Tuesday, 7 January 2014

annoying things that annoy me

assalamualaikum..

hari ni aku nak merapu sket.hihi. pasal annoying things that annoy me.hahaha.



apa itu annoying
annoying atau dalam bahasa melayunya menjengkelkan atau bahasa senangnya untuk korang paham, benda-benda atau orang yang buat korang rasa semak! ini bukan semak-samun yang menghijau tuh, tapi ni semak mata memandang.hehe. macam bagus je aku bercakap kan? memang bagus pon.kihkihkih (annoying tak aku :p)

wa tak kisah
sama macam no plate motor aku WTK (wa tak kisah) aku tak bape nak kisah atau nak amik pusing sangat ngan benda yang orang cakap annoying ni. bagi aku, ala..biar jela dorang selagi tak ganggu ketenteraman hidup aku. stakat dorang nak 'like' status sendiri tak de mendanya yang berbahaya. ops!!!hihi.
tapi, jika benda tu memang melibatkan aku dan menyebabkan aku tersepit dengan manusia yang annoying ni.huh! aku pun jadi bosan gak. lagi-lagi benda annoying yang berulang-ulang dan tak boleh nak di elak. tersepit aku di persimpangan yang menjengkelkan.kahkahkah.
antara benda annoying yang pernah aku deal.

kaki beralas
kaki beralas ni bukan citer pasal alas kaki yang berbunga-bunga atau corak bertompok-tompok atau yang lebih serap air atau lebih serap habuk.
ni citer pasal kadang-kadang datang orang yang jenis sopan-santun suka cakap beralas. datang la nak borak-borak ngan aku. konon-kononnya nak beramah-mesra gedik-gedik santai gituh. aku layankan jela, ala stakat nak borak aku tak kedekut air liur mana pun. pree je dan boleh recycle ;p tapi kalo datang 
dalam rupa nak berborak pastu tiba-tiba:

'some people, they did not recognize that they do things without knowledge' 
aku pun balas: 
'ha'ah. yup true. knowledge is important, we cannot blindly follow something that we don't have knowledge about'  
lepas tu: 
'see that lady, how she wear' sambil tunjuk pompuan tak tutup aurat dengan baik bila datang masjid.
aku??? zzzzzz..

amenda la nak ngumpat pon nak beralas bagai konon sopan la tu berlapik. tapi tak sedar tengah buat dosa tanpa rasa berdosa. aku rasa annoying giler kot. lagi-lagi yang buat camtu laki. agh!!!mak sentap! laki zaman sekarang ni!!!!!ops..aku tak patut teruskan. 
berubahlah dan bangkitlah lelakiku yang gagah perkasa.

kaki komplen
sepanjang aku kerja kat bidang komplen dulu (quality assurance) aku masih terima orang yang suka komplen ni. sebab kami mengamalkan komplen hanya di layan dengan syarat mengisi borang komplen.
macam-macam orang komplen, produk basi la, berkulat la, tak sedap la. itu orang steady je. aku berlari-lari pergi check punca kenapa dan cuba selesaikan komplen tu sedaya upaya.
tapi kalau yang jenis kaki komplen yang tak bertauliah ni:
'why they arrange like this'
'why they put this picture here, it's not suitable'
'why this, why that n blablabla'
'kenapa la dorang suka bina banyak bangunan'
'manusia ni suka pentingkan diri, bina rumah mahal-mahal macam ni'
oh tolong la. aku memang rasa annoyed.
aku cuma boleh ingatkan diri aku yang suka ugak komplen masa aku zaman batu dulu:

'komplen tanpa solution atau tak boleh nak suggest any solution atau memang problem tu tak ada solution atau benda tu terlalu kecik untuk di anggap problem atau problem tu bukan bawah kemampuan kita untuk selesaikan. aku nasihatkan. stop!!!!!!! jangan buang masa dengan benda tak ada faedah.
komplen tanpa solution hanya buat orang pening dan penat je nak dengar kau membebel macam mak jah! (mintak maaf mak jah guna nama makjah kat sini)'

kaki cakap tak serupa bikin
aku kadang-kadang terasa annoying ugak ngan orang camni tanpa sengaja. jika mula-mula niat dorang hanyalah nak nasihatkan kita supaya berubah untuk menjadi lebih baik. aku terima teguran tu. tapi bila dah terlampau asek nak perbetulkan orang, kadang-kadang kita akan lupa diri (asek terpandang salah orang je, aku kadang-kadang camni gak). so, terjadilah kita nasihatkan orang, tapi tak serupa bikin. dalam pada nak perbetulkan orang tapi diri sendiri juga buat benda yang tak betul. cakapnya lain, bikinnya lain. aku yang rasa nak berubah ni pun terasa berubah hati nak dengar nasihat orang macam ni lagi.
quote of the day:
you cannot be strict to others when you cannot be strict to yourself. itu namanya looser kat diri sendiri.boo say boo!!! so, jom kita jangan jadi orang cakap tak serupa bikin. tengok citer bikini bottom spongebob lagi best tahu!

kaki negatip
orang yang selalu berfikiran negatip ni kadang-kadang buat aku rasa annoying gak. ada je menda buruk yang dorang nampak. serba tak kena. nampak pulak benda buruk kat orang lain tapi bukan kat diri sendiri.
'oh..jahat betul la orang tu' 
'selalu je nak mintak tolong orang, bukannya nak usaha sendiri, malas la tu, nak tipu orang je'
eh tolong la, memang tak patut nak fikir suma benda dalm hidup ni positif segala, tapi makcik, saya yang setahun jagung ni nak nasihatkan, jangan la nak asek pikir negatip je kat orang. macam diri kita ni sempurna segala.
'we cannot see positive world using negative eyes'
hmm..patut la orang yang selalu fikir negatip ni selalu dapat benda yang negatip 'what goes around comes around' apa yang kita fkir itulah yang kita dapat.
so guys, say no to negativity and negatip people. titik! 

kaki perasan bagus
aku ni pun kadang-kadang perasan bagus ugak. so pernah la orang cakap aku ni annoying!
oh kau! macam bagus je.hihi. (macam cakap kat diri sendiri je aku ni ;p) 
aku pun tak tahu kenapa, lama-lama aku akan secara otomatik rasa annoyed yang orang macam ni. memula dia rasa annoyed ngan aku, lama-lama aku lak start rasa annoyed. mungkin inilah di sebut ugak 'what goes around comes around' jadi kengkawan, jangan nak sesuka hati buat tak baik kat orang. orang pun akan rasa benda yang sama kat kita. dalam sedar dan tidak sedar. persoalannya hanya masa. cepat atau lambat tunggulah. ceh! macam ugutan lak ;p

nota kaki
so sebagai nota kaki, kesimpulannya tak payah la nak senang-senang nak cop orang tu annoying, orang ni annoying. kalo benda tu tak ada kaitan ngan kita abaikan je. tapi kalo melampau dan memang ada kaitan buruk ngan agama contohnya mengumpat dan bersangka buruk tu, tegur-tegur la dengan baik. jika kita nak di hormat dan di tegur dengan baik, kita buat la benda yang sama.
tapi kalau melampau sangat tu, memang tak heran la kita akan rasa benda tu annoying.hahaha.
tapi berpada-padalah. jangan biar rasa tidak suka berbuah benci. kelak memakan diri.cewah!
babai korang untuk kali ini ;) 


2 comments:

Zana Adieyza said...

kalau perkara tu mmg x de kaitan dgn diri kita, better kita abaikan jer.. x bawak kesan pun.. nak buat apa fikir sampai sesak kepala sedangkan perkara tu x bawak manfaat apa pun.. :)

edogawa conan said...

yup. setuju ngan mommy :)

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

Designed By Seo Blogger Templates