jauh ku hanyut meredah ilusi
mengalir lesu darah yang mati
tercoret pilu bingkisan hati
aku seorang penghimpun mimpi
menyusunnya menjadi kiasan puisi
lunak menjadi alunan melodi
perlahan ku susur cabangan seni
keasyikan berkubur basah di hati
aku seorang pengejar mimpi
pantas ku berlari dan berlari
terdampar lelah mencari-cari
mimpi yang lesu terkujur mati
kerana aku penghimpun mimpi
bahasaku indah di hati fantasi
namun tidak di mata realiti
kerana aku bukan orang seni
bahasaku tidak selembut mimpi
yang ku layar resah sehari-hari
kerana aku penghimpun mimpi
biarlah aku terusan begini
jangan di sentuh hati yang mati
kerana akulah penghimpun mimpi
yang terkulai layu di alam sunyi
17 mei 2002
17 mei 2002
No comments:
Post a Comment