Sunday, 25 September 2011

aku tidak lagi mampu

Tuhanku ampunkan aku
tidak lagi mampu bersuara walau hati berkata-kata
apabila mereka rakus bertanya

Tuhanku ampunkan aku
tidak lagi mampu membantu walau hati sayu
apabila mereka menangis tersedu

Tuhanku ampunkan aku
tidak lagi mampu menenangkan walau hati terkilan
apabila mereka meraung tanpa pedoman

Tuhanku ampunkan aku
tidak lagi mampu memberi walau hati bersimpati
apabila mereka meminta tanpa henti

Tuhanku ampunkan aku
tidak lagi mampu mengenyangkan walau hati kasihan
apabila mereka bengis kelaparan

Tuhanku ampunkan aku
hanya dungu membatu saat aku tidak lagi mampu

17 september 2011


No comments:

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

Designed By Seo Blogger Templates