Monday, 30 May 2011

Tuhan..aku ingin bangkit dengan semangat hari ini

Tuhan..perjalanan hidup seakan bersimpang siur. aku makin keliru dengan perjalanan hariku. seolah-olah aku tidak lagi mampu mengerti masih hidup atau sudah tidak bernyawa jasadku ini. helaan nafas seakan kosong..tanpa sekelumitpun rasa. aku makin keliru dengan perjalanan ini. seakan aku sesat sebelum memulakan perjalanan. jalan di depan seakan kabur..aku tidak mampu melihatnya Tuhan..aku tidak mampu mentafsir kemanakah jalan di depan sana akan membawaku pergi.

Tuhan..aku seakan tidak mengerti akan sapaan embun pagi dan tidak mengerti akan lambaian pekat malam. adakalanya terasa malam berdetik terlalu laju dan siang seakan tidak berputar. aku lemas dengan kepenatan yang memamah setiap urat kekuatan. terasa masa untukku sendirian bersama-Mu terlalu singkat, dan aku di buru masa yang terlalu lama dengan kepenatanku menghadapi dunia.
Tuhan..saat ini baru ku mengerti..betapa berharganya waktu lapang sesudah datangnya sibuk yang mendera kemampuan seorang hamba yang hina ini. Tuhan..apakah aku hamba-Mu yang gagal? apakah aku tergolong dalam golongan manusia yang menyesal? Tuhan..sesungguhnya Engkau begitu mengenaliku..aku tidak ingin sesekali merasa apa itu kesal. dan hari ini walau apapun yang telah terjadi dan akan terjadi..aku sesekali tidak pernah merasa menyesal. segalanya adalah pengalaman. pengalamanku mengenali apa itu ertinya kehidupan.

Tuhan..sekian kalinya aku pasrah dengan kehendak ketentuan-Mu. bahagia semalam mengajarku erti tertawa dan air mata semalam mengajarku menyelami apa itu ertinya derita. semalam adalah mimpi yang telah pergi bersama gerhananya rembulan. dan hari esok seakan tidak akan pernah kunjung datang. yang ada dan setia bersamaku sehingga kini adalah hari ini. hari ini yang seringkali setia bersamaku meniti perjalanan yang penuh mencabar. Tuhan..hidupkanlah aku hanya untuk menghadapi hari ini kerana aku telah berjanji pada diriku, akan ku usahakan yang terbaik untuk hari ini. ingin ku buang ngerinya semalam dan ingin ku halau angan-angan esok hari. moga hari ini aku bertapak di alam realiti. tidak lagi di buru fantasi yang sekian lama menipu diri.

Tuhan..hanya Engkau yang menentukan kejamkah aku pada hari-hari semalam atau kejamkah hari semalam yang mengajarku bermain dengan angan-angan.
Tuhan..tertawakah hari semalam melihatku atau aku yang akan tertawa melihat hari semalam mengejekku. Tuhan..ku hargai hari-hari semalam yang telah berlalu namun ku harapkan aku tidak lagi di temukan dengan kenangan hari semalam. biarlah hari semalam berkubur dengan masa. aku tidak ingin lagi di buru ngeri hari semalam. hanya aku dan Engkau mengerti betapa hari semalam memakan kekuatan diriku pada hari ini. jadikanlah aku kuat dengan semangat baru pada hari ini..bukan semangat semalam yang telah menjeratku ke dalam angan-angan. Tuhan..aku ingin berpijak di alam nyata. tolonglah aku..bawalah hari semalam pergi..kerana aku tidak mampu berdiri sendiri selagi hari semalam masih menghantui hati.
maafkan aku kenangan semalam..hari ini aku tidak lagi sudi menjemputmu bertamu di hatiku. maafkan aku kerana tidak lagi bersamamu.namun tidak pernah ku lupa, engkau..hari semalam telah mengajarku apa itu ertinya hidup di alam realiti. hari semalam adalah guru yang paling tegas mengajarku erti kehidupan walaupun aku hari ini tidak ingin lagi di temukan dengan hari semalam. aku ingin bergembira seadanya dengan semangat hari ini.


No comments:

PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

Designed By Seo Blogger Templates