Sunday, 25 September 2011

semoga kau bahagia di penjara (buat pengedar dadah yang ku kenali)

apakah tidak kau tahu
engkau bukan sekadar menghiburkan
engkau bukan sekadar membantu
mereka yang dungu mencari kepuasan
mereka yang bodoh mencari keseronokan

apakah tidak kau tahu
apa yang kau edarkan
bukannya sekadar barang keperluan
makanan harian atau ulaman
apa yang kau seludupkan
bukannya sekadar barang mainan
bunga api ataupun sayuran

apakah tidak kau tahu
duit itu boleh di cari
tapi sanggupkah kau menabur duri
pada kehidupan pemuda-pemudi
hingga duit hilang tanganmu di gari

apakah tidak kau tahu
dosa boleh di taubat
luka boleh di ubat
tapi apakah jawapanmu di akhirat
di penjara kau taubat
di lepas kau keparat
sampai bila kau mahu sekadar di ikat
oleh peraturan dunia yang sekadar menyekat

apakah tidak kau tahu
sesalmu di penjara hanya untuk bermuka
pada ibumu kau tabur air mata
pada isterimu kau sirami pusara
pada anakmu kau biarkan di hina

apakah tidak kau tahu
ibumu yang rindu menyusun doa
darah dagingmu menunggu setia
kakak kandungmu masih memuja
di bebas berkali kau tetap sama

walau tidak kau tahu
bagiku cukuplah sekadar kau di sana
terpenjara diri dan terpenjara dosa
maafkan aku jika ku hanya berdoa
tetaplah kau di sana selamanya
semoga kau berbahagia mengumpul pahala di penjara

23 september 2011

No comments: