Monday 30 May 2011

Tuhan..baru hari ini aku terasa bebas

Tuhan..hari ini hatiku terasa lapang. bebas dengan belenggu ikatan dengan manusia. hatiku bebas berlagu riang. tidak perlu lagi ku peruntukan masa rehatku untuk menghiburkan hati-hati yang beku.

Tuhan..kini baru ku sedar aku begitu beruntung..kerana aku telah bebas dari belenggu sang manusia. aku..tidak perlu lagi di pertanggungjawabkan untuk menjaga hati dan menghiburkan hati manusia. Tuhan..kini aku bebas tanpa di belenggu oleh manusia yang dahagakan kasih sayang. kasih sayang membuatkan manusia menjadi tamak dan pentingkn diri sendiri. kerana terlalu tamakkan kasih sayang, aku terpaksa memberi kasih sayang kepada manusia supaya manusia kekal berada di sampingku. betapa aku serba salah dengan keadaan ketika itu. aku terpaksa mengetepikan kepentinganku untuk manusia yang dahagakan kasih sayang. kini..aku bebas. manusia dahaga biarkan berlalu pergi saat di temui sumber kasih sayang yang baru. sumber yang lebih baik. dan hari ini aku lepaskan tanggungjawab yang memberat di pundakku sejak sekian lama. hari ini aku terasa bebas..bebas dari tanggungjawab yang membebankan hati.

Tuhan..masaku kini hanyalah untuk menghiburkan dan menjaga diriku dan menjaga manusia yang tidak tamak. kasih sayangku hanya sedikit, tidak mampu ku penuhi segala keperluan manusia yang terlalu dahagakan kasih sayang. kasih sayangku hanya sekelumit, tidak mampu menghilangkan kedahagaan itu. hanya sekadar menjadikan manusia semakin haus dan tercari-cari kasih sayang. dan sesudah menjumpai sumber yang kaya dengan kasih sayang, manusia yang dahaga pasti akan berlalu pergi. itu sesuatu yang pasti. tidak ada yang perlu sesiapapun ragukan lagi. aku relakan manusia itu pergi. tidak ingin ku lihat dia terseksa kehausan kasih sayang lagi. aku tidak ada apa yang di perlukan oleh sang manusia. aku tidak mampu memenuhi segalanya. kerana aku adalah manusia yang miskin dengan kasih sayang.  

Tuhan..baru hari ini pundakku terasa ringan dengan bebanan. setelah sekian lama ku bawa pundak yang memberat di hati. baru hari ini berjaya ku lepaskan diri dari bebanan perasaan yang mendera kekuatan. syukurku padamu Tuhan..di temukan dengan ketenangan dan di lapangkan hati dari bebanan dunia yang sekian lama melemahkan kekuatan hatiku. 


No comments:

Designed By Seo Blogger Templates