Monday, 21 March 2011

Tuhan..mereka di sampingku

Tuhan...


aku disamping mereka yang di timpa musibah..
Engkau ajarkan aku erti bersyukur..
sungguhpun musibah yang ku rasakan begitu berat namun masih ada lagi insan-insan yang menangisi hari-hari mereka..aku perlu membantu


aku di samping mereka yang memiliki agama..
Engkau ajarkan aku erti mencari..
mencari kebenaran agamaku sendiri..dan menunjukkan ku jalan menuju agamaku
Engkau dengar saat ku lafazkan doa entah keberapa kalinya
"Ya Allah Ya Tuhanku..bawalah aku mendalami agama-Mu, bawalah aku menyelami khazanah Islam-Mu"..untuk keberapa kali aku pun tidak pasti..dan aku meminta sesuatu yang tidak pernah terlintas oleh hatiku namun..akhirnya Engkau kabulkan permintaanku..Engkau temukan seorang kawan yang menuntunku ke jalan-Mu. ku bersyukur tidak terkata..


aku di samping mereka yang kehilangan..
Engkau ajarkan aku erti menghargai..
menghargai segalanya yang aku ada walaupun aku tidak pernah menyedari aku ada segalanya..aku ada Engkau..Tuhanku Yang Maha Agung walaupun segala isi dunia meninggalkanku


aku di samping mereka yang kekurangan..
Engkau ajarkan aku erti berkongsi..
berkongsi kekuatan yang Engkau berikan..berkongsi nikmat yang Engkau pinjamkan..
membantu seadanya mereka yang memerlukan..


aku di samping mereka yang menjauh dari-Mu
Engkau ajarkan aku erti mendidik..
mendidik mereka mencari jalan menuju-Mu
mendidik mereka mengenali-Mu
mendidik mereka menyayangi diri mereka seadanya dan mendidik mereka menghargai kasih-sayang-Mu buat mereka


aku di samping mereka yang menyakitiku..
Engkau ajarkan aku erti memaafkan..
memaafkan segala kesalahan mereka yang tidak di sengajakan..
memaafkan kata-kata yang mereka lontarkan..
memaafkan mereka dengan memberi kasih-sayang buat mereka..ku hadiahkan doaku buat mereka agar mereka mendapat petunjuk-Mu


aku di samping mereka yang menzalimiku..
Engkau ajarkan aku erti tawakkal..
tawakkal atas segala kezaliman yang ku hadapi
tawakkal dan menyerahkan orang yang menzalimiku kepada kekuasaan-Mu
tawakkal dan menelan semua dendam yang ada kerana aku ada Engkau yang melindungiku..tidak ada yang terlepas dari kekuasaan-Mu..namun ku cuba maafkan mereka dan melupakan segalanya demi cintaku pada-Mu


aku di samping mereka yang mencintai dunia..
Engkau mengajarkan aku betapa agungnya Cinta-Mu.
Engkau ajarkan aku betapa murahnya cinta dunia..
Engkau ajarkan aku setia satu-satunya kepada-Mu yang mencintaiku tanpa jemu menduga imanku..alhamdulillah.
Engkau ajarkan aku membunuh cinta duniaku dan memilih cinta-Mu.
Engkau ajarkan aku erti cinta yang sebenar..aku ingin di cintai-Mu dunia dan akhirat..cintailah aku..


aku di samping mereka yang belum mengenali-Mu 
Engkau ajarkan aku erti kasihan
kasihan akan mereka yang belum menemui jalan-Mu sesudah ku rasakan aku menemui apa yang ku cari bertahun-tahun seumur hidupku..
kasihan akan mereka yang belum mengerti akan kasih-sayang-Mu
kasihan akan mereka yang belum mengerti akan kebenaran agama-Mu..
moga aku mampu membawa mereka kepada-Mu..bantulah aku.


aku disamping mereka yang memerlukanku
Engkau ajarkan aku erti kehidupan..
Engkau ajarkan aku menghargai nyawaku
nyawaku berharga buat mereka kerana mereka memerlukanku


aku di samping keluargaku...
Engkau mengajarkan aku erti kasih-sayang..
kerana aku serba kekurangan...hanya mereka dan Engkau mampu menerimaku seadanya..bukan yang lain yang seringkali pergi mencari kebahagiaan masing-masing sedang aku bermati-matian mencari kebahagiaanku..kurniakanlah mereka kebahagiaan yang mereka cari..moga mereka tidak pernah melupakan cinta-Mu.


No comments:

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

Designed By Seo Blogger Templates