitamin c. vitamin c sangat baik untuk sistem imun kita dan juga sangat baik untuk memperbaiki struktur kulit. jadi tak perlu suntik-suntik vitamin c yang mahal-mahal tu, makan la buah sitrus macam oren, limau dan lemon.

sustained release vita-c shaklee
1- membentuk kolagen
- merangsang pembentukan kolagen. kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.

2- memperbaiki simptom pendarahan 

-kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

3- peningkatan sistem imun 

- membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.

4- memerangi kanser 

- ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.


5- mencantikkan kulit  
- pengambilan vitamin C hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama terjadinya jeragat.

6- memperbaiki insomnia  
- ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan. mengekalkan 

7- kolestrol sihat  
- ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.


untuk pesanan
nak cuba, nak borak-borak, nak consultation free boleh hubungi aku seperti berikut:
# Page FB: Healthy and Beauty Store
# Blog: www.bicaradengantuhan.blogspot.com 
# FB: Suriati Abdul Halim
# Shaklee Independent Distributor (ID: 1081999)
# Email: suriatiabdhalim@gmail.com
# Sms: 013-7117971
      
Read More

Thursday, 16 January 2014

ulaman untuk ibu berpantang

assalamualaikum..

hari ni aku nak berkongsi sedikit penemuan aku tentang ibu berpantang.hehe.

pengalaman berpantang
walaupun aku belum berkahwin dan belum bersalin.hihi. (on da way inshaAllah :p) tapi pengalaman yang aku dapat dari mak aku, makcik-makcik aku dan kakak-kakak aku yang dah bersalin. 
mana taknya, kakak kandung dan kakak ipar aku dah 7orang pernah bersalin. belum masuk makcik aku datang berpantang umah mak aku.hahaha. skang hanya tunggu masa untuk aku pulak.hihi. so, aku tahu la sket sebanyak pasal orang dalam pantang ni. aku pun join sekaki buat ape yang dorang buat. masa aku kecik-kecik lagi dah try makan ladu (makanan herba dengan lada hitam) untuk orang berpantang.hahaha. sakan aku :p
mak aku cakap masa pantang ni la kena jaga betul-betul. nak selim ke nak badan meletop ke nak badan sihat ke masa berpantang la pulun habes. kalo tak jaga masa ni badan rosak (ni bahasa mak aku ;p).
kalau tak jaga betul-betul masa berpantang, timbul la sakit-sakit badan, berat badan berlebihan. dan kata mak aku, kalo jaga betul-betul dan rahim cantik (istilah mak aku ugak) berpantang juga boleh menjarakkan anak atau family planning (ni istilah p ramlee, aku aku tak reti omputih bagai.hihi)

makanan ketika berpantang
secara asasnya orang berpantang ni biasanya mereka makan makanan yang bersifat panas untuk mengecutkan sistem peranakan dan penyembuhan luka ketika bersalin. jadi, herba-herba yang bersifat panas seperti lada hitam itu adalah makanan ruji buat orang berpantang.hihi.

ulam-ulaman ketika berpantang


ada beberapa ulam-ulaman yang di cadangkan untuk ibu berpantang, contohnya:
1- serai
2- lengkuas
3- daun atau ubi cekur
4- bunga kantan
5- kunyit hidup
6- daun kesum
7- halia
8- pegaga
9- pucuk mengkudu
10- ulam raja
11- daun lemuni hitam
dan banyak lagi (nanti tanya mak atau nenek korang.hihi) 

set berpantang pilihan ibu-ibu masa kini
shaklee pun ada altenatif set untuk berpantang yang biasanya menjadi pilihan ibu-ibu masa kini sebab mudah dan tak renyah bak kata mak jah ;p

- Boleh di ambil seawal hari pertama bersalin
- Tiada masalah jika di ambil walaupun anak mengalami jaundis (penyakit kuning)
- Sesuai untuk bersalin normal atau pembedahan
- Memberi tenaga sepanjang tempoh bersalin
- Luka lebih cepat sembuh
- Atasi masalah rambut gugur
- Luka lebih cepat sembuh


berminat nak ambil set berpantang? nak konsultasi? nak borak-borak manja ngan aku? boleh hubungi aku seperti berikut:

# Page FB: Healthy and Beauty Store# Blog: www.bicaradengantuhan.blogspot.com # FB: Suriati Abdul Halim# Shaklee Independent Distributor (ID: 1081999)# Email: suriatiabdhalim@gmail.com# Sms: 013-7117971


nota: bak kata pepatah, majulah shaklee untuk negara! err..ade kena mengena ke? hahaha. ade la ;p


Read More

serulah manusia tanpa jemu

assalamualaikum..

apa khabar korang hari ni? :) sorry lama tak menulis :D 



pernah ke korang tengok kat facebook gambar kat atas ni? kalau belum boleh check kat page the muslim show. tajuknya patience atau sabar :)

manusia dalam kerugian
firman Allah s.w.t dalam surah Al-Asr ayat 1-3:
"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani1- Demi Masa! 
2- Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; 
3- Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar".

serulah manusia tanpa jemu
serulah manusia ke arah kebaikan tanpa jemu. menyeru ke arah amar ma'ruf nahi mungkar (menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kejahatan). mungkin bukan hari ini mereka terbuka hati, barangkali esok, lusa atau pun tahun depan. tapi tetaplah menjalankan tanggungjawab kita dalam menyeru ke arah kebaikan dan mencegah keburukan. sebagaimana firman Allah s.w.t

surah ali-Imran ayat 110:
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik".

bersabar dalam menyeru ke arah kebaikan
sebagai seorang muslim, kita berperanan sebagai pendakwah atau penyampai ilmu kepada semua manusia. biasanya kepada sesama muslim di sebut berislah dan kepada belum muslim berdakwah.
namun, jika apa yang di sampaikan belum lagi di terima, di tolak atau orang tidak suka. tetaplah menyampaikan kebaikan dengan penuh hikmah.
kerana manusia itu sering leka, terlupa dan perlu di ingatkan berkali-kali.
sebagaimana firman Allah s.w.t:

surah al-Isra' ayat 41:
"Dan sesungguhnya dalam Al Qur’an ini Kami telah ulang-ulangi [peringatan-peringatan], agar mereka selalu ingat.." 

hidayah itu milik Allah
dalam menyeru manusia ke arah kebaikan dan mencegah kejahatan, kita sentiasa perlu ingat bahasa hidayah itu milik Allah s.w.t.
tanggungjawab kita hanyalah menyampaikan ilmu dan kebenaran.
sekiranya mereka menerima ilmu yang kita sampaikan, jangan terlalu gembira dan bangga kerana kita hanyalah penyampaikan, tapi yang membuka pintu hati mereka untuk menerima adalah Allah s.w.t.
sekiranya mereka tidak menerima ilmu yang kita sampaikan pula, jangan bersedih hati atau kecewa berlebihan.

sungguhpun tanggungjawab nabi Muhammad s.a.w sebagai rasulullah s.a.w hanyalah penyampaikan kebenaran dan segala yang di wahyukan kepada baginda s.a.w sebagaimana firman Allah s.w.t:

surah al-Maidah ayat 92:
Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasul Allah dan awaslah (janganlah sampai menyalahi perintah Allah dan RasulNya). Oleh itu, jika kamu berpaling (enggan menurut apa yang diperintahkan itu), maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata.

surah al-Ankabut ayat 18:
Dan jika kamu terus-menerus mendustakan (ajaran agama Allah yang aku sampaikan kepada kamu), maka sesungguhnya umat-umat yang sebelum kamu telah juga mendustakan (Rasul-rasulnya) dan (ingatlah) tugas Rasul hanya menyampaikan dengan penjelasan yang terang nyata.

surah al-Taghabun ayat 12:
Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasulullah; maka kalau kamu berpaling (enggan taat, kamulah yang akan menderita balasannya yang buruk), kerana sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata.

nota: sebagai manusia juga, aku tak lepas dari berbuat kesalahan. jadi tanggungjawab sesama kita saling ingat-mengingati ke arah kebenaran dan ke arah kesabaran. moga korang mendapat manfaat dari tulisan ini.
Read More

Saturday, 11 January 2014

kecutkan jerawat dengan kulit kayu manis

asalamualaikum..

hari ni aku nak kongsi dengan korang khasiat kulit kayu manis yang manis macam aku.hihihi ;p

kulit kayu manis
kulit kayu manis adalah sejenis rempah-ratus yang berasal dari Sri Lanka tetapi banyak di import dari China dan Indonesia. nama saintifik bagi kulit kayu manis ialah cinnamomum zeylanicum. penggunaan kulit kayu manis tidak asing lagi dalam bidang masakan dan juga perubatan. jom kita terokai kisah kayu manis ini.


kulit kayu manis sebagai rencah dalam masakan
kulit kayu manis biasanya di gunakan sebagai rencah menumis untuk sup daging dan ayam (menambahkan lagi rasa sedap ayam dan daging), untuk rencah kari, sebagai perasa dalam pastry (roti dan kek) dan pelbagai masakan yang enak lagi.(huhu.tetiba rasa lapar, sebab tu tak mau sebut banyak ;p )

kulit kayu manis sebagai mata wang
pada suatu masa dulu, kulit kayu manis sangat bernilai sehingga rempah-ratus di gunakan sebagai mata wang. pada kurun pertama masihi, nilai kira-kira 350 gram kulit kayu manis bersamaan dengan nilai kira-kira 5 kilogram perak.

kulit kayu manis sebagai pengawet
hahaha.seram bukan? orang mesir purba telah lama menerokai akan penggunaan kulit kayu manis. mereka menggunakan kulit kayu manis untuk mengawet mayat atau mumia. rempah ini juga di gunakan untuk mengawet makanan supaya tahan lebih lama dengan mencegah daripada cepat busuk dan rosak.  

kulit kayu manis sebagai minyak aromaterapi
kulit kayu manis juga di dapati dalam minyak sejat yang di estrak dari rempah-ratus ini. akan tetapi, minyak estrak dari kulit kayu manis ini mempunyai bau dan wangian yang kuat dan menyengat deria hidung serta boleh menekan sistem saraf utama. jadi pengambilannya sebagai rawatan hendaklah melalui nasihat daripada doktor bertauliah. tetapi hari ini ramai pengeluar barangan mengambil estrak kulit kayu manis dalam dos yang rendah sebagai minyak aromaterapi untuk mendapat kesan menenangkan dan menyegarkan bau tempat tertutup ataupun rumah. dan tidak hairan juga ada yang menggunakannya sebagai pewangi.

kulit kayu manis sebagai ubat
dalam pengubatan ayurveda di india, kulit kayu manis di gunakan untuk mengubati diabetes, selsema dan masalah pencernaan. dalam pengubatan cina pula ia di gunakan untuk mengubati selsema, loya, batuk, senggugut dan cirit-birit. kajian juga menunjukkan pengambilan kulit kayu manis mampu mengurangkan kolesterol jahat dan masalah jangkitan saluran urinari dan kulat.

kulit kayu manis untuk langsing
sebagai sejenis rempah-ratus, kulit kayu manis bertindak sebagai ramuan untuk meningkatkan metabolisma tubuh badan. sebagaimana kita tahu, kadar metabolisma menentukan kadar pembakaran kalori sehari-hari. semakin tinggi kadar metabolisma, semakin tinggi kadar pembakaran kalori. pembakaran kalori yang optimum penting dalam membantu kita untuk membakar lemak dan untuk tampil kurus dan langsing.   

kulit kayu manis mengecutkan jerawat dan pudarkan parut
kulit kayu manis juga boleh di gunakan untuk perawatan muka iaitu untuk masker. selain bertindak sebagai pemudar parut, kulit kayu manis juga bertindak untuk mengecutkan jerawat yang tumbuh di muka dan badan dengan membuat masker. 
cara membuat masker kulit kayu manis:

peringatan!!! masker kulit kayu manis akan memberi kesan pedih pada muka. 
di nasihatkan menggunakan dengan lapisan atau bancuhan yang nipis untuk permulaan atau untuk yang mengalami masalah muka yang teruk. tidak di galakkan untuk di gunakan pada kulit yang mempunyai luka. jika sangat pedih, cepat-cepat cuci muka dengan air bersih. penggunaan di bawah risiko sendiri. jadi, cuba oles sedikit dulu sebelum ratakan ke seluruh muka. tidak di galakkan untuk kulit sensitif.

1- masker kulit kayu manis
caranya: kulit kayu manis boleh di asah untuk mendapatkan serbuknya atau lebih senang, beli kulit kayu manis dalam bentuk serbuk di pasar raya. ambil sedikit serbuk kayu manis dan bancuhkan dengan sedikit air. lepas itu, sapukan ke muka dan tunggu hingga kering sebelum di bilas dengan air bersih.

serbuk kulit kayu manis
ada je dalam paket kat giant or tesco

2- masker kulit kayu manis dan bedak sejuk
caranya: campurkan sedikit serbuk kayu manis dan bedak sejuk dan bancuh dengan sedikit air. nisbah serbuk kulit kayu manis dan bedak sejuk bergantung kepada tahap keadaan kulit. bagi mengurangkan tahap pedih, lebihkan bedak sejuk berbanding serbuk kulit kayu manis. lumurkan bancuhan dan bilas setelah kering.

3- masker kulit kayu manis dan madu
caranya: campurkan sedikit serbuk kayu manis dan madu (nisbahnya sila rujuk nisbah untuk bedah sejuk). jika campuran terlalu likat boleh di tambah sedikit air. setelah itu, oleskan ke seluruh muka dan cuci dengan air bersih setelah kering. 

alternatif untuk atasi jerawat:
1- B-complex

B-complex mengandungi 8 kumpulan vitamin B yang melengkapi antara satu sama lain. ianya membantu untuk mengekalkan tona kulit yang sihat. umum mengetahui yang B-complex sangat berguna untuk mengawal stress dan membuatkan kita jadi gembira serta tenang. jangan lupa yang stress adalah punca kepada masalah serius kulit berjerawat.

2- sustained release vita-C
sustained release vita-C ialah antikoksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain. ianya juga bertindak melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas yang menjadi punca kemusnahan kolagen serta masalah kulit kering, kedut serta garis penuaan.vita-C juga bertindak melindung dan membaiki kulit. Selain itu, vita-C adalah bahan utama dalam sintesis kolagen.

3- vita-E complex


vita-E complex merupakan antioksidan yang powerful dan tidak dapat dihasilkan oleh badan. bertindak meneutralkan radikal bebas serta mencegah proses penuaan daripada berlaku. kajian menunjukkan pengambilan vitamin-E untuk jangka panjang akan dapat mengurangkan sunburn akibat dedahan kepada sinaran UV. 
vita-E complex juga bagus untuk memudarkan parut. selain di ambil secara oral, boleh di gunakan sebagi masker.

selain 3 set ini juga di sarankan untuk mencuba:

1- esp soy isolate 

ESP diperbuat daripada non-GMO (genetically modified organism) soya yang lengkap dengan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. sel kita diperbuat daripada protein dan ESP membantu untuk menghasilkan sel yang sihat, menggantikan sel kulit yang sudah mati serta membaiki struktur kulit semula.
ESP jika di gunakan sebagai masker bersama yogurt asli sangat bagus untuk mengecutkan jerawat.

2- GLA complex

GLA complex adalah berfungs untuk menstabilkan hormon badan. salah satu punca jerawat juga adalah hormon yang tidak stabil. jika mengalami jerawat yang teruk, pengambilan GLA complex amatlah di sarankan.

# Page FB: Healthy and Beauty Store

# Blog: www.bicaradengantuhan.blogspot.com
# FB: Suriati Abdul Halim
# Shaklee Independent Distributor (ID: 1081999)
# Email: suriatiabdhalim@gmail.com
# Sms: 013-7117971

lagi tentang atasi jerawat:
Read More

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

Designed By Seo Blogger Templates