Tuesday, 5 July 2011

aku seorang puteri katak

ku temui hidup ini makin hari makin membebankan terasa makin terhimpit dengan hidup. hakikatnya hidupku penuh cabaran untuk aku harungi. tidak seperti indahnya angan-angan di masa kecilku.

ku bayangkan hidup seindah cerita dongeng putera katak berakhir dengan kesudahan yang indah. tapi aku bukanlah seorang puteri raja, ku bayangkan diriku hanyalah seorang manusia bertubuh seekor katak. luaranku sungguh menjijikkan, tidak ada rupa secantik puteri raja, tapi diriku adalah puteri katak yang hanya akan bertukar menjadi seorang puteri yang cantik hatinya sungguhpun bukan rupaku, selepas ku jumpa cinta sejati dari seorang manusia yang bernama putera katak.

angan-angan masa kecilku sentiasa segar di dalam hati. hingga kini ku yakin putera katakku akan muncul suatu hari nanti walaupun adakalanya hati tertanya, wujudkah putera katakku? wujudkah seorang manusia yang ingin menerima seorang puteri katak sejijik aku? atau hanya akan muncul seorang yang mengaku dia adalah putera katakku yang membawa cinta sejati sehingga mampu menukarkan aku dari puteri katak yang jijik kepada puteri yang cantik

tapi hakikatnya aku masih memiliki tubuh katak ini, kerana cinta yang di bawa bukanlah cinta sejati, tapi hanyalah cinta berlandaskan keinginan semata-mata. bukannya tulus dari hati untuk mengubah diriku dari manusia yang jijik kepada puteri yang cantik. hingga kini, putera katakku belum muncul.

manusia yang datang padaku hanyalah ingin menerimaku dalam rupa seorang puteri cantik, hakikatnya aku bukanlah seorang puteri raja. aku tidak miliki wajah secantik itu. dan manusia itu berlalu pergi saat mengetahui rupaku sejijik katak. adakalanya aku juga melarikan diri dari manusia seperti ini, bila ku yakin mereka bukan putera katakku tetapi sekadar manusia semata-mata. manusia yang hanya menerima kesempurnaan, bukanlah manusia yang rela menerima tubuh jijikku dan berusaha keras menukarkan rupa katakku kepada puteri yang cantik. mereka sememangnya tidak sanggup menghadapi diriku yang jijik ini.

hingga kini aku adalah puteri katak yang masih leka bermain dengan lumpurku. masih kenyang dengan serangga penuh di mulut. masih bangga dengan kulit tubuhku yang hodoh. dengan kulitku sebegini aku makin mengenali sikap manusia. adakalanya aku tertawa kecil melihat tingkah manusia ketika mereka mencebik jijik ke arah tubuhku kerana mereka tidak tahu aku seorang manusia dalam tubuh seekor katak. adakalanya juga aku tertawa  terbahak-bahak saat mereka yang mengaku bahawa mereka adalah putera katakku, hakikatnya setelah beberapa ketika mereka lintang-pukang melarikan diri setelah baru tersedar aku bukanlah puteri raja yang cantik, tapi aku seorang puteri katak.

kenapa mereka melarikan diri? kerana mereka adakalanya menyangka aku seorang puteri yang cantik. saat mengetahui aku hanyalah puteri katak, mereka menggelarkan diri mereka putera katakku untuk memenangi hatiku. tapi setelah gagal menukarkan rupaku dari seekor katak kepada seorang puteri yang cantik, mereka adakalanya malu kerana gagal dan adakalanya tidak sanggup menahan rasa jijik untuk beberapa ketika sebelum aku bertukar menjadi sang puteri. jadi kesudahannya mereka berlari lintang pukang meninggalkanku kerana malu ataupun jijik. Mulanya aku menangis dengan tingkah mereka, akhirnya aku tersenyum dan seterusnya tertawa terbahak-bahak. aku menangis kerana rasa tertipu dan kecewa belum menemui putera katakku. aku tersenyum pula kerana bersyukur terselamat dari terus bersama putera katak yang palsu. tapi aku tertawa kerana begitu kelakar dengan tingkah mereka yang terlalu tidak sanggup menghadapi jijik tubuhku. akhirnya ku putuskan inilah sikap manusia, kerana mereka bukanlah putera katak yang sebenar. hanya putera katak akan mampu menerimaku dan mampu menukarkan rupa katakku kepada seorang puteri yang cantik.

di mana ya putera katakku? apakah wujud ataupun tidak? semua itu adakalanya aku tidak terlalu kisah kerana aku masih selesa dengan menggelarkan diriku seorang puteri katak. angan-angan zaman kecilku masih tersemat di hatiku. hingga kini akulah seorang puteri katak yang bebas bermain di paya bersama katak-katak yang lain. kami tenang dan bahagia di hutan ini melompat-lompat saat mengejar serangga. sebuah hidup yang sederhana tetapi bahagia. adakalanya aku selesa di sini, bimbang akan merindui tempat asalku bila sudah ku jumpa putera katakku. kerana bila aku sudah bertukar menjadi sang puteri, aku mungkin tidak di benarkan lagi bermain di paya ini.  

No comments: