Friday, 5 August 2011

Tuhan..saat aku sendiri

Tuhan..saat aku sendiri..

sendirian aku menangis..
sendirian aku harungi kepayahan ini
sendirian aku mencari kekuatan
sendirian aku melangkah mencari-Mu

hanya Engkau tempatku meminta..
hanya Engkau tempatku mengadu..
hanya Engkau tempatku memohon kekuatan
hanya Engkau yang Maha Mengerti akan perihal cerita hidupku

tetaplah bersamaku saat yang lain pergi
tetaplah bersamaku mendorongku untuk terus kuat
tetapkanlah iman di dadaku saat kekuatanku makin goyah di amuk noda dunia
tetapkanlah aku di sini..tetap berada di jalan-Mu

Tuhan..saat aku di sakiti..

sungguhpun aku serba kekurangan namun aku jua punya perasaan
mengapa aku di perkotak-katikkan?
tidakkah mereka mengerti?

sungguhpun aku serba tidak tahu namun aku jua punya perasaan
mengapa aku di hina?
tidakkah mereka memahami?

sungguhpun aku diam memendam rasa namun aku jua punya perasaan
mengapa aku di perlaku sewenangnya?
tidakkah mereka mengasihani?

Tuhan..saat aku tidak terdaya

dimanakah kekuatan diri?
dimanakah harapan esok hari?
dimanakah sinar mentari saat pagi mula bersemi sedang malam masih menjengah di sini

kurniakanlah sumber kekuatan untuk mengharungi semua ini
kurniakanlah kecerdasan akal untuk menghadapi kedunguan ini
kurniakanlah sumber harapan untuk mengatur langkah lagi
kurniakanlah iman yang kuat untuk menghadapi kepayahan yang menjatuhkan diri

bawalah aku pergi dari noda dunia..
bawalah aku menyelami khazanah agama-Mu
bawalah aku merasai nikmatnya rasa kehambaan
bawalah aku pergi dari di sentuh noda-noda kehidupan yang penuh dengan tipuan  


5 ogos 2011


No comments:

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

Designed By Seo Blogger Templates