Wednesday, 1 January 2014

sindrom tidak percaya

assalamualaikum..

'believing everybody is dangerous, believing nobody is more dangerous' - abraham lincoln.

sindrom tidak percaya
rasa tidak percaya itu perkara biasa. semua orang akan pernah mengalaminya, tapi pernahkah korang dengar orang yang tidak pernah percaya sesiapa?
hmm..aku dulu dan sekarang pun kadang-kadang susah juga nak percaya atau yakin kat orang. mungkin ambil sedikit masa, barulah boleh percaya. tapi awas! sikap tidak percaya ini boleh membuatkan orang sekeliling terasa jika ia telah melampaui batas, dan boleh aku sifatkan sebagai sindrom tidak percaya (wah, memandai aku je ;p)

rawat sebelum parah
rasa kurang percaya, jika pada 'dos' yang tidak tinggi, tidak mengapa. mungkin ianya sebagai langkah peringatan kepada kita. ya! tidak semua kita boleh percaya, lagi-lagi pada zaman sekarang, manusia perangai macam-macam. tapi ingat! selalu rasa tidak percaya pada orang adakalanya mungkin boleh membuatkan orang sekeliling kita terasa. jadi, aku harap kita lebih peka.

cerewet vs tidak percaya
sikap cerewet itu kadang-kadang bagus. itu bermakna sesorang itu teliti orangnya. setiap apa yang di buat, akan di cuba sebaik mungkin. tapi beringat! mungkin orang sekeliling akan rimas, jika perangai cerewet ini keterlaluan. kita tidak boleh mengawal sesuatu yang di luar kawalan kita. 
"do not ry to control uncontrollable things'. berharap bahawa semua orang itu perlu tampil sempurna apatah lagi sesuai dengan selera kita adalah amat mustahil.
'we cannot make everybody like us, because we also don't even like everybody'. tapi jika kita masih berdegil, makanya kita cuba mengubah semua orang menjadi diri kita. nasihat aku: biarlah mereka menjadi diri mereka. jika tidak suka, cuba nasihat mereka, tapi jika perkara itu tidak sebesar mana, cubalah bertoleransi. kita bukan hidup sendiri, kita hidup dalam komuniti.  

sekadar peringatan
di sini aku akan bagi beberapa contoh sindrom tidak percaya, untuk kita sama-sama fikirkan bersama. bukan bermakna aku bagus segala atau perasan bagus. tapi aku cuma terpanggil untuk memberi peringatan ini, terutamanya muhasabah pada diri sendiri. perkara yang pernah aku alami dan juga yang aku perhati. aku harap tidak ada mana-mana pihak terasa. buruk dan baik semua itu ambillah untuk muhasabah diri agar menjadi lebih baik sempena tahun baru ini.

sindrom pembersih
pernahkah terjadi kat korang atau korang terserempak dengan benda ni. tetamu datang ke rumah, di jamu makanan. lepas itu tetamu niat untuk meringankan beban tuan rumah. tetamu cuba kemas dan cuci pinggan mangkuk. setelah siap cuci. tiba-tiba!!! tuan rumah ambil dan cuci balik pinggan yang sudah di cuci. adakah ini gejala sihat? (jawab la kat diri sendiri, kat sini bukan sesi soal jawab ;p)
pandangan aku: tunggulah tetamu balik dulu, kalaupun kita jenis tak yakin atau tak puas hati dengan kerja orang lain. sebagai tanda hormat tetamu dan juga sebagai tanda hormat perasaan orang lain.

sindrom tidak percaya
pernahkah terjadi kat korang, bila seseorang minta tolong dengan korang dan korang sudah cuba untuk tolong sehabis baik. tiba-tiba!!! orang yang meminta tolong itu, tanya itu dan tanya ini seakan tidak berpuas hati dengan hasil kerja korang atau seakan tidak percaya? hmm..tentu terasa kan? lepas tu akan berfikir banyak kali untuk tolong dia lain kali. bukan sebab tak mahu menolong, tapi terasa hati.
pandangan aku: cubalah hargai pertolongan orang, jika dia sudah cuba yang terbaik sungguhpun masih kurang baik pada pandangan kita. atau kalau tidak! lebih baik buat sendiri.

sindrom diktator
diktator adalah orang yang suka mengarah. sikap ini sebenarnya terjadi bila seseorang terasa diri lebih superior berbanding yang lain. pada aku, sikap ini hanyalah boleh di aplikasikan pada alam pekerjaan, itu pun di nasihatkan jangan melampau. hakikatnya mudah! tidak ada sesiapa suka di arah. termasuk orang yang suka mengarah. jika ini berlaku dalam perhubungan yang tidak ada hirarki (contoh ibu bapa-anak, majikan-pekerja), ini mengundang rasa tidak selesa pada orang sekeliling kita. 

diktator ini akan mengarah itu dan ini dan jika berlaku pemberontakan dalam diri orang yang di arah (di sebabkan perhubungan tiada hirarki), akan timbul masalah tidak puas hati.
yang menyuruh akan rasa marah tidak puas hati, tidak kena itu ini. yang di suruh akan rasa diperkecil, tidak di hargai, dan segalanya tidak kena, menyebabkan dia berasa yang menyuruh itu ada sahaja yang tidak puas hati atau dengan kata lain, tidak percaya.
padangan aku: ingat pepatah ini, tidak ada sesiapa rela di arah, jika kita tiada hak untuk mengarah! pada yang di arah, bersabarlah, mungkin ini satu peringatan dari Allah kita hanya hamba-Nya, janganlah terlalu ego untuk mengikut segala perintah Allah.    

akhir kata 
mungkin banyak lagi sindrom tidak percaya ni. tapi stakat ni je aku kongsi yang aku tahu. moga kita mampu untuk lebih peka dengan perasaan yang lain. aku bukanlah hebat sangat untuk jadi ahli motivator atau ahli pengkritik. cuma pada aku, tiap yang berlaku mungkin ada sesuatu yang kita boleh ambil darpadanya. sama ada pengajaran, pengalaman ataupun sebagai tauladan. tidak bermakna aku yang berkata-kata ni bagus segala. tapi opkos la hanya aku yang berkata-kata kat sini sebab kan ini belog aku. so korang, walaupun aku cakap banyak, bukan sebab aku budget bagus (walaupun ye kadang-kadang tu ;p) tapi semata sebab ni belog aku dan memang hobi aku merapu etc. sebab tu la aku cakap banyak.hihi.
apapun..akhir kata, peace no war!

note: yeay!!!umur aku dah 28 tahun. dah makin matang dah.wakaka. bajet je lebih ;p

No comments: