Monday, 6 January 2014

what goes around comes around

assalamualaikum..

hari ni aku malas nak merapu banyak. dah banyak kot aku membebel stakat ni.hahaha.
kadang-kadang aku berlagak macam pakar motibasi, kadang-kadang macam pakar kecantikan pun ada ugak. caca merba je kebolehan aku ni.wakaka. apa kan daya, aku hanya berkongsi apa yang aku tahu, moga korang boleh manfaatkannya.

pakar motibasi
kenapa aku suka bercakap tentang motibasi? lagaknya kayak orang perasan bagus aja.kikiki. aku kongsi satu fakta yang aku akui benda ni, orang yang selalu memberi kata-kata motibasi biasanya dialah yang paling perlukan kata-kata itu. bak kata pepatah omputih, 'what's goes around comes around'
bila kita cuba memotivasikan orang, secara otomatik kita akan jadi bermotivasi. sama jugak dengan bila kita cuba buat orang gembira, kita akan rasa kegembiraan itu menyerap kedalam hati kita bagaikan spongebob.lalalala. sama la jugak jika kita buat keburukan, maka kita akan menuai keburukan. say no to bad thing. uwek!!! pergi jauh-jauh kau benda buruk! aku benci!

pengalaman makcik dah banyak 
nak kata pengalaman makcik dah banyak, tak de la sangat, aku masih muda woi!hahaha. cuma pengalaman yang tak seberapa buat aku belajar sesuatu dari apa yang berlaku. kalo dulu aku cepat melatah kalau benda tak best jadi kat aku. sekarang, aku cuba perhatikan atau omputih cakap observe apa punca benda tu berlaku. macam korang sakit perut. korang takkan semberono pegi telan ubat cirit-birit ye dok? kena la siasat dulu ala-la detektif conan, kot-kot sakit perut sebab toot (orang pompuan je tau, laki diam!) so, mesti ada puncanya. kadang-kadang orang sakitkan hati kita sebab kita pun pernah sakitkan hati orang :'( jadi berubahlah wahai insan bernama conan! baik..makcik :(

jangan harap nak menuai padi bila kita hanya tanam cili padi
padi dan cili padi itu berbeza dik oit. kalo tak kenal balik kampung nanti boleh tanya dekat nenek dan atok korang. nama hampir sama, tapi rupa dan rasa berbeza. ops..ni aku bukan nak citer adegan masak-masak di dapur. tidak!!! analoginya sama. jika korang ikut resam cili padi (mulut jenis puaka tebing biru), jangan harap orang akan beresam padi (makin berisi makin tunduk) dengan korang. kalo korang buat tak baik kat orang, jangan sesekali harapkan benda baik yang korang dapat dari orang lain. 'what goes around comes around'. apa yang korang beri, itulah yang korang akan dapat. jadi jika berkehendakkan kebaikan dalam hidup ini, asuhkan diri untuk berbuat baik kepada yang lain. tapi ingat! buatlah baik dengan ikhlas. ikhlas adalah kunci untuk rasa bahagia memberi.

si tukang tilik
aku nasihatkan jadilah tukang tilik. tapi bukan tukang tilik nasib yang tilik tapak tangan orang untuk tahu nasib, itu khurafat berbaur syirik adik oit. mintak jauhkan syirik dari diri bak jauhnya panggang dari api. tukang tilik kat sini aku mintak korang jadi tukang tilik diri sendiri. tilik la apa yang dah korang buat pada orang lain. selalu la muhasabah diri jika benda tak best berlaku kat diri sendiri. usah bersikap tuding jari. langsung tak memberi faedah pada diri kita. bak kata mufti ismail menk 'counting others sin does not make you a saint' dan mahatma gandhi cakap 'be the change that you want to see the world change'. jadi, jom kita tilik diri dan ubah diri sendiri terlebih dahulu untuk melihat perubahan pada persekitaran kita selakigus seantero dunia.cewah!

apa yang kamu suka
apa yang korang suka sudah tentu itu juga yang orang lain suka. kita mesti sukakan orang buat baik kat kita bukan? jadi, cubalah kita buat baik kat orang lain juga. jangan berangan-angan di atas angin. berharap orang akan berbuat baik kat kita tapi kita berbuat sebaliknya. ayuh jom kita sedar diri! aku berkata bukan dari pembacaan semata. bukan sebab aku nak jadi pakar motibasi semata. tapi ini hanyalah dari pengalaman aku semata dan harap kita sama-sama muhasabah diri dan buka mata untuk menyedari hakikat dunia.

akhir kata
akhir kata dari aku si conan yang ceria, jom kita naik merry go round. aku dah lama kempunan. last hari tu naik kat genting highland. yang len aku tak berani nak naik. ini je yang mampu.hahaha :D


2 comments:

Muhammad Faiz Mohamed Saaid said...

jom ubah nasib kita, kita sendiri tentukan

edogawa conan said...

jom! inshaAllah. moga Allah permudahkan dan bimbing kita :)

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

Designed By Seo Blogger Templates