Sunday, 25 September 2011

pada dendam yang di pendam

dendam yang di pendam
terasa sukar untuk di padam
membakar dalam diri bagaikan sekam

bagaimana hati nak tenang
dendam di hati sukar di buang
makin di genggam makin membahang

bagaimana hendak di ubat
pada luka yang terpahat
sedang hati belum mampu di semat
satu kalimat
sedangkan nabi ampunkan umat

tidak di ingini hati marah
tidak di jemput dendam menjengah

biarlah masa meluputkan ingatan
pada memori yang membuahkan dendam
biarlah hangat api di sejukkan
oleh air yang menyiram sekam
biarlah pergi terus berjauhan
dari di sini kembali menikam

pada dendam yang di pendam
hanya sejuk kemaafan mampu memadam

23 september 2011


No comments:

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

Designed By Seo Blogger Templates