assalamualaikum..
bertanya adalah kunci pengetahuan. seorang penuntut ilmu di galakkan bertanya untuk lebih memahami apa yang di pelajari.
namun..berhati-hati dalam bertanya. bertanyalah pada yang lebih tahu, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan ilmu agama.
"..maka tanyalah pada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui". surah an-Nahl ayat 43.
ramai orang mampu berkata-kata, termasuk juga saya (jika ada yang salah mohon di tegur). perkara yang cukup mudah bukan? ya! hanya bermodalkan air liur, sesiapa sahaja mampu berbicara, berkata-kata dan berhujah. namun, sejauh mana kebenaran kata-kata? di sinilah persoalannya.
hati-hati menuntut ilmu dan hati-hati jika bertanya. dewasa ini ramai di antara kita mampu berhujah sini sana, berhukum sini sana termasuklah soal agama. tidak di nafikan ramai ilmuan di luar sana, lubuk ilmu itu cukup luas. namun, berhati-hati menerima ilmu. pangkat seorang penyampai ilmu meskipun ustaz, syeikh, haji mahupun pemegang ijazah kedoktoran bukanlah satu nilai ukuran. tapi ukurannya adalah kesahihan (kebenaran) ilmu yang di sampaikan.
jika tidak bersandarkan dalil yang sahih (benar), eloklah di fikir-fikirkan sebelum di hadamkan. usah taklid buta! kelak ada padahnya. usah ikut apa yang tidak kita ketahui, dengan membuta tuli.
"dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. kerana pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua itu akan di minta di pertanggungjawabannya." surah al-Isra' ayat 36.
bukan sahaja berhati-hati dalam bertanya, malah juga dalam menyampaikan kata-kata. berhujah tentang agama tidak cukup jika hanya berbekalkan logik akal semata.
Islam bersandar pada dalil! bukan pada kiasan kata bijak pandai semata.
berhati-hati juga berkata atas nama agama. hanya orang yang berilmu,
tahu akan bahayanya berkata-kata tentang agama tanpa ilmu.
di sini, saya tidak membataskan kita untuk menyampaikan ilmu. tapi, pelajarilah dan fahamilah ilmu terlebih dahulu sebelum menyampaikannya kepada yang lain. dan sekiranya tidak tahu, rujuklah pada yang lebih tahu, rujuklah pada ahli ilmu, bukan pada yang serba tahu.
nota: salah bertanya sesat jalan, salah berkata-kata undang sesalan.
No comments:
Post a Comment