Thursday, 16 January 2014

serulah manusia tanpa jemu

assalamualaikum..

apa khabar korang hari ni? :) sorry lama tak menulis :D 



pernah ke korang tengok kat facebook gambar kat atas ni? kalau belum boleh check kat page the muslim show. tajuknya patience atau sabar :)

manusia dalam kerugian
firman Allah s.w.t dalam surah Al-Asr ayat 1-3:
"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani1- Demi Masa! 
2- Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; 
3- Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar".

serulah manusia tanpa jemu
serulah manusia ke arah kebaikan tanpa jemu. menyeru ke arah amar ma'ruf nahi mungkar (menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kejahatan). mungkin bukan hari ini mereka terbuka hati, barangkali esok, lusa atau pun tahun depan. tapi tetaplah menjalankan tanggungjawab kita dalam menyeru ke arah kebaikan dan mencegah keburukan. sebagaimana firman Allah s.w.t

surah ali-Imran ayat 110:
"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik".

bersabar dalam menyeru ke arah kebaikan
sebagai seorang muslim, kita berperanan sebagai pendakwah atau penyampai ilmu kepada semua manusia. biasanya kepada sesama muslim di sebut berislah dan kepada belum muslim berdakwah.
namun, jika apa yang di sampaikan belum lagi di terima, di tolak atau orang tidak suka. tetaplah menyampaikan kebaikan dengan penuh hikmah.
kerana manusia itu sering leka, terlupa dan perlu di ingatkan berkali-kali.
sebagaimana firman Allah s.w.t:

surah al-Isra' ayat 41:
"Dan sesungguhnya dalam Al Qur’an ini Kami telah ulang-ulangi [peringatan-peringatan], agar mereka selalu ingat.." 

hidayah itu milik Allah
dalam menyeru manusia ke arah kebaikan dan mencegah kejahatan, kita sentiasa perlu ingat bahasa hidayah itu milik Allah s.w.t.
tanggungjawab kita hanyalah menyampaikan ilmu dan kebenaran.
sekiranya mereka menerima ilmu yang kita sampaikan, jangan terlalu gembira dan bangga kerana kita hanyalah penyampaikan, tapi yang membuka pintu hati mereka untuk menerima adalah Allah s.w.t.
sekiranya mereka tidak menerima ilmu yang kita sampaikan pula, jangan bersedih hati atau kecewa berlebihan.

sungguhpun tanggungjawab nabi Muhammad s.a.w sebagai rasulullah s.a.w hanyalah penyampaikan kebenaran dan segala yang di wahyukan kepada baginda s.a.w sebagaimana firman Allah s.w.t:

surah al-Maidah ayat 92:
Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasul Allah dan awaslah (janganlah sampai menyalahi perintah Allah dan RasulNya). Oleh itu, jika kamu berpaling (enggan menurut apa yang diperintahkan itu), maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata.

surah al-Ankabut ayat 18:
Dan jika kamu terus-menerus mendustakan (ajaran agama Allah yang aku sampaikan kepada kamu), maka sesungguhnya umat-umat yang sebelum kamu telah juga mendustakan (Rasul-rasulnya) dan (ingatlah) tugas Rasul hanya menyampaikan dengan penjelasan yang terang nyata.

surah al-Taghabun ayat 12:
Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasulullah; maka kalau kamu berpaling (enggan taat, kamulah yang akan menderita balasannya yang buruk), kerana sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata.

nota: sebagai manusia juga, aku tak lepas dari berbuat kesalahan. jadi tanggungjawab sesama kita saling ingat-mengingati ke arah kebenaran dan ke arah kesabaran. moga korang mendapat manfaat dari tulisan ini.


No comments:

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

Designed By Seo Blogger Templates