Wednesday, 22 June 2011

Tuhan..temanilah aku

Tuhan..aku sendirian berjalan di jalan ini...
mampukah aku sampai ke penghujungnya?
kuatkah aku meredah halangan sepanjang jalan ini sendirian?
Tuhan..ketentuan apakah semua ini?
apakah yang ingin Engkau sampaikan padaku hamba-Mu yang kebingungan ini?


Tuhan..jalan ini penuh onak dan debu-debu kotor
akan kuatkah kaki yang melangkah 
bila di sapa duri-duri yang menanti di sepanjang jalan ini
akan kaburkah mata yang menatap
pada debu-debu yang akan menghinggap dan mengaburkan pandanganku pada jalan ini


Tuhan..mampukah aku berjuang di jalan ini sendirian?
kenyataan apakah yang perlu aku hadapi ini oh Tuhan?
hanya Engkau yang Maha Tahu dan punya jawapan untuk semuanya saat hatiku mula bertanya..


Tuhan..temanilah aku..saat aku rasa sendirian..


No comments:

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

Designed By Seo Blogger Templates