Wednesday, 11 May 2011

Tuhan..jangan tinggalkan aku..

Tuhan..saat ada yang tertawa bahagia, malamku masih di ulit air mata. tidurku lemas dengan angan-angan..apakah aku akan ketemu bahagiaku bersama-Mu?
Tuhan..aku dan air mataku tidak pernah hilang sungguhpun Engkau selalu bersamaku mendengar ceritaku. 
Tuhan..marilah ku ceritakan hariku penuh cabaran..hanya Engkau dan aku melaluinya. 
Tuhan..malamku tidak setenang semalam..resah saat terjaga di tengah malam yang pekat..sukar ku lelapkan kembali..dan malamku adakalanya di ulit air mata. menunggu Engkau menghiburkan dan akhirnya ceria kembali dengan keyakinan sepenuh hati..bahawa Engkau ada di hatiku.
Tuhan..kenapa masih ada hati-hati yang kejam. tertawa girang melihatku bermain-main dengan air mata. Tuhan..bawalah air mata pergi..aku sudah terlalu penat menangisi hariku..kurniakanlah senyuman manis moga hati-hati yang sedang menangis turut tertawa girang melihat senyumanku. Tuhan..biarkanlah mereka tertawa bahagia..aku redha dan bawalah aku pergi andai tawa mereka menghiris hatiku. aku tidak ingin menganggu saat mereka tertawa bahagia..aku tumpang bahagia. cuma hatiku belum cukup kuat untuk menyeka air mata untuk sekian kalinya.
Tuhan..hanya bahagia buat mereka ku pinta dari-Mu. kurniakanlah bahagia yang mereka cari. walaupun hatiku masih parah. sudah cukup puas bagiku melihat mereka di sekelilingku tertawa bahagia. 
Tuhan..mereka tidak pernah berdosa..hanya aku yang terlalu berdosa, dosaku pada diriku dan pada mereka. sungguh..aku tidak layak untuk kecapi bahagia..cukuplah sekadar dosa-dosaku Engkau ampunkan. aku tidak ingin meminta lebih..cukuplah diri ini suci dari dosa walaupun tidak berkesempatan merasa bahagia..aku redha Tuhan..redha dengan takdir dan pemberian-Mu. sudah cukup bagiku Engkau masih bersamaku..aku sayang Kamu..jangan tinggalkan aku Tuhan..saat yang lain sudah lama meninggalkan aku bersama air mataku.
Tuhan..mereka tidak berdosa..hanya aku yang berdosa..kejam pada diriku dan kejam pada mereka. mereka berhak merasa bahagia..bahawalah mereka pergi dengan bahagianya. biarlah aku tetap disini dengan air mataku..aku sudah cukup bahagia selagi Engkau bersamaku. Tuhan..jangan pernah tinggalkan aku. andainya Engkau tidak pernah menyayangiku..kasihanilah aku Tuhan..tetaplah bersamaku. jangan sesekali tinggalkan aku sendiri. kerana akulah hamba-Mu yang di tinggalkan sendiri..


2 comments:

sys sparkling said...

salam..mohon share. sy akan credit kan pada blog ini.

edogawa conan said...

wassalam..silakan :D

mohon maaf jika bahasanya kurang sesuai dan beremosi, sebab artikel ini di tulis waktu saya beremosi suatu ketika dulu :D

terima kasih :D

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

Designed By Seo Blogger Templates