Thursday, 19 December 2013

aku-shaklee-motorsikal-hujan-mcD

assalamualaikum..

aku nak citer, citer tragis yang berlaku kat aku hari ni.hahaha. (apsal aku gelak, biol jerk)

hari ni aku cuti (off day) jadi aku duk berangan nak pi BORONG-BORANG SHAKLEE la hari ni.



pagi-pagi tuh aku melepak dulu kat umah. online, update page FB, makan-makan ngan kucing-kucing aku. dah tuh petang baru aku ingat nak gerak. aku cakap ngan kawan aku, aku nak p lepas zohor. tapi PETANG baru aku gerak!!!hihi.

siap suma kerja-kerja kat umah. aku kuar la umah, buang sampah suma n bagi botol kosong + botol supplement SHAKLEE aku yg dah abes tuk recycle kat CHAHA (si uncle yang gigih, ade masa kang aku citer sal dia kat sini). 

aku tengok kat atas, langit dah mendung berarak kelabu. tapi aku buat bodoh jerk. aku cari si CHACHA ni tak ada pulak kat SURAU tempat dia selalu lepak. troli recycle die pun tak de nak aku letakkan botol-botol ni. 

nak letak kat tepi-tepi situ je, takot di sambar oleh PENGUTIP BARANG RECYCLE yang lain. aku pusing-pusing kejap. tu dia!!!! dia cepat-cepat ambil botol dari tangan aku. aku pun nak cepat sebab nak kejar sebelum HUJAN.

dah tuh, aku berdesup ngan MOTOR caboot aku yang COMEI tuh. pegi isi minyak dulu sesambil kuarkan duit kat ATM. 

kat stesen minyak tuh aku nampak POO (beruang panda) macam hero kungfu panda kesayangan aku tuh. gambar poo BESAR, parking sebelah tempat aku nak parking. aku jeling sket kat poo tuh, then aku cepat-cepat masuk menuju ke ATM. 

orang yang promote poo tuh tegur aku pun aku terus angkat tangan KEKONON macam artis angkat tangan kat PAPARAZI cakap dalam hati NO!!! aku tak nak barang yang kau PROMOTE! tapi aku senyum, sambil angkat tangan macam JALAN KAT RED KARPET. memang pasan BAJET BAGUS je perasaan aku masa tuh :p

dah siap kuarkan duit suma. skali lagi budak poo tuh promote kat aku. aku skali lagi berlagak macam VICTORIA BECKHAM. aku start MOTOR caboot aku tuh. then aku jeling skali lagi kat poo kesayangan aku tuh. 

n aku tengok ade budak tandatangan kat board yang budak promote poo tuh pegang. MAK!!!!!!orang tu nak mintak tandatangan je kot. bukan nak promote BARANG. apasal la aku ni BAJET BAGUS macam tuh skali. tidak! tidak! tidak! aku rasa nyesal n malu kat budak tuh.
aku jeling kat POO. haa..macam kenal lak poo ni. 



WWF world wide fund for nature. ni la tempat yang kawan aku ajak aku tuk join jadi volunteer nih. tetibe aku rasa BERSALAH kat budak yang promote poo tuh. aku rasa nak p tandatangan, tapi aku malu lak sebab tadi dah tolak ngan angkat tangan BAJET BAGUS. 

sebelum aku nanges nyesal. aku terus pecut motor caboot aku :(

tengah aku pecut beberapa meter. aku dah dapat rasa hujan menitik-nitik kat badan aku. AKU DENGAN IGNORANCEnya terus pecut dan pecut lagi. dah tuh..pelepap!!!!!!(ni bukan bunyi aku jatuh) tapi hujan jatuh dari langit makin laju, laju dan lebat selebatnya. 
BUMI ini di basahi lagi. AKU pun cuba pecut, tapi dah tak terdaya tanpa baju HUJAN aku ambil keputusan untuk berhenti bawah flyover. 

beberapa minit tunggu, aku rasa macam tak sabar. ujan dah reda sket. aku pun mula MEREDAH lagi. aku redah hujan sampai ke selekoh BANDAR SUNWAY.

dah tuh..hujan makin lebat mencurah-curah ke ladang gandum. jadilah!!! KOKOKRUCH!! lalala. 
banyak la ko kokokruch. kalo kokoruch tuh best ugak kan :D
aku BASAH KUYUP + SESAT JALAN. aku pusing-pusing area SUNWAY dekat-dekat SUNWAY PIRAMID. aku pun tanya la jalan kat budak DELIVERY KFC. dia pun bagi la direction. masa tuh perut dah rasa lapau. aku decide aku xska sangat ayam. tak pelah KFC. i terpaksa babai kat u!

aku pun terus ikut direction yang budak KFC tuh bagi. daa..ujan makin lebat. aku dah tak nampak signboard. mula la aku sesat. aku decide patah balik la. tadi aku ingat nak p HQ SHAKLEE ugak sebab basah sket-sket tuh orang tak kesah kot. tapi skang aku dah BASAH KUYUP :(

aku pun patah balik. sampai area tol aku amik jalan motorsikal. dah tuh ternampak MCD DRIVE THRU. 



 haa..memang CANTEK ah. aku pun lapau nih. aku pun p la kat drive thru tuh. hmm..aku cari yang ade corong order tuh. aku pun blur kejap. nak cakap ape erk? 
dah tuh aku cakap HELLO! aku dengar ade org terkekek-kekek gelak kat microfon tuh. tak tau la dorang GELAKKAN aku cakap HELLO atau sebab aku p DRIVE THRU pakai motor caboot aku tuh jerk. argh!!! ni kan drive thru. aku pun memandu ape skang. aku selamba je order.

"nak order BIG MAC satu SET BESAR" 
"air coke ke?"
"ha'ah coke"
"ada nak tambah apa-apa lagi?"
"tak de, BIG MAC set besar, tu je"

aku pun p BAYAR. budak pompuan sorang n budak laki sorang. sengih-sengih. aku pun bayau. 
"sorry erk, duit basah"
"xpe its ok"

p amik order lak. lambat sangat budak tuh siap2. aku p park motor sebelah kejap. 
budak tuh cakap "alaa..dah gigil-gigil erk kak"
aku sengih "ha'ah"
p kat motor aku ngap kentang sket then aku pecut balik umah.

balik-balik umah. hadap FB. 



yeah!!!!!!!!
ada customer PM aku nak order barang SHAKLEE.
ALHAMDULILLAH.
berkat MAKBUL doa aku masa tengah HUJAN LEBAT tadi :D

lanlalala :D
babai korang :)


2 comments:

Zana Adieyza said...

adoiii.. gelak2 mommy baca citer ni tau.. :)

edogawa conan said...

haha.sorry mommy. buhsan ari tuh. tulis la travelog ke hq shaklee yang sesat.kihkihkih.
tapi next day tuh dah jumpa dah :D
dah siap borong-borong shaklee :)

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

Designed By Seo Blogger Templates