Tuhan..hatiku bagaikan kaca..betapa sensitifnya.
jernih dapat di lihat dari luar dan dalam..tiada sebarang rahsia.
jernih mudah terbias oleh cahaya..menzahirkan apa sahaja yang di sekeliling..mudah di pengaruhi perubahan sekeliling.
hatiku bagaikan kaca..tersangat perlu ku jaga berhati-hati. acapkali hatiku berkecai dalam air mata. satu kerja yang bukan mudah untuk ku ubati bila segalanya berkecai..bila hatiku terburai.
bila hati kacaku tercalar..mudah benar seri jernihnya hilang. mudah benar calar menjadi retak. menjaga hatiku bukan satu kerja mudah bagi diriku kerana hatiku bagaikan kaca.
Tuhan..hati kacaku seringkali terancam oleh kasar tangan-tangan yang sedang bertempuran. tangan-tangan yang terlalu kasar mendekati hatiku sehingga adakalanya hati kacaku di nodai kotornya tangan-tangan itu. kasarnya tangan mencalarkan hati kacaku. kasarnya tangan memecahkan hati kacaku. kasarnya tangan terhadap hati kacaku hingga saat terlalu rakus..pecah berkecai. akhirnya hati kacaku..terbiar pecah dan melukakan kaki-kaki lain yang memijaknya. kenapa angkara tangan-tangan kasar, kaki-kaki yang tidak bersalah menjadi mangsa hati kacaku? sungguh angkuh tangan-tangan yang kasar. sungguh tidak berpendirian.
Tuhan..hati kacaku cepat berkecai. adakalanya aku terasa terancam kerana terlalu rapi perlu menjaganya.
No comments:
Post a Comment