Sunday, 25 September 2011

mereka juga manusia (buat buruh asing di negara asing)

ku lihat mereka tertawa gembira
makan nasi membukit berteman lauk secubit
terdengar suara berkata
makan nasik selambak mereka kuat melantak
ku bisikkan mereka juga manusia
seperti kita
cuma mereka bahagia dengan cara sederhana
kita pula bergaya walaupun papa

ku lihat mereka berkejaran ketika pulang
bimbang lambat tertinggal bas kilang
terdengar suara berkata
badan busuk pergi jauh-jauh
ku bisikkan mereka juga manusia
seperti kita
cuma mereka gigih berkerja bermandi peluh
kita pula susah sedikit banyak mengeluh

ku lihat mereka tersenyum bangga
mendapat gaji sedikit cuma
terdengar suara berkata
mereka bodoh ke apa
gaji sedikit bangganya melangit
ku bisikkan mereka juga manusia
seperti kita
cuma mereka nampak miskin di negara kita
di kampung sana merekalah orang kaya
kita pula bangga menjadi warganegara
di negara sendiri berhutang sini sana

aku selalu berkata
mereka juga manusia
punya hati dan punya rasa
tapi aku juga ingat pada suara yang berkata
jangan terlalu di beri muka
kelak mereka lupa asal negara
sedikit di beri berlebihan meminta
biarkanlah mereka terbiasa dengan sederhana
semoga mereka tidak lupa
mereka kuli kita majikannya
kerana mereka juga manusia seperti kita

22 september 2011


No comments:

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

Designed By Seo Blogger Templates