Friday, 19 August 2011

Tuhan..hanya Engkau yang lebih tahu

Tuhan..adakalanya sulit untuk ku ceritakan perkara yang terselindung saat yang lain kian bertanya..saat yang lain kian berteka-teki
Tuhan..cukuplah sampai di sini..cukup hanya Engkau yang mengerti perihal hati dan niatku berbuat begini
Tuhan..saat hanya Engkau yang tahu perihal yang terselindung..aku tersenyum melihat mereka bahagia walau semua ini berakhir dengan segala teka-teki yang mengundang tekaan yang tidak berasas..
Tuhan..terima kasih..syukurku kerana di berikan jalan menyatukan hati-hati itu yang selama ini terpisah walau terikat dengan ikatan tanpa rasa..
Tuhan..walau apa yang di teka-tekikan oleh mereka..aku akan tersenyum..kerana satu-satunya niatku selama ini Engkau makbulkan..satukanlah hati mereka walau aku terbiar tersisih..itu yang sebaiknya pilihan dari-Mu kerana mereka berhak untuk bahagia..mereka yang ku sayang..

p/s: sahabat..mengertilah andai kita masih tersenyum bersama bermakna engkau belum mampu mengerti aku sekian lama menangis untuk melihatmu tersenyum begini. tapi untuk melihatmu tersenyum aku terpaksa membawa diri kerana hadirku tanpa engkau sedari bagaikan kain yang membalut luka..kelak aku perlu pergi untuk melihatmu bebas tertawa tanpa luka tertanam di hati lagi. biar apa pun teka-teki yang ingin engkau bicarakan..namun hanya aku dan Tuhan mengerti dirimu dan diri yang lain terpaksa ku sakiti agar aku sebagai penyatu tidak menjadi penghalang untuk seorang sahabat tersenyum. aku tersenyum walau apapun keputusan ini kerana misiku hanyalah untuk melihatmu tersenyum girang..walau kita terpaksa mengambil suatu keputusan..walau engkau tidak mampu mengerti..ia lebih baik untuk ku simpan rahsia ini..demi sebuah janji.


No comments:

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

Designed By Seo Blogger Templates