Assalamualaikum..
Sempena dengan Hari Raya Korban yang lepas, Daging Korban masih banyak, hari minggu yang lepas aku ada masak Nasi Daging Utara. Di padankan dengan air asam yang pedas-pedas masam, pergh..memang menyelerakan.
Kat sini aku kepilkan sekali resepi mudah cara aku.
Resepi Nasi Daging Utara
Rebusan Daging
- aku rebus biasa je. letak air kosong je. sesetengah orang letak halia la rempah la. aku memang buat versi simple je.
- rebus daging hingga empuk. daging tu terpulang pada individu, nak rebus buku besar lepas tu hiris nipis atau terus hiris nipis.
- Air rebusan simpan untuk buat sup dan untuk masak nasi.
Nasi Daging
Bahan-bahan tumis:
- Bawang merah mayang halus (agak-agak je berapa biji)
- Bawang putih mayang halus
- 4 sekawan (bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kayu manis)
- Daun pandan di simpul
- Rempah kurma
Beras:
- Basuh beras basmathi dan rendam selama 1/2jam. Kemudian toskan.
Cara-cara memasak Nasi:
- Tumis 4 sekawan bagi wangi
- Masukan bawang merah dan bawang putih
- Masukkan simpulan daun pandan
- Tumis semua bahan tumisan hingga wangi dan garing
- Selepas bawang semua garing, masukkan rempah kurma (di bancuh dengan air)
- Selepas rempah pecah minyak, masukkan beras yang di toskan.
- Kacau seketika dan tutup api.
- Pindahkan beras ke dalam periuk nasi. Masukkan bersama daging dan tomato yang di potong kasar.
- Masukkan air rebusan daging dengan nibah 1 beras : 1.5 air
- Masak nasi macam biasa dalam periuk nasi elektrik.
Bahan-bahan Air Asam: (Jumlah bahan anggarkan sahaja secukup rasa)
- Cili padi beberapa biji (potong kecil)
- Cili merah 2 biji (hiris nipis)
- Cili Hijau 2 biji (hiris nipis)
- Limau kasturi (Potong ambil air dan hiris sebahagian kulit)
- Belacan
- Tomato 4 biji (potong kecil)
- Bawang merah bombay 1 biji (hiris nipis)
- Air perahan asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
Cara membuat Air Asam:
- Masukkan semua bahan ke dalam bekas.
- Gaul semua bahan hingga sebati
- Perasakan dengan garam gula secukup rasa
Sup Kosong:
- Masukkan sup bunjut ke dalam lebihan air rebusan.
- Tumis 4 sekawan, bawang merah dan bawang putih, halia hingga wangi. Masukkan ke dalam kuah sup. Hidangkan bersama daun sup.
Siap! Makan Nasi Daging dengan mencicah daging dengan air asam. hmm..mengancam sedap!
Nota: Ada orang buat air asam kerisik dan letak susu cair dalam nasi. Tapi aku suka versi simple dan mudah je. Senang menyediakan, tak kurang sedap nya untuk di makan. Cewah!
- Kuantiti air rebusan untuk memasak nasi terpulang kepada beras yang korang gunakan. Aku guna beras basmathi, jadi tu nisbah air yang di suggest di packaging beras.
No comments:
Post a Comment