Tuesday 31 December 2013

selamat tahun baru

assalamualaikum..

esok dah masuk tahun baru. bagi aku, tak ada menda nak sedih n tak ada menda nak eksaited sangat. 
hari berganti hari, bulan berganti bulan atau tahun berganti tahun. that is nothing special.
kenapa aku cakap macam tuh? 
hmm..pada aku, jika hari ini dan semalam tidak ada bezanya, maka aku telah rugi.
apakah aku tahun ini dan tahun depan lebih baik dari tahun yang sudah-sudah?
inilah persoalan tahun baru aku. apapun, selamat tahun baru korang :)

pagi ini
pagi ni, fikiran aku macam melayang sket. ntah, banyak benda aku fikir. tentang hidup aku dan persekitaran aku. sejak semalam aku terfikir, manusia ni kadang-kadang bila tiada pilihan atau dengan kata lain, terdesak! mereka akan pergunakan orang untuk mencapai tujuan yang di hajatinya. adakah mereka jahat pada aku? tidak! aku tahu, ini hanyalah peringatan dari Allah agar aku tilik diri aku, adalah aku pun begitu.
sedih! masa seterika baju, aku akui aku kadang-kadang pun terpaksa macam tu.
agh!aku malu untuk rasa di pergunakan, bila aku sendiri pernah mempergunakan. hmm..aku cuba fikir positif dan pujuk diri, jika berbuat baik, ikhlaslah! jika tidak aku hanya menuai letih.

tiada daya dan upaya tanpa izin Allah
aku alami kemalangan kecil. sewaktu nak masuk selekoh, aku agak pecut untuk kejar traffic light. natijahnya kereta tertolak motor aku. kenapa aku cakap tertolak bukan terlanggar? sebab kereta itu di bawa perlahan oleh seorang amoi. 
tolakan kecil itu sudah buat motor aku terbalik dan aku dapat calar kecil. walaupun tolakan kecil, kekuatan aku tak mampu untuk tahan motor aku dari terbalik. lepas ni aku harus lebih hati-hati! 

hmm..ia buat aku terfikir, kuat manakah kita untuk menolak takdir. jika itu suratan dari Allah, Dialah yang berkuasa atas segalanya.
dan aku terfikir, teringat dosa-dosa yang pernah aku lakukan, berdayakah aku untuk hadapi Allah kelak?
aku mula-mula tahan nangis sebab sakit, tapi akhirnya aku tewas.
aku takut pada-Mu ya Allah :'( bimbinglah aku sebelum aku menghadap-Mu.

membela diri atau melarikan diri
lepas aku jatuh dari motor. aku sekuat hati cuba tahan motor tu. n ambil tenaga untuk angkat motor yang agak berat pada kudrat aku. amoi itu keluar dan cakap, 'kenapa you masuk macam tu je?' aku pandang dia sambil gagahkan diri angkat motor. aku cakap 'its ok. its ok'.

aku cepat-cepat angkat motor. rasa malu pun ada sebab ada beberapa riders lelaki tengok aku.
lepas aku settle angkat motor n traffic light pun hijau balik, aku teruskan perjalanan. 
aku rasa kaki sakit, tapi aku cuba larikan diri dari tempat kejadian dulu dengan secepat mungkin.
perasaan aku, aku sedih! aku tahan nangis sebab aku dah janji ngan diri aku takkan menangis lagi untuk kepayahan hidup. aku dah janji aku nak jadi kuat!

tapi aku nangis juga. sebab:
1- aku malu kat orang yang tgk aku. serta merta aku teringat kisah-kisah susah yang pernah aku lalui sendiri. aku tertanya kenapa riders tu suma hanya tengok sahaja? aku mula yakin, aku selalu ada Allah. alhamdulillah binikmatihi tatimmussholihat. hari ni, aku sedar aku dah kuat, aku tak kisah lagi lalui kesusahan hidup. hasil didikan dan jentikan kasih dari Allah dengan ujian yang di beri.

2- aku kecil hati dengan amoi tu. kenapa dia cakap macam tu? aku harapkan dia tanya aku ok ke tak masa tu atau minta maaf walaupun aku tahu aku salah. sebab tu aku keep on cakap 'its ok'
aku tak pasti siapa salah, tapi aku cuma akui jika itu salah aku.
jika dia tak bersalah, adakah dia nak membela diri dari di persalahkan terlanggar aku?
jika aku bersalah, adakah dia nak melarikan diri dari dipersalahkan melanggar aku?
aku nangis di layan sebegitu. tapi aku terfikir, adalah aku pernah begitu? menuding jari pada yang lain untuk menyelamatkan diri? agh! aku makin sedih..sebab kadangkala mungkin ya, aku buat begitu. apa nak jadi dengan aku? :'(

selamat tahun baru
selamat tahun baru! esok akan masuk umur aku 28 tahun. malam ini bagi aku, tak ada bunga api, tak ada debaran menunggu detik 12 malam. segalanya biasa-biasa sahaja. teringat aku satu quote 'siapa kita 10 tahun akan datang? adakah sama dengan 10 tahun yang lepas ataukah lebih teruk?'
moga aku tahun hadapan lebih baik dari 10 tahun yang sudah dan akan jadi lebih baik 10 tahun akan datang. jika tidak? mungkin aku tidak belajar sesuatu dari apa yang dah berlaku. aku harap aku sudah cukup ambil pengajaran dari semua yang berlaku dalam hidup aku.

azam tahun baru
aku ingin menjadi lebih baik dari sebelumnya. kenapa aku tak senaraikan? biarlah rahsia :p
ada masa aku cerita la.hehe.hari ni mood muhasabah diri :)
Read More

Sunday 29 December 2013

sombong

kenapa terlalu sombong?
bila di panggil kepada kebenaran
bila di cuit hati yang lalai
bila kebatilan cuba di rungkai

kenapa terlalu sombong?
bila di ajak untuk patuh
bila di pinta dan di suruh
bila keegoaan membatu teguh

kenapa terlalu sombong?
bila di hulur senyuman ukhuwah
bila di beri sapaan ramah
bila keduniaan terasa gah

kenapa terlalu sombong?
bila di ucap salam bahagia
bila di ungkap bicara derita
bila kebencian mengeruhkan rasa

kenapa terlalu sombong?
bila di ajak kepada-Nya
bila di pimpin mengikut rasul-Nya
bila kedunguan di angkat bangga

kenapa terlalu sombong?
tertanya diri pada hatiku yang bingung

29 disember 2013
6.22 petang
Read More

Tuesday 24 December 2013

chacha si pakcik yang gigih

assalamualaikum..

aku pernah bagitau kat korang, aku nak citer pasal CHACHA ni kan? kalo korang tak pernah baca, citernya kat sini :)

CHACHA dalam bahasa BANGLADESH bermaksud PAKCIK. kenapa aku panggil dia CHACHA??? opkos sebab dia orang BANGLADESH.
uik..hati-hati ngan orang BANGLA ni.bahaya!!!

hmm..buat pengetahuan korang, aku pernah kerja kat KILANG bersama-sama ngan orang dari negara asing ni. ye, ade yang tak baik, tapi ada juga yang BAIK. pokoknya kita kena tau macam mana nak deal ngan dorang. pergaulan tetap ada batasannya :)

ni dedikasi aku buat perkerja dari negara asing, puisi aku bertajuk MEREKA JUGA MANUSIA.hahaha. dasat kan? siap buat puisi lagi.wakaka. aku kan suka tacing ;p

okeh! okeh..berbalik pada citer CHACHA. nape aku kagum sangat ngan chacha nih? 

meh aku citer panjang lebar (siap-siap la ngan bertih jagung erk ;p) 

masa aku keje kat INDUSTRI MAKANAN dulu (ayat gebang kencang gituh ;p) 
aku selalu tensen. bukan setakat tensen ngan keje, malah tensen ngan kehidupan sendiri.
keje bizi macam hape tak ingat dunia. dah tu PENAT, dah penat tuh mula la AKU HANYUT ngan dunia penuh pancaroba ini.

GELAGAT MANUSIA kat tempat kerja? ya..rabbi, manusia ni sungguh, dengan macam-macam karenah. belum lagi kita selongkar KARENAH DUNIA KORPORAT ni. 
aku penen, aku loya n aku rasa dah muak. cewah! MEMANG! kalo korang dalam bidang kerja yang sibuk, nanti korang cuba la amik feel. korang akan faham maksud aku.  

masa aku mula-mula masuk keje dulu aku BODOH! atau dengan ayat sopannya aku NAIF ;p. aku anggap manusia suma macam aku. pi keje, nak cari duit, naik pangkat setelah BERSAING DENGAN SIHAT. 
tapi HAKIKATNYA, aku budak naif ni tertipu dengan DUNIA PENUH PANCAROBA ini.
bak kata P RAMLEE ini hanyalah COBAAN. aku terima dengan hati REDHA. malah aku lebih hepi skang. lepas dah tak bergelumang dengan kerja-kerja lama lagi.

teruk sangat ke kerja yang aku buat? ntah..ni hanya pandangan aku. 
dulu masa belum grad dulu, aku pi CAREER FAIR, pakcik 1 booth tuh pernah tanya kitorang (aku n the geng) 
'kerja nanti korang nak gaji berapa? anggaran."
kami "rm2K at least' dengan gaya konfiden budak nerd (konon bangga, wek..aku malu kat diriku yang dulu.haha)
pakcik "nanti lepas korang dah kerja, DUIT dah jatuh no.2, yang PENTING SUASANA KERJA"
kitorang pun berlalu SENGIH tanpa rasa.

masa-masa berganti masa (macam citer bawang putih bawang merah lak)
aku sekarang akui KATA-KATA HIKMAT pakcik tu.

lepas aku dah harung:
caci-maki dari boss
kawan tikam kawan
kawan tipu kawan sebab nak SELAMAT dari maki hamun BOSS
kawan mengata kawan
kawan sakiti kawan sebab DENGKI

aku decide 'ARGHHHHHH...DUNIA INI CUKUP KEJI.wakaka. hebat tak ekspresi aku. poyo!

masa tu aku start fikir. orang kerja ANGKUT SAMPAH lagi suci kerjanya
BUSUK pada luaran, tapi tak buat KERJA yang bergelumang ngan benda-benda BUSUK.




aku selalu perhatikan orang datang pungut sampah pagi-pagi. aku kagum n iri hati ngan kerja dorang :(
oh, tacing la pulak aku.haha.

lepas tu, lepas aku benti keje. aku kenal CHACHA. 
(haa..skang baru aku sebut pasal chacha, selambak tacing citer sal diri sendiri)
hahaha. sorry la korang. BERTIH JAGUNG dah abes erk? p top up dulu erk.kikiki.

ok sambung citer chacha lak. dah merapu pasal aku sekerat entry :p

biodata chacha:
nama dia: aku tak ingat, sebab aku panggil chacha je.
negara asal: bangladesh
status: berkahwin
status kemasukan di malaysia: dia ada premit
anak: 8 orang di bangladesh
perawatakan: sederhana tapi bersih
kebaikan: rajin berkerja dan tak tinggal solat
ciri-ciri: GIGIH!

lol..macam hape je kan aku siap tulis biodata lagi.hihi. tingat masa skool dulu.
kawan tanya, boleh berkenalan? nak biodata boleh.wakaka. epik betoi! :p

CHACHA SI PAKCIK YANG GIGIH!

mula-mula aku kenal chacha ni, masa aku selalu datang umah kawan aku kat PUCHONG KINRARA ni. chacha ni PAKCIK KUTIP BARANG RECYCLE kat apartment kawan aku tuh.
sebab kakak ni (kawan aku) tu tak bape paham sangat nak cakap ngan chacha aku selalu la cakap ngan dia. 
contoh: masa kawan aku nak tolong chacha, dengar citer dia nak balik ke bangladesh tapi tak cukup duit. aku la pi tanya dia details pasal probs dia. aku boleh la paham sket-sket. bukan suma
sebab chacha TAK FASIH BAHASA INGGERIS mahupun BAHASA MELAYU.
so, komunikasi agak TERBATAS.

tips bercakap ngan warga asing yang macam ni (tak faham our first n second language):
cakap la guna bahasa tunggang langgang
bunyi macam kelakar. tapi PERCAYA lah, tips ni je BERHASIL. :D
aku gunakan KEMAHIRAN aku deal ngan asisstant-assistant aku dulu.

chacha, dia kerja cari barang recycle biasa dapat dalam rm50 camtu.
tapi yang aku jeles ngan kerja dia, tiap kali masuk WAKTU SOLAT dia akan BERJEMAAH kat surau dekat apartment kitorang.

korang tengok! betapa murninya kerja dia kan. aku suka! KERJA yang tak seberapa pada mata kita, tapi bermakna dan REZEKI BERKAT.

dia GIGIH, setiap hari keje. bangun pagi pergi BERJEMAAH SOLAT SUBUH. 5 waktu sehati semalam dia berjemaah. UNTUNGKAN?

dengan pendapatan yang tak seberapa, dia hantar duit kat isteri dia kat kampung untuk family dia. aku KAGUM!
n lagi satu, kalo jumpa dia, dia TAK PERNAH TAK BAGI SALAM n TAK LUPA UNTUK SENYUM.
tengok! dia selalu ceria je. n walopun kita nampak dia susah. AKU TAU DIA BAHAGIA n TABAH dengan ujian hidup yang Allah bagi kat dia.
dari dia aku belajar untuk lebih tabah dan POSITIF.

dua tiga bulan lepas, chacha tetiba balik BANGLADESH tanpa pengetahuan kitorang. 
kalo sebelum ni selalu je bertegur sapa ngan kitorang sebab kitorang selalu kumpul botol kosong SEMATA-MATA nak tolong chacha.
sedih gak masa tuh. bila ada barang tuk recycle, rasa dah tak nak buat benda ngan barang-barang tuh.

last-last tuh, chacha datang balik. gembira kitorang :D baru dapat tahu, dia balik bangladesh sebab dia kena DIABETES. patut la badan dia makin kurus. tapi, masa dia datang tuh, dia dah makin sehat :)

dia jumpa-jumpa aku jerk: "ITU HARI BALIK, SEKARANG MARI LAGI"
aku: "bila chacha balik? sudah sihat?"
chacha: "BALIK BESOK!"
hahaha.dalam hati aku nak gelak. tapi aku paham dia maksudkan SEMALAM ;p

lagi..chacha ni walopun dia kerja dengan sampah-sampah. selongkar sampah untuk cari barang recycle.
tapi aku nampak dia PEMBERSIH. baju dia bersih je. walopun baju nampak lusuh sebab baju kerja.
tapi baju yang dia pakai pergi SURAU lagi la BERSIH :)

chacha lak xgatal macam foreigner yang pernah aku kenal.
dia act macam AYAH je bila cakap ngan kitorang. tuh yang buat aku HORMAT dia n TABIK!

amacam??? BAGUS KAN CHACHA NI.
tu pasal aku suka je nak bagi title kat chacha SI PAKCIK YANG GIGIH :D

sekian lah kali ni aku bercerita panjang lebau :)

note: aku mintak sangat kat korang, tolong la KUMPUL BARANG-BARANG yang boleh di RECYCLE dan bagi kat aku. aku nak bagi kat chacha.
aku selalu gak jadi pengutip sampah kat mesjid sebab nak kutip botol untuk chacha.haha.
sorry aku xde gampar chacha untuk di kongsi, sebab phone caboot aku xde kamera :(

antara barang recycle yang boleh di kumpul:
1- botol plastik macam botol air mineral etc
2- botol kaca (korang cuci dulu erk tq :) )
3- kotak-kotak
4- paper apa sahaja
dan banyak lagi.hehe.

tq korang! babai. sayang korang.
bak kata pepatah: 'KUMPULLAH BARANG RECYCLE DAN BAGILAH DEKAT UNCLE' hihi.
Read More

Tuesday 3 December 2013

kitalah penyelamat itu

assalamualaikum..

serikkah kita di uji lagi untuk sekian kali? malah mungkin berkali-kali dan bertubi-tubi?

mungkin ya dan mungkin tidak..

YA..bagi yang tidak pernah kenali apa itu resam kehidupan dan TIDAK pada yang memahami lumrahnya kehidupan.

surah al-Mulk ayat 1-2
"Maha Suci Allah yang menguasai (segala) kerajaan, Dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun".  

ketahuilah hidup ini, bukan atas kehendak kita, tetapi atas kehendak dari-Nya. 
mungkin kita mampu merancang, namun segala ketentuan itu datang dari-Nya. dan segala ketentuan dari-Nya adalah yang terbaik untuk kita. 

surah al-Baqarah ayat 216
"..boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui".

ya..mungkin pada pandangan mata kasar kita, ujian itu sesuatu yang tidak menyenangkan, kita tidak suka dan tidak baik pada pandangan kita, tapi yakinlah duhai hati, itulah yang terbaik dari sisi-Nya buat kamu.

memberontakkah hati dengan takdir dari-Nya? 

pujuklah hati. pupuklah iman. didiklah nafsu untuk redha dengan ketetapan dari-Nya.
ya..saya sendiri akui, bukannya suatu yang mudah. tapi yakinlah, jika di didik, di pujuk, kelak inshaAllah hati seorang mukmin akan patuh dan redha dengan takdir-Nya.

ah!!berkata memang mudah bukan? 
memang..berkata memang mudah. berat mata memandang berat lagi bahu memikul. dan pikulan beban rasa hanya empunya diri yang benar-benar memahaminya. 

saya mungkin tidak memahami bebanan masalah yang sedang anda alami. namun..saya juga ada rintangan hidup yang harus saya depani. fahamilah..setiap orang di dunia ini tidak lepas dari di uji. setiap orang mungkin sedang berjuang dengan kehidupannya sendiri. mungkin tidak seberapa pada mata kita, namun telah berat di tanggungnya. kerana manusia itu tidak akan di uji di luar batas kemampuannya.

surah al-Baqarah ayat 286
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala [dari kebaikan] yang diusahakannya dan ia mendapat siksa [dari kejahatan] yang dikerjakannya. [Mereka berdo’a]: "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir". 

mungkin pada tahap genting kita akan berkata 'tidak!!!aku tidak mampu untuk hadapi semua ini."
akan tetapi ketahuilah, semua ini rahsia Allah.
pernahkah kita dengar kata pepatah "kita tidak akan tahu sejauh mana kuatnya kita, sehingga menjadi kuat adalah satu-satunya pilihan yang kita ada"

kenapa begini???
kekuatan bila tidak di kerah, ia akan membuatkan kita memilih untuk menyerah kalah.
namun, ketika kita tidak lagi punya pilihan lain kecuali perlu bertahan dan menjadi kuat. nah! kita sendiri mungkin tidak akan percaya betapa kuatnya kita untuk menghadapinya. 
kita juga tidak akan sedar kekuatan kita, sehingga kita telah melepasi ujian itu dengan jayanya.

penatkah kita di uji bertubi-tubi?

hidup ini adalah untuk di uji.

surah al-Baqarah ayat 155:
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.

hidup ini bukanlah seperti dongengan cerita sang puteri. akan di akhiri dengan jalan cerita yang indah bagaikan mimpi. ayuh!! bangkitlah kawan! itu hanya cerita hayalan ketika kita masih hingusan.

hakikatnya hari ini adalah realiti. kita mungkin terkadang penat menghadapi hari-hari kerana di dunia ini bukanlah tempat berehat yang abadi. 
hidup ini tidaklah di jadikan untuk main-main. cukuplah hari ini kita di momokan dengan cerita dongengan cinderella dengan berakhir dengan 'happy ending'. di selamatkan oleh sang putera lalu di bawa ke jinjang pelamin. 
jika kita pernah bermimpi, sedarlah! kita perlu bangkit hari ini sebelum kita terjaga dari tidur dengan mimpi ngeri.

sang putera mungkin tidak akan datang menyelamatkan kita.
bangkitlah..jadilah hero dan selamatkanlah diri sendiri, usah lagi di pejam. hari ini bukalah mata.
berapa lama kita membuang masa dengan hanya menunggu orang datang membawa bahagia?
berapa lama kita ingin menjadi manusia yang ingin di selamatkan sahaja?
ayuh! sedarlah..mulai hari ini kitalah hero. kitalah penyelamat diri kita.

saya kongsikan kata-kata dari seorang kaunselor:
"kitalah yang perlu lebih mengasihani diri kita berbanding dari orang lain, kerana hanya kitalah yang mampu menolong kita untuk keluar dari masalah yang kita hadapi"

berbalik kepada persoalan hanya kita yang mampu memahami masalah kita.
ya..memang benar. hanya kita yang lebih memahami masalah kita. bukan orang lain, dan bukan juga sang putera dalam cerita dongeng ataupun dalam angan-angan kita. 
HANYA DIRI KITA..
jadi hari ini, marilah kita bangkit, untuk MENYELAMATKAN DIRI KITA

kerana hanya kitalah PENYELAMAT DIRI KITA. 

"You are the superhero..You are your own superhero" 
Read More

Friday 1 November 2013

kesyukuran: bimbingan dari Allah

assalamualaikum..

hari ini aku nak cerita pasal bersyukur tentang hidup aku :)

banyak benda yang terjadi dalam hidup aku. pahit dan manis. hari ni aku nak cerita detik-detik yang manis dalam hidup aku, iaitu sesuatu yang patut aku syukuri.

AKU BERSYUKUR KERANA AKU SELALU DI BIMBING OLEH ALLAH!

ya..itulah topik utama aku hari ni :D

teringat aku kira-kira 14 tahun yang lepas. masa aku berumur 13 tahun. aku pernah berdoa agar Allah bimbing aku untuk memahami Islam sedalamnya. walaupun aku tak ada la faham sangat pasal Islam masa tu, tapi aku terdetik nak tahu dan faham sepenuhnya tentang Islam.

setiap hari, selepas solat aku berdoa "ya Allah, bimbinglah aku ke arah jalan-Mu, bimbinglah aku untuk menyelami khazanah Islam-Mu". hmm..entahlah, walaupun aku bukannya datang dari latar belakang Islamik, tapi inilah yang aku nak. aku nak fahami Islam. walaupun kita di lahirkan sebagai muslim, tapi tak semua kita fahami tentang agama kita. harapan aku masa tu, moga Allah bimbing aku.

percaya atau tak, masa aku umur 22 tahun, aku macam tersentak. teringat balik kat doa yang selalu aku baca sejak kecil, hmm..aku rasa macam doa aku di makbulkan. alhamdulillah.

dan hingga hari ni, bila aku lalai dan leka dengan dunia, Allah selalu akan buat aku tersentak. Allah ingatkan aku kembali untuk mengingati-Nya dengan memberi masalah-masalah hidup. 

Alhamdulillah A'ala Kulli Hal..

nota: masalah terkadang adalah satu anugerah, membawa kita kembali mengingati Allah.    
Read More

Tuesday 29 October 2013

kalian dari mana?

assalamualaikum..
hari ni aku rasa tak bape ok :( (asek tak ok je aku merapu.haha)

hmm..aku start blogging 2011. banyak ugak la aku merapu kat sini. masa-masa aku tengah tingtong.hehe.
tapi bile dah dewasa sket (konon la, maksud aku cerdik sket dari tahun 2011 :p ), aku delete beberapa post yang aku rasa tak bape sesuai. aku malu bila baca balik :p

dari traffic feed aku tengok ade ugak orang baca blog merapu macam blog aku ni.haha. hope korang jenis orang yang tak suka buang masa macam aku ni :D

aku tengok..ramai pembaca dari tanah seberang, indonesia. dan pembaca blog ni kebanyakan aku mungkin tak kenal korang face to face. hmm..cuma aku tertanya, dari mana korang jumpa blog aku?hehe. dan ape yang buat korang terjumpa blog merapu macam ni.

jujurnya aku tulis blog hanya untuk lepaskan rasa je :) sebab tu kalo baca balik di awal penulisan aku, banyak tulisan yang sedih n aku banyak nanges :( tapi skang, bila aku sedih, aku mesti cepat-cepat ingatkan diri aku, 'tak berbaloi untuk sedih untuk benda yang tak bagi manfaat kat kita' kan kengkawan??? so, be happy :D

skang bila aku sedih, aku suka memanjakan diri (cewah :p). wat facial ke, exercise ke etc
sebab aku jumpa dalam buku dale carnegie ade kisah sorang wanita tu cakap, die risau n hidup die penuh pressure. tapi die pk 1 benda, aset utama die adalah kecantikan, sebab die nak jadi artis. so, die stop risau, sebab risau akan effect die punye penampilan. so, aku kekonon nk jadi cam die la.hahahaha. :p

klah..baik aku stop menaip. sebelum parah.hehe. 

Read More

Saturday 19 October 2013

bertanya pada yang lebih tahu atau yang serba tahu?

assalamualaikum..

bertanya adalah kunci pengetahuan. seorang penuntut ilmu di galakkan bertanya untuk lebih memahami apa yang di pelajari.

namun..berhati-hati dalam bertanya. bertanyalah pada yang lebih tahu, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan ilmu agama.

"..maka tanyalah pada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui". surah an-Nahl ayat 43.

ramai orang mampu berkata-kata, termasuk juga saya (jika ada yang salah mohon di tegur). perkara yang cukup mudah bukan? ya! hanya bermodalkan air liur, sesiapa sahaja mampu berbicara, berkata-kata dan berhujah. namun, sejauh mana kebenaran kata-kata? di sinilah persoalannya.

hati-hati menuntut ilmu dan hati-hati jika bertanya. dewasa ini ramai di antara kita mampu berhujah sini sana, berhukum sini sana termasuklah soal agama. tidak di nafikan ramai ilmuan di luar sana, lubuk ilmu itu cukup luas. namun, berhati-hati menerima ilmu. pangkat seorang penyampai ilmu meskipun ustaz, syeikh, haji mahupun pemegang ijazah kedoktoran bukanlah satu nilai ukuran. tapi ukurannya adalah kesahihan (kebenaran) ilmu yang di sampaikan.

jika tidak bersandarkan dalil yang sahih (benar), eloklah di fikir-fikirkan sebelum di hadamkan. usah taklid buta! kelak ada padahnya. usah ikut apa yang tidak kita ketahui, dengan membuta tuli.

"dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua itu akan di minta di pertanggungjawabannya." surah al-Isra' ayat 36.

bukan sahaja berhati-hati dalam bertanya, malah juga dalam menyampaikan kata-kata. berhujah tentang agama tidak cukup jika hanya berbekalkan logik akal semata. Islam bersandar pada dalil! bukan pada kiasan kata bijak pandai semata. berhati-hati juga berkata atas nama agama. hanya orang yang berilmu, tahu akan bahayanya berkata-kata tentang agama tanpa ilmu.

di sini, saya tidak membataskan kita untuk menyampaikan ilmu. tapi, pelajarilah dan fahamilah ilmu terlebih dahulu sebelum menyampaikannya kepada yang lain. dan sekiranya tidak tahu, rujuklah pada yang lebih tahu, rujuklah pada ahli ilmu, bukan pada yang serba tahu. 

nota: salah bertanya sesat jalan, salah berkata-kata undang sesalan. 
Read More

Sunday 22 September 2013

segala puji bagi Allah atas semua keadaan

assalamualaikum..

hari ni aku di uji..tapi aku tau, aku cukup kuat menghadapinya :)
dan berkali aku katakan:
"Alhamdulillah a'la kullihal"

"kata 'aisyah ra, nabi s.a.w apabila melihat (sampai kepada beliau) perkara yang menyenangkan,
beliau mengucapkan:
Alhamdulillahilladzi bi ni’matihi tatimmush sholihaat"

 yang bermaksud 

"segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya segala kebaikan menjadi sempurna."

dan apabila beliau s.a.w melihat (sampai kepada beliau) sesuatu yang tidak beliau sukai, beliau s.a.w mengucapkan:
"Alhamdulillahi a'la kullihal"

yang bermaksud

"segala puji bagi Allah atas semua keadaan"

hadis hassan: HR Ibnus Sunni dalam 'Amalul Yaum wal Lailah (no.378), Ibnu Majah (no.3803), dan al-Hakim (i/499). di hasankan oleh Syaikh al-Albani dalam Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah (no.265)

rujukan Buku Ritual Sunnah Setahun oleh Yazid Bin Abdul Qadir Jawas m/s 6.

aku harap korang pun akan amalkan hadis ni :)  
p/s: korang..doakan aku :(
Read More

Wednesday 18 September 2013

hari kemenangan

hari ini di namakan hari kemenangan
sebulan mendidik nafsu dan berperang dengan syaitan
berakhir sudah bulan ramadhan

namun hati kecil tertanya
apakah kemenangan itu benar-benar di rasa
atau sekadar keterujaan pada nama semata

apakah benar hari ini hari raya?
hari kemenangan dengan sedalam rasa
dan hati tertanya dalam syahdu takbir bergema

selamat hari raya pada yang menyambut hari kemenangan
dan hati masih tertanya layakkah diri ini sama-sama meraikan

19 ogos 2012 

3.17 pagi
Read More

persahabatan ini

kesibukan ini
membunuh masa kita yang bermakna
yang tinggal hanya
tekanan yang membuatkan kita meraung gila

kita mencari alasan
untuk saling menyakitkan

kebosanan ini
membunuh kemesraan yang kita rasa
seiring masa
kita tidak lagi seia dan sekata

pada bibit bicara yang lesu
kita semakin jemu

kelekaan ini
membutakan kita seketika
untuk menilai dari mana kita bermula
dan perlukah kita berakhir begini saja

rasa terbeban yang kita pendam
mencambahkan muak dalam diam

kebencian ini
membunuh cinta yang kita bina
bersama-sama
cinta kerana-Nya semata

sedikit demi sedikit
hati kita bagaikan di gigit

persahabatan ini
sanggupkah di biarkan mati
hanya kerana kita kini tidak lagi saling menghargai

masjid negara
5.14 petang
16 jun 2013
Read More

berhati-hati..

kenapa terkadang susah untuk kalian memahami
ketika ku katakan..berhati-hati
di depan kalian senyumnya berseri
di belakang kalian ku terima aduan setiap hari
mengapa manusia berperangai begini?

kalian sangkakan tiada apa-apa
mereka tidak pernah berkata apa-apa
aku berpesan bukan kerana kalian aku tidak suka
tapi berhati-hatilah sebelum kena
biarlah aku yang terakhir kali rasainya

kenapa terkadang susah untuk kalian mengerti
aku berpesan bukan kerana benci
peringatan ku berikan berkali-kali
aku tidak ingin suatu hari kalian akan berkecil hati
atau mungkin membawa diri dari sini

sunggguh jika tanggungjawab ini tidak ku pikul di kepala
mungkin ku biarkan kalian begitu sahaja
cuma aku ingin kalian memahaminya
terkadang manusia bermuka-muka
dan manusia hipokrit ada di mana-mana


4 september 2013
Read More

Friday 13 September 2013

hari merapu :P

assalamualaikum..

pertama kali aku mintak maaf, jika aku pernah menulis sesuatu yang tak bermanfaat untuk bacaan korang.
aku dah delete post-post dengan label 'bicara emosi' sebab aku rasa menyesal kot luah benda yang tak berfaedah n lagi-lagi berbaur peribadi.hehe. tapi hari ni aku rasa aku perlu lagi meluah lagi kat sini. n aku namekan 'bicara santai'.hihi.

jujurnya aku menulis dulu hanyalah untuk 'heal myself'. yup aku sakit. sakit hati.hahaha. aku melawak je. but sad to admit that is true :'( alhamdulillah aku dah pulih. maknanya aku dah eppy dari kesedihan yang melampau. i learned how to cope with myself more. thanks to Allah and everybody around me. aku xbape suka meluah atau menulis kat fb sama cam kawan-kawan aku buat. aku rs aku macam tengah menjaja citer aku je, lagi2 kat orang yang kenal aku. aku rasa privacy aku terancam.haha. ayat bombastic aku :P aku lebih suka tulis benda peribadi (tapi aku xciter detail) kat blog. sebab aku sorok blog aku. hanya bagi kat kenalan aku je :D

hmm..hari ni aku rasa xbest. rasa yang macam aku pernah rs untuk beberapa tahun lepas. susah nk cakap, sebab sebenarnya aku xmau ckp ape yang aku rasa :P tapi aku menulis jugak, sebab aku rasa aku perlu menulis bila aku rasa xbest.hehe. berbeza ngan orang lain, biasanya dorang tulis blog bila dorang eppy n kongsikan cerita eppy dorang yang orang len. sebab kita menulis dengan tujuan yang berbeza.

aku nk cakap aku rs lonely pn xugak, sebab aku suka kongsi ms-ms eppy aku ngan kwn-kwn kat alam realiti. maknanya aku akan kuar n p bersuka ria ngan kawan-kawan aku. aku cm rs kadang-kadang aku ade penyakit xpercayakan org. n kadang-kadang die datang dengan rasa yang kuat xpercayakan org. sebab tu aku luah kat sini skang :'( ntah la, rasa serba xkena. xciter kat kawan probs aku buat aku rasa tensen, nk citer lak buat aku bakal menyesal yang xsudah sebab lately aku rasa aku lebih suka pendam je.

looking back at my past and relate it with my present, buat aku berbaur rasa. tapi aku bersyukur, aku makin kuat dengan ujian ni dan aku yakin aku sememangnya kuat untuk di uji dengan ujian sebegini. benda yang xbest yang berlaku dalam hidup kita, buat kita lebih menghargai hidup kita, tu pn kalo kita dapat belajar sesuatu :P 

walaubagaimana pun, rasa teruk yang pernah aku rasa dulu, (sedih, kecewa n etc) buat aku tidak lagi terikat ngan keduniaan. ntah..aku dah xrasa takut untuk kehilangan. mungkin juga, bila kita pernah di uji di tahap limitnya, kita akan lebih kental lepas tu :)

hmm...aku ade Allah. nape nk takut!!

bye :) (aku selalu harap orang xbaca post aku yang merapu, sebab aku menulis bukan untuk dibaca) tapi aku post ugak kan.haha. sebab aku rs mcam aku dah lepaskan suma probs aku bila aku post. hope xmenyinggung mana-mana pihak. moga korang bahagia. ameen :D
Read More
Designed By Seo Blogger Templates