Sunday, 6 October 2024

Mereka Yang Kehilangan

  


Assalamualaikum..

Beberapa hari lepas, pulang dari kerja, berlaku kemalangan maut di pertengahan jalan. Mangsa maut di tempat kejadian. Motorsikal bertembung dengan kereta. Agak tragis kejadian itu. Ramai orang berkumpul melihat kejadian tersebut. Kebetulan saya juga ada urusan berhampiran tempat tersebut, atau lebih tepat, di hadapan tempat kejadian. Kemalangan melibatkan dua orang remaja, baru berusia 17 tahun, seorang dari mereka hanya cedera, dan seorang lagi maut di tempat kejadian.

Tragis, menakutkan..dan saya terketar-ketar di sana menyaksikan mangsa terbaring kaku dan tidak ada sesiapa yang boleh mengalihkan kedudukan mangsa sehingga pihak polis datang mengambil mangsa dengan trak polis. Selang beberapa ketika, ada seorang wanita dalam lingkungan 40-an dari gayanya, atau mungkin lebih muda dari itu. Beliau cuba mengenalpasti mangsa kemalangan, melihat ke dalam ambulan dan melihat kepada mangsa terbujur kaku di atas jalan. Setelah itu mangsa membuat panggilan telefon, seraya itu menangis meraung memberitahu seseorang di talian, "anak..anak.." saya mengagak itu ibu mangsa. Sayu terasa..

Beliau cuba di tenangkan oleh beberapa orang yang berada di tempat kejadian, hinggalah datang satu sosok tubuh lelaki, saya beranggapan itu suaminya. Saya yang melihat kejadian itu, kaku terasa, suasana sayu seketika..namun selepas itu beliau, wanita itu tidak dapat di tenangkan, beliau menangis dan meraung semahunya.

Saya hanya memerhati di satu sudut, di dalam hati terlintas, teringat satu hadis nabi Muhammad S.A.W, 

 Dari Anas bin Malik -raḍiyallāhu 'anhu- ia berkata, 
"Nabi -ṣallallāhu 'alaihi wa sallam- pernah melewati seorang wanita yang sedang menangis di sisi kuburan lalu beliau bersabda, 
"Bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah!" Wanita itu berkata, "Menyingkirlah dariku, karena sesungguhnya engkau tidak ditimpa musibah seperti musibah yang menimpaku.(Anas berkata)
"Wanita itu tidak mengenal beliau. Lantas dikatakan kepadanya bahwa orang itu adalah Nabi -ṣallallāhu 'alaihi wa sallam-. Wanita itu pun segera mendatangi Nabi -ṣallallāhu 'alaihi wa sallam- dan tidak menemukan para penjaga pintu di sisinya. Ia pun berkata, "Aku tidak mengenalmu." 
Beliau bersabda, "Sesungguhnya kesabaran itu saat goncangan pertama." Dalam riwayat lain disebutkan, "Dia menangis atas kematian bayinya." 
[Hadis sahih] - [Muttafaq 'alaih]

Benarlah kata nabi, kesabaran itu saat goncangan pertama iaitu saat pertama ketika kita di timpa musibah. Oleh kerana itulah kita di sarankan untuk membaca doa seperti berikut:

Innaa Lillaahi Wainnaa Ilaihi Raaji'uun, Allaahumma'jurnii Fii Musiibatii Waahliflii Khairan Minha

 Artinya : "Sesungguhnya kita ini milik Allah dan sungguh hanya kepada-Nya kita akan kembali. Ya Allah, berilah aku pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti yang lebih baik daripadanya."

No comments: