Sunday, 25 September 2011

bangkitlah lelakiku

wahai lelakiku
bangkitlah dari terus mendungu
lebih ku bangga si kaki bangku
yang berilmu
daripada si lincah penagih candu

wahai lelakiku
bangkitlah dari terus terlena
di ulik nafsu yang menggila
lebih ku sayang walau tidak terbilang
daripada si gagah imannya goyang
terkejar-kejar perempuan jalang

wahai lelakiku
bangkitlah dari terus tertawa
melihat janda dan anak yang derita
kasihanilah mereka yang meminta-minta
ku rayu padamu lindungilah mereka
dimana tanggungjawabmu sebagai bapa?

wahai lelakiku
bangkitlah dari terus keliru
engkau pasangan bukanlah lawan
jangan kau cemburu jika aku berdandan
jangan kau marah jika aku rupawan
terimalah yang tersurat oleh ketentuan
engkau jantan bukannya perempuan

wahai lelakiku
bangkitkanlah kelelakianmu
sebelum ku putuskan tidak perlu lagi kau di situ
jika hanya megah sebagai tugu

22 september 2011


No comments:

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

Designed By Seo Blogger Templates