Sunday, 25 September 2011

kami orang susah

aku seorang anak desa
ku punya seorang ibu yang tabah bekerja
ku punya seorang ayah yang makin tua

kami orang susah
tiada apa yang mampu terluah
hanya senyum dari ibu membuatku gagah
hanya harapan dari ayah mendorongku melangkah

bila di tanya tentang masa depan
hanya senyum mampu ku hulurkan
tiada apa yang perlu di angankan
cukuplah sekadar ibu tidak kepenatan
cukuplah sekadar ayah cukup makan

kami orang susah
di luah oleh ibu bertahun sudah
selalu ku ingat agar tidak ku rebah
di hati ku tekad segalanya akan ku ubah

bila di tanya tentang keluarga
aku bersyukur adanya mereka
rumah kami tidak semegah istana
namun ku harumkan dengan bunga bahagia
bila di tanya bila ingin berkeluarga
aku tertawa dan berkata lambat lagi masanya

kami orang susah
selalu ibu cakap pada iparku
sebelum mereka bersedia menerima keluargaku
selalu pula aku cakap tak usah susah-susah
kalau mereka mahu mereka sedia membantu
kalau tidak mahu lebih baik berlalu

aku seorang anak desa
di ajar ibu mengenali erti susah
di suruh ibu mencari yang ingin bersusah
tapi cakap ibuku selalu ku bantah
bukan senang nak hidup susah
bukan senang nak paksa orang hidup bersusah
wahai ibu tak usah resah
kita berusaha selebihnya berserah

23 september 2011


No comments:

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

Designed By Seo Blogger Templates