Wednesday, 23 March 2011

Tuhan..ajarkan aku mencintai-Mu

Tuhan..memikirkan cinta-Mu hatiku mulai resah..
dimanakah cinta-Mu di hatiku???
aku belum lagi menjumpainya..hampir aku lelah dengan pencarianku
dimanakah cinta-Mu..tunjukkanlah aku jalan untuk mencari cinta-Mu
seluruh hidupku ku menanti cinta-Mu
Tuhan..adakalanya kurasakan aku mencurangi kesetiaan cinta-Mu terhadapku. aku adakalanya di gamit rindu yang menebal pada dunia yang mencurangiku..dan dunia seakan-akan tertawa akan kebuntuanku mencari cinta-Mu.
Tuhan..benarkah Engkau mencintaiku???
Ampunkan aku Tuhan..aku belum menemui cinta-Mu di hatiku.
ku cari dan mencari tidak ku jumpa segalanya hanyalah kosong dan sunyi..hatiku beku tanpa sekelumit pun rasa cinta..aku terdiam dan termangu di satu sudut yang terpencil..menangis kepenatan mencari cinta-Mu
Tuhan..benarkah Engkau terlalu mencintaiku??? andai begitu di manakah cinta-Mu??? Tuhan..bantulah aku dalam pencarian ini..
aku resah mencari cinta-Mu..aku pilu menangisi cinta duniaku..benarkah aku terlalu mencintai duniaku sedangkan Engkau mencintaiku??? ampunkan aku Tuhan..kerana belum menemui cinta-Mu
Tuhan..andainya ku jumpa cinta-Mu, apakah aku tidak Engkau sia-siakan sebagaimana dunia mensia-siakan cintaku padanya??? 
apakah Engkau tidak akan membiarkanku sendiri di saat dunia meninggalkanku??
apakah Engkau benar-benar menyayangiku??
jika begitu..ajarkanlah aku erti cinta..
ajarkanlah aku mencintai-Mu..
temukanlah aku dengan cinta-Mu..kerana hatiku terlalu sunyi tanpa cinta-Mu..
Tuhan..ajarkanlah aku mencintai-Mu...


No comments:

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

Designed By Seo Blogger Templates