Thursday, 4 August 2011

Tuhan..bawalah kisah laluku pergi bersama masa

Tuhan..bawalah kisah lalu pergi moga ingatan semalam tidak lagi datang menyakiti hati. moga kenangan semalam berkubur bersama masa, bukan aku tidak menghargai masa laluku tapi setelah sekian lama aku di dera bertubi-tubi oleh kenangan masa lalu. bukan kenangan itu tidak sedikitpun berbekas di hati, malah kenangan itu kejap terpahat di hati hingga kini sekian lama aku berhempas pulas menghalau kenangan itu dari terus melukai ketenanganku hari ini.

Tuhan..hanya Engkau yang lebih tahu perihal masa laluku. hanya Engkau yang Maha Mengetahui akan perihal hati hamba-hamba-Mu. sungguh, sekian lama aku berusaha melupakan pedih semalam, hingga hari ini hatiku masih terleka di ulik kenangan semalam yang menggamit air mata tidak pernah putus. Tuhan..bawalah masa laluku pergi bersama tangisan dari hati yang membeku.

Tuhan..cukuplah hati ini redha dengan pemberian-Mu yang sedikit dari mengharapkan berlebih-lebihan hingga tersungkur kecewa di persimpangan jalan buntu. Tuhan..ajarlah aku untuk redha dengan takdir ketentuan ini. sudah lelah aku luahkan bicara sekian kalinya kepada mereka, namun yang aku pasti hanya Engkau yang Maha Mengerti perihal kehidupan hamba-Mu ini. bukan tidak ku hargai perhatian mereka, namun keyakinanku hanyalah pada-Mu. memang simpati mereka tidak sedikit, tapi usaha mereka masih belum mampu membawaku pergi dari ingauan semalam. bukan aku tidak mencuba, sekian lama ku cuba Tuhan, ku percaya hanya Engkau yang mampu membawa semua ini pergi dari terusan menyakitiku. sungguh, akulah hamba-Mu yang lemah menghadapi ujian ini andai tanpa belas dari-Mu. ‘la haula wala quwwata illa billah’..(tiada daya dan kekuatan kecuali dengan kekuatan Allah).

Tuhan..ramadhan ini bawalah aku menghayati kalam-Mu moga Engkau permudahkan segala urusanku di dunia ini. moga terhapus calar luka perhubungan aku dengan-Mu. Tuhan..tiada apa yang ku harapkan kini, cukuplah sekadar aku sentiasa mampu untuk dekat dengan-Mu walau apapun ketentuan dari-Mu moga hatiku tidak tercalar lagi oleh noda dunia. Tuhan..terimalah aku..hamba-Mu yang menangis sendirian. peliharalah aku dari noda cinta dunia. Tuhan..izinkan aku kembali bergembira seadanya dalam kesederhanaan tanpa terpalit oleh noda dunia.  


No comments:

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

Designed By Seo Blogger Templates