Assalamualaikum..
Pernah tak korang rasa macam tak nak di jejaki? Aku pernah!.hahaha. aku tanya aku jawab sendiri.
Ya! memang benar, aku kebelakangan ni rasa macam tak suka di jejaki oleh mereka yang aku tak sukai. Jangan jejaki aku! Kiranya aku tidak hubungi kamu. Titik!
Tapi..terkadang aku rasa seolah aku di jejaki..di hantui..oleh masa lalu. Move on! pandang ke depan. Teruskan melangkah! Terkadang apa yang aku cakap, tulis, selalunya di tujukan pada diri aku sendiri. Ketika aku bercakap tentang motivasi, saat itu aku perlukan motivasi itu, saat aku menasihati, akulah yang paling memerlukan nasihat itu. Jika kalian terasa, nah! Bukan salah aku.hahaha. Ops, aku gurau je. Jika korang nak ambil kata-kata aku untuk diri sendiri, silakan. Aku izinkan, moga ianya bermanfaat.
Masa lalu sebenarnya untuk di ambil pelajaran daripadanya, bukan untuk di ingati lantas sakit hati sendiri. Biarkan masa lalu pergi, kerana ianya sememangnya telah pergi dari hidup kita, dan tidak akan kembali. Kenapa aku cakap tentang masa lalu ni? Aku sedih? Aku rindukan masa lalu aku? Nope! Tidak sama sekali! Aku langsung tidak mahu ingati masa lalu aku, walau ada yang berkata 'Oh, jika dapat di putarkan masa, aku akan..blablabla". Tidak! Tidak bagi aku. Aku jujurnya tidak ingin putar masa lalu kembali. Biarlah ianya berkubur bersama masa..cewah!hahaha. Eh, aku serius tau!
Kebelakangan ni aku asyik tertanya pada diri aku, menyesalkan aku dengan masa lalu? Rindukah aku pada masa laku? Sekali lagi jawapan aku tidak! Cukuplah masa lalu aku mengajar aku tentang kehidupan, sekarang aku lebih menghargai hari ini yang aku jalani. Aku bahagia dengan hari ini. Tersangat bahagia..Alhamdulillah.
Betapa aku tidak ingin di jejaki oleh masa lalu, aku ingin lupuskan blog ni, aku buka blog baru, aku delete balik, aku kekalkan blog ni, sebab blog ni banyak kenangan pada aku, jerih-perih aku dengan kehidupan aku, banyaknya aku coret di sini. Aku suka menulis, tapi lately aku banyak luangkan masa aku dengan yang tersayang di alam nyata. Aku lebih bahagia begitu.
Tapi aku baru teringat akan seorang penulis yang aku follow sebelum ni, Ustaz Pahrol Mohd Juoi, aku selalu baca blog dia dulu, aku lawat balik blog dia, lawat laman facebook dia, dia ada menulis yang dia berdoa agar Allah pelihara jari dan otaknya, agar dia mampu terus menulis dan berdakwah dengan tulisan dan lisan. Allah! aku teringatkan blog ni. Agak lama aku berhenti menulis.
Jika dulu aku menulis untuk menghilangkan rasa yang negatif, tapi hari ini aku tekad untuk menulis kembali (jika di berikan masa luang) untuk menukilkan kata-kata sekiranya ia mampu di nilai sebagai usaha aku dalam memanfaatkan orang ramai walaupun aku tahu sekarang lebih banyak media massa yang terkini yang sering kali di lawati selain blog, tapi aku ingin kembali menulis, untuk kalian dan juga untuk diri aku sendiri.
Akhir sekali, pesan aku (terutamanya pada diri sendiri), nikmatilah hidup hari ini. fokuslah pada hari ini. Tinggallah masa lalu, kerana ianya telah berlalu, tidak dapat kita ulangi atau ubah lagi dan jangan risau akan masa depan kerana ianya belum terjadi dan belum pasti akan terjadi.
Ok..aku beransur dulu, sekian.
No comments:
Post a Comment