Thursday, 2 January 2014

air batu campur

assalamualaikum..

hari ni aku nak cerita pasal makanan favourite aku, air batu campur. eh! abc kategori makanan ke minuman?huhu.

air batu campur
air batu campur atau singkatannya abc atau nama lainnya ais kacang adalah minuman kegemaran aku dan kawan baik aku, nazirah kasim namanya. memori daun pisang kitorang, selalu je merempit pekena abc petang-petang. tak pun time stress ada masalah, mesti aku bawak kawan baik aku ni pegi makan abc. time stress aku suka makan benda sejuk contoh abc n eskem :)

aku dan pelancong
di sebabkan ni minuman kegemaran aku. aku selalu suggest kat pelancong-pelancong yang datang kat mesjid negara supaya try abc.hahaha. penangan abc la katekan. dorang selalu exsaited nak makan abc lepas dengar aku citer. ni impak aku suka gempakkan citer minuman kegemaran aku nih.hahaha. naseb la korang pelancong.hihi.

terbaik dari ladang
di sebabkan abc minuman kegemaran aku, so tekak aku ni boleh rasa mana abc yang terbaik dari ladang atau suam-suam kuku je kegempakannya. sepanjang hidup aku (cewah ayat ;p) stakat ni abc di medan selera syeksyen 2, shah alam terbaik dari ladang. lokasi berdekatan dengan uitm shah alam. korang boleh pilih mana-mana sahaja gerai abc kat sana, semuanya jenis sama. terbaik bak kat aku!haha.


sorry..gambar ehsan google je

keistimewaan abc syeksyen 2
apa yang istimewa dengan abc syeksyen 2 shah alam ni berbanding yang lain, hingga mendapat mandat tertinggi di hati aku.haha. 
details seperti di bawah:

1- abc saiz besar 
kalau perut aku, nak makan abc ni aku tak boleh order nasi. alamaknya rugi abc tuh.haha. sebab saiznya yang besar. tapi kalo aku teringin sangat, aku akan paksa kawan aku kongsi atau aku tapau makan kat rumah. tapi, feeling tapau berbeza dengan feeling makan kat sana. sebab kegempakan rupanya juga faktor menentu selera aku.haha.

2- coklat mencurah-curah
abc syeksyen 2 tidak lokek dengan coklat. coklatnya tangkap leleh aku cakap kat korang. bak kata iklan kegemaran aku, 'coklat mencurah-curah ke ladang ais, jadilah abc leleh-leleh'.hahaha. 
pada suami isteri aku sarankan makan kat sini. compem tangkap leleh gituh. tapi awas! kesedapan abcnya di bawah risiko sendiri.hahaha. anyway, semua orang boleh rasa abc dengan coklat leleh ni. fully recommended pada pencinta coklat dan abc.

3- love letter
abc syeksyen 2 dengan love letter terpacak di atas abcnya. pada yang feeling-feeling love tuh bole sangat datang sini. tapi..recomended untuk suami isteri sahaja. adek-adek tak payah nak pandai-pandai cuba!wakaka. garang macam mak bedah je aku ;p sape-sape pon bole makan la. akak ko ni bikin suspen jela dek. tak mo amik hati sebab akak budak yang baik hati.hihihi. love letter tu budak kecik pun suka kau, takkan nak bagi suami isteri je makan. dengar cakap aku bankrupt kilang love letter gituh.hahaha. makan jangan tak makan :)

4- eskem istimewa
abc ni ade eskem meleleh kat atas tuh korang tau. spesel sangat. bagi aku kalo abc tu ade eskem spesel la.hahaha. tapi yang ni lagi sangat-sangat spesel (tambah sangat untuk impak lebih konon ;p). adek-adek yang gemar eskem mesti suka, sebab aku pun suka.hahaha.

5- buah di tikam
seketul buah akan di tikam dengan pencungkil gigi (yang belum ni guna tahu!) dan terpacak kat atas-atas eskem dan abc. menjadikan abc tuh mendapat impak ala-ala gunung berapi belom meletop. tunggu korang letopkan dan...tadaaa..meleleh-leleh coklat mencair dalam mulut. pergh..sedap tak terkata kau. cubalah!

6- kekacang penyeri taman
kacang tanah sebesar alam akan di tabur sekeliling abc untuk impak rangup ketika mengunyah. kacang tanah bagus untuk mendapatkan energy dengan segera.hahaha. sangat recommended pada penggemar kacang.   

7- buah kabung berkabung
ada buah kabung berkabung di dasar abc ini. buah kabung pada yang tak kenal, warnanya putih jernih dan kalo korang gigit. aduh! rasa feeling-feeling bulan ramadhan gituh.hihi. bulan puasa banyak di jual di kampung aku buah kabung nih.haha. buah kabung peberet aku ugak. kalo tak boleh imagine jugak aku citer ni. cepat-cepat tanya pakcik gugle.hihi.

8- jeli-jeli geli
ade bermacam jeli-jeli mendap di dasar abc. ada macam-macam kaler la. aku tak mau citer banyak pasal jeli. sebab aku bukan pencinta jeli.titik! wah kau.hahaha. camtu skali disriminasi kat jeli. sori aku tak tau nak citer gempak-gempak pasal benda yang aku tak gemar sangat.hihi. pada penggemar jeli, makan la aku tak marah.hahaha.

9- susu dan perisa
yang lain-lain tu aku malas la nak cerita. ingredient biasa-biasa atau standard untuk abc. susu cair, perasa itu dan ini (aku kurang arif.hihi) dan tu diorang campur dan godak-godak jadilah abc terbaik dari ladang kegemaran aku.huhu.

harga abc syeksyen 2, shah alam
harga abc ni affordable la bak kate omputih. dalam rm3lbh kalo tak silap aku. bak kata pepatah tak bankruptnya kalo korang makan skali skala. tapi kalo ajak aku (kena banje okeh) yang giler abc nih, mau hari-hari aku makan. tuh ye boleh bankrupt ugak korang.hahaha. 

abc buah-buahan bukit bendera penang
penang adalah destinasi kegemaran aku. aku pun tak tahu kenapa. sejak aku beria nak pergi penang dan dapat pergi first time tu, aku macam ngigau-ngigau nak pegi lagi.haha. (kononnya awal-awal nak cari anak mami syyhhh. diam kau!.hahaha. gedik!)
aku pegi penang kali kedua, kawan aku bawak pegi bukit bendera. aku pun terjumpa abc best kat gerai kat medan selera atas puncak bukit tuh. aku pilih untuk try abc ade buah-buahan lak. spesel gituh. kalo tak silap aku kat food court klcc pun ade. kat penang ugak aku jumpa.hehe.   



haa..rupanya ala-ala macam ni la. ni pic aku google je. sorry la :( korang pun tau aku ade handphone caboot je. meh hadiahkan aku satu. leh amik pic best-best sket.hahaha. mahap la korang erk :)

abc medan selera pasar besar wakaf bharu, kelantan
abc ni legend bagi aku.hihi. dia ada taruk eskem gak kat atas abc. harga murah la ugak. kurang rm3 kalo tak silap aku. tempat ni nostalgia bagi aku ngan member aku. ala..kawan baik aku tuh.nazirah kasim. tempat ni kira boleh dapat abc the best la area kampung aku. tapi tak leh lawan abc syeksyen 2 lagi.hahaha. bukan bermakna aku lupa diri okeh. ini fakta ;p aku orang kelantan pure kau! cayalah! nak datang kelantan roger aku. aku bawak jalan-jalan cari makan tempat best. nanti bleh korang banje aku makan.hihihi.

note: abc kat wakaf bharu pekena ngan mee celup. pergh..lalok terus. sedap macam hape je.
abc kat syeksyen 2 ade gerai ikan keli bakar besar kau kat sini. tangkap leleh. ni memori aku gak nih. masa study dulu-dulu makan ngan member-member.hihi. 
abc kat bukit bendera aku makan ngan nasik ayam. rasa dia ok la.hihi.tak mau citer banyak.

No comments: