Tuesday 19 July 2022

Nasi Daging Utara


Assalamualaikum..

Sempena dengan Hari Raya Korban yang lepas, Daging Korban masih banyak, hari minggu yang lepas aku ada masak Nasi Daging Utara. Di padankan dengan air asam yang pedas-pedas masam, pergh..memang menyelerakan.

Kat sini aku kepilkan sekali resepi mudah cara aku.

Resepi Nasi Daging Utara

Rebusan Daging
- aku rebus biasa je. letak air kosong je. sesetengah orang letak halia la rempah la. aku memang buat versi simple je.
- rebus daging hingga empuk. daging tu terpulang pada individu, nak rebus buku besar lepas tu hiris nipis atau terus hiris nipis.
- Air rebusan simpan untuk buat sup dan untuk masak nasi.

Nasi Daging
Bahan-bahan tumis:
- Bawang merah mayang halus (agak-agak je berapa biji)
- Bawang putih mayang halus
- 4 sekawan (bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kayu manis)
- Daun pandan di simpul
- Rempah kurma

Beras:
- Basuh beras basmathi dan rendam selama 1/2jam. Kemudian toskan.

Cara-cara memasak Nasi:
- Tumis 4 sekawan bagi wangi
- Masukan bawang merah dan bawang putih
- Masukkan simpulan daun pandan
- Tumis semua bahan tumisan hingga wangi dan garing
- Selepas bawang semua garing, masukkan rempah kurma (di bancuh dengan air)
- Selepas rempah pecah minyak, masukkan beras yang di toskan. 
- Kacau seketika dan tutup api.
- Pindahkan beras ke dalam periuk nasi. Masukkan bersama daging dan tomato yang di potong kasar.
- Masukkan air rebusan daging dengan nibah 1 beras : 1.5 air
- Masak nasi macam biasa dalam periuk nasi elektrik.

Bahan-bahan Air Asam: (Jumlah bahan anggarkan sahaja secukup rasa)
- Cili padi beberapa biji (potong kecil)
- Cili merah 2 biji (hiris nipis)
- Cili Hijau 2 biji (hiris nipis)
- Limau kasturi (Potong ambil air dan hiris sebahagian kulit)
- Belacan
- Tomato 4 biji (potong kecil)
- Bawang merah bombay 1 biji (hiris nipis)
- Air perahan asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa

Cara membuat Air Asam:
- Masukkan semua bahan ke dalam bekas.
- Gaul semua bahan hingga sebati
- Perasakan dengan garam gula secukup rasa

Sup Kosong:
- Masukkan sup bunjut ke dalam lebihan air rebusan. 
- Tumis 4 sekawan, bawang merah dan bawang putih, halia hingga wangi. Masukkan ke dalam kuah sup. Hidangkan bersama daun sup.

Siap! Makan Nasi Daging dengan mencicah daging dengan air asam. hmm..mengancam sedap!

Nota: Ada orang buat air asam kerisik dan letak susu cair dalam nasi. Tapi aku suka versi simple dan mudah je. Senang menyediakan, tak kurang sedap nya untuk di makan. Cewah!

- Kuantiti air rebusan untuk memasak nasi terpulang kepada beras yang korang gunakan. Aku guna beras basmathi, jadi tu nisbah air yang di suggest di packaging beras.
Read More

Wednesday 22 June 2022

Release Stress

 


Assalamualaikum..

Aku percaya semua orang pernah hadapi stress, sama ada kecil atau besar. Hidup kita  memang di hadapkan dengan cabaran. Tapi bagaimana kita menghadapi stress tersebut menentukan tahap kesihatan mental kita.

Di sini aku ingin kongsikan sedikit perkongsian bagaimana kita boleh release stress agar tidak terlalu menekan fikiran kita.

Take a Deep Breath

Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan hembus perlahan-lahan melalui mulut. Ini di panggil dalam omputih, deep breathing. Deep breathing ini bagus dalam menyalurkan oksigen ke otak kita sekaligus memberi impak tenang ke dalam diri kita. Deep breathing bukan hanya di lakukan sekali sahaja, akan tetapi di lakukan berkali-kali sehingga kita merasa sedikit tenang.

Minum Chamomile Tea

Chamomile Tea mengandungi bahan yang mampu memberikan impak tenang kepada kita. Di galakkan minum teh panas bukannya sejuk. Chamomile Tea juga mampu membantu kita untuk tidur dengan lebih nyenyak.

Menghirup Udara Segar

Menghirup udara segar mampu mengurangkan stress. Atau dengan kata lain pergi menikmati alam semujadi. Melihat keindahan dan kehijauan alam mampu memberi impak ketenangan dan mengurangkan tekanan ataupun stress kita. Kita boleh pergi ke mana-mana yang mempunyai keindahan semulajadi contohnya ke pantai, air terjun, taman rekreasi dan sebagainya.

Mandi Dengan Lebih Lama

Meluangkan masa untuk mandi dengan lebih lama daripada biasa. Sama ada berendam di tub mandi atau mandi pancuran air biasa pun boleh. Mandi dengan lebih lama dapat menyegarkan tubuh badan kita dan ianya salah satu terapi untuk menghadapi stress. Boleh di tambahkan dengan haruman mandian dan lilin aromaterapi mampu memberikan rasa ketenangan kepada kita. Cubalah!

Menikmati Minuman Kegemaran

Jika korang bukan penggemar teh, korang boleh cuba mana-mana minuman kegemaran korang sebagai salah satu terapi untuk hilangkan stress. Macam aku, kadang aku suka minuman yang sejuk untuk release stress, contohnya cendol atau ice-cream. Korang bleh minum mana-mana minuman kegemaran sama ada sejuk atau panas.

Membaca dan tadabbur Al-Quran

Tidak asing lagi bagi kita Muslim, kita punya sumber paling mujarab untuk menenangkan diri iaitu membaca dan metadabbur makna ayat Al-Quran. InshaAllah kita akan rasa lebih tenang. Di sambil itu juga kita boleh berzikir dengan zikir-zikir yang sahih dari sunnah Nabi S.A.W. Sebagaimana dalam Al-Quran menyatakan “Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang”. Korang boleh download apps Hisnul Muslim (perisai muslim). Di situ terdapat banyak siri zikir dan bacaan yang sahih dari hadith Nabi S.A.W.

Akhir kata dari aku, hidup ini hanyalah ujian dari Allah S.W.T. Jadi kita sebagai hamba-Nya tidak akan terlepas dari di uji. Dalam hidup korang pun aku percaya memang pernah di uji berkali-kali ye tak? Tapi percayalah ujian itu bukan sia-sia. Ianya hanyalah untuk memberi kekuatan kepada kita di samping pahala yang melimpah ruah jika kita redha dengan ujian tersebut. Apapun dari aku, take care of yourself. Love ;)

Read More

Tuesday 21 June 2022

Homestead Impian

 Contoh Homestead

Assalamualaikum..

Sejak aku menetap di kampung pada tahun 2017, aku mula berangan-angan nak jadikan area rumah aku tu ala-ala homestead. 

"how would we describe a homestead?
A homestead is a house and surrounding land owned by a family — often, it includes a farmhouse. Most people have homes, but not everyone has a homestead: that means your family owns more than a house. The homestead often consists of a farmhouse and land devoted to crops or animals."

Dengan kata lain, homestead ni merangkumi rumah ala-ala rumah ladang (farm house), mempunyai kebun (sekurang-kurangnya untuk makan sendiri), ternakan seperti ayam, itik, kambing dan lembu. Senang citer, homestead ni menyediakan semua keperluan asas yang di perlukan oleh pemilik seperti sayur, daging, telur, susu, air dan sebagainya. 
Mereka yang tinggal di homestead biasanya cuba untuk mengurangkan atau mengelakkan membeli atau mengeluarkan wang untuk keperluan asas.

Contoh Sangkar Ayam

Bagi bil utilities rumah aku sekarang hanya perlu bayar elektrik sahaja. Air pula kami menggunakan air telaga yang di sedut menggunakan enjin air. Dulu aku teringin membuat tempat tadahan hujan untuk kegunaan kami sekeluarga, namun rasanya sudah tidak perlu lagi.

Sekarang aku hanya mampu menanam beberapa jenis pokok herba dan juga pokok buah-buahan untuk kegunaan kami sekeluarga. Antaranya pokok durian, duku dan dokong, pokok pisang, lemon, limau purut, lengkuas, serai, pokok rambutan, manggis, limau kasturi, limau nipis dan lain-lain. 

Cumanya waktu sekarang aku masih tidak mempunyai waktu untuk membela binatang ternakan di sebabkan oleh kekangan masa untuk menjaga kerana aku masih bekerja sepenuh masa. Namun InshaAllah suatu hari nanti bila aku sudah punya lebihan waktu untuk bercucuk tanam dan membela ternakan. 

Contoh Kebun Sayur

Itulah salah satu impian aku selama ni :) Hopefully one day akan menjadi kenyataan. Doakan aku ye ;)

Read More

Cendol Penyejuk Hati

 

Assalamualaikum..

Last week was not my good days. Allah uji aku dengan sedikit kesedihan. :'( Dalam a few days jugak fikiran aku terganggu. 

Jadi tengah hari tu aku pegi makan cendol tempat biasa aku makan. Sekadar nak sejukkan hati yang tengah berduka lara :'(

Cendol die the best. Portion die besar. Kalo makan cendol saje pn tanpa makanan berat lain, aku dah rasa kenyang. 

Lokasi: Berhampiran Maybank Bandar Kota Bharu. 

Ada macam-macam jenis topping:

  • pulut
  • tapai
  • kacang
  • jagung
Aku macam biasa hanya suka topping kacang + jagung je.

Lepas makan cendol sejuk-sejuk lalu ke tekak rasa lega. Lagi-lagi di tengah-tengah cuaca panas terik macam sekarang. Makan benda-benda sejuk macam cendol and ice-cream antara aktiviti yang aku buat bila aku rasa bad mood or sedih. Ini cara aku sedikit sebanyak menghiburkan hati. Korang plak macam mane cara korang hiburkan hati korang kalo korang sedih? :D

Read More

Lontong Kuah Lodeh


 Assalamualaikum..

Lama sungguh tak update blog, hingga hampir lupa password blog.haha.

Hari Raya Aidilfitri kedua yang lepas, aku ada masak Lontong Kuah Lodeh. Sebab aku teringin sangat nak makan.hihi. Lidah aku ni lebih kepada lidah universal. Suma masakan dari pelbagai negeri aku telan. :P

Pada sesiapa yang nak cuba, ini resepi ringkas dari aku.

Berikut adalah bahan-bahannya dan cara membuat lontong / kuah lodeh.

Sebelum nak buat kuah lontong / lodeh ni kenalah masak dulu nasi impit sebab ambil masa lama jugak nak masak tu kan.

Jadi, boleh rebus dulu siap-siap sambil sediakan kuah lontong / lodeh ni.

Bahan-bahan A (untuk di blend):

  • 5 biji bawang besar
  • 6-7 batang serai
  • Kunyit
  • Halia
  • Lengkuas
  • Segenggam udang kering

Bahan-bahan B (Aneka sayuran di potong kecil):
  • Sengkuang
  • Carrot
  • Baby jagung
  • Tempe
  • Kacang panjang
  • Cili
  • Kobis
  • Terung
  • Tauhu

Bahan-bahan C (di rendam):
  • Soo hoon
  • Fuchuk

Bahan-bahan D (di letakkan akhir):
  • Santan
  • Asam keping
  • Garam / perasa secukupnya
Cara-cara memasak:

Mula-mula kisarkan semua bahan A menggunakan blender.  Kemudian, panaskan air dalam periuk hingga mendidih. Bila dah mendidih, masukkan bahan yang dikisar tadi. Kemudian masak lagi hingga mendidih. Lepas tu baru masukkan sayur-sayur.

Sayur macam sengkuang, carrot,baby jagung dan tempe boleh masuk awal sikit untuk bagi lembut.

Sayur yang cepat lembut contohnya kacang panjang, cili, kobis, terung dan tauhu tu masukkan kemudian sikit. Seterusnya masukkan soo hoon dan fuchuk yang telah direndam.

Bila semua bahan dah agak lembut, bolehlah kita perasakan.

Bubuh garam secukup rasa, asam keping dalam 2 keping dan akhir sekali santan. Kacau sebati.

Masukkan perasa secukupnya dan tutup api. Siap!

Lontong kuah lodeh bolehlah di makan dengan telur rebus dan juga sambal ikan bilis.

Read More
Designed By Seo Blogger Templates