Friday, 10 January 2014

hari ini aku menangis


jika ketika kecil aku menangis
perasaannya tidak sama ketika di guris
tidak ku tahu apa itu hidup yang tragis
menangis seketika masih ada memuji senyumku manis
jiwaku tidak sabar mengenal apa itu romantis

jika semalam aku menangis
peritnya terasa menusuk di dalam
sakitnya terluka sendirian ku pendam
dan aku belajar untuk melepaskan dendam
tiada gunanya membalas tikam-menikam

jika hari ini aku menangis
telahku tahu peritnya tangisan
sulitnya hidup bila di tekan
rumitnya kehidupan untuk di mengertikan
namun, hari ini aku dewasa dengan tangisan

jika hari esok aku menangis
tidak lagi ku buang masa mengingati luka lama
tidak lagi ku rebah walau sendirian berperang dengan duka
kerana kesakitan itu melatihku menjadi sasa
di depan ingin ku bina hidup yang lebih bermakna

hari ini aku menangis bahagia
dan bila di tanya tentang luka dan duka
aku telah lama lupa akan maknanya

10 januari 2014
2.31 petang


No comments:

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

Designed By Seo Blogger Templates