assalamualaikum..
dunia blogging
aku dalam dunia blogging dah masuk tahun keempat. bermula menulis dengan haru-biru yang hanya di pandu oleh emosi sedih. hari ni aku masih menulis. terkadang berkongsi rasa, terkadang berkongsi info. maaf aku pohon jika penulisan aku tidak memanfaatkan korang. segaja aku tak delete post-post lama dengan labels 'bicara dengan Tuhan' sebab itulah identiti asal blog ni. walaupun tidak banyak yang boleh di manfaatkan. tapi itulah satu tanda ingatan buat aku, yang di mana aku hari ini. alhamdulillah. perasaan aku makin terubat dari rasa sedih yang dulu hampir melarat.
dunia satu ujian
mahu tak mahu. rela atau tidak. yang pasti kita harus selalu sedarkan dan didik diri kita bahawa hidup ini hanyalah pentas ujian. baik atau buruk keadaaan, semua itu adalah ujian. setiap insan, sebagai hamba Allah kita tidak terlepas dari di uji.
surah al-Mulk ayat 1-2:
"Maha Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.
yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."
ujian yang menguatkan diri
pernah aku ingin memilih untuk berputus asa, bukan sekali malah mungkin berkali-kali. namun, seringkali aku yakinkan diri bahawa Allah sayangkan aku. dengan itu ujian ini di hadiahkan semata untuk mendidik hati ini menjadi kuat. berbekalkan rasa yakin itu, hingga sekarang aku masih berjuang. berjuang untuk menjadi kuat. berjuang untuk terusan bertahan dan menjadi lebih baik. namun, hari ini lebih baik dari 3 tahun yang sudah. jika dulu aku mengambil masa yang begitu lama untuk memujuk hati menerima ujian Allah, alhamdulillah binikmatihi tatimussholihaat.
hari ni aku lebih baik dalam hadapi saat-saat sedih. aku tidak lagi menghabiskan masa yang lama untuk menangis. jika ya, hanya seketika. selepas itu cepat-cepat ku pujuk hati untuk menangisi dan meratapi.
surah al-Baqarah ayat 155-157:
'dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar,(iaitu) orang yang apabila di timpa musibah, mereka berkata 'inna lillahi wa'inna ilaihi rajiuun (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali).mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk".
sesuatu untuk di ingati
apa yang pernah terjadi di panggil sejarah. sejarah di sering di kaitkan dengan sesuatu untuk di ingati. jujurnya aku telah kuburkan banyak kenangan di masa silam aku. bukan bererti lupa diri. sekadar aku cuba lupa akan sesuatu yang pernah menghiris hati aku suatu ketika. sesuatu yang pernah membunuh semangat aku. bila berbicara tentang memori. ada yang di kaitkan dengan memori manis dan pahit. bagi aku,memori yang manis jika tiada kaitan dengan memori pahit, ia wajar di ingat. tapi jika memori manis yang bakal membekas pahit di hati, bakal membunuh potensi diri pada hari ini, aku memilih untuk hapuskan memori itu.
cuma sesuatu untuk di ingati pada diri aku, saat aku berjuang untuk menjadi kuat sekuat hari ini. perjuangan itulah yang menyuntik semangat aku setiap kali aku tersungkur untuk sekian kali.
nota kaki
hidup bukan untuk di ratapi, tapi hidup untuk mencari bekal untuk hidup selepas mati.
No comments:
Post a Comment