Sunday, 15 December 2013

aku happy dengan shaklee

assalamualaikum..

hahaha..tajuk entry aku macam hape je kan?

bajet gempak! lalalala.

to be honest, betoi..aku rasa makin happy skang. opkos, semua itu nikmat kurniaan dari Allah :)


korang pernah dengar pepatah:

"money is nothing to mean everything"

memang la, duit tu bukan segalanya kan? pastu mesti korang bajet aku akan cakap lepas tu 

"but now everything is money" or "now you are nothing without money" :p

no!no!no! tidak!tidak!tidak!

tu suma modal lama beb :D

aku tetap dengan pepatah aku "MONEY IS NOTHING TO MEAN EVERYTHING", walo dengan apa cara sekalipun, aku akan pertahankan hujah aku.cewah!


AKU HAPPY DENGAN SHAKLEE!


bukan bermakna bila join shaklee otomatik aku happy sebab dapat duit bertimbun-timbun sebab baru jumpa lubuk harta karun.haha.


meh sini aku citer panjang lebar (kat atas tuh tak cukup panjang lebar ke? lol


sejak join SHAKLEE, aku dapat rasa mentaliti aku berberubah.

berikut adalah perubahan-perubahan yang aku alami:
(macam karangan darjah 6 lak)

1- aku berfikiran LEBIH POSITIF

kalau dulu aku cukup benci dengan orang yang negatif, orang yang suka cakap benda tak baik. bukan bermakna aku ni terlalu baik, bajet baik atau perasan baik.

tapi sebab bila aku akan senang terpengaruh dengan cas-cas NEGATIF yang diorang bawak.

ya! aku mengaku masa tu aku cukup lemah. sekarang..aku dah KALIS negatif! 
sebab, aku dah tahu macam mana nak kawal fikiran aku daripada di pengaruhi :) 

2- aku dah tahu abaikan benda tidak BERFAEDAH

sejak join SHAKLEE, aku add ramai kawan-kawan kat FB, awalnya jujur tujuan aku hanyalah untuk marketing. mula-mula aku susah jugak nak adapt. sebab aku ni jenis tak suka FB semak dengan update yang ntah hape-hape kat newsfeed. dulu aku banyak delete kawan.haha.

tapi sekarang, aku dah tahu nk ignore atau ABAIKAN sahaja posting yang tak memberi faedah kat aku.

mula-mula aku hanya baca update yang best n berfaedah je. update yang merapu atau orang mengadu tentang kehidupan dorang kat FB tu aku xbaca. aku rasa macam sangat ntah hape-hape. sebab masa tu aku bajet BAGUS.wakaka.

sekarang, boleh di katakan suma update kawan-kawan aku baca, yang baik aku jadikan teladan dan pedoman, 

yang negatif, merapu meraban atau entah hape-hape tuh, aku baca ugak, dulu aku cukup nyampah, sekarang aku rasa TERHIBUR lak. kelakar kadang-kadang dan buat aku berfikir hidup manusia ini macam-macam dan penuh ragam :D

3- aku ada ramai kawan

kan aku bagitau aku add ramai kawan kat FB kan? tak kira sape je aku add. dah sudah tu aku lak baca post-post dorang kat FB. aku ni lak jenis gatal tangan nak komen, dari komen-komen yang aku terjah kat diorang punye post, aku mula mesra n otomatik aku jadi ramai kawan.
yang PENTING, bukan kawan yang tak best lagi, tapi kawan-kawan yang sumanya BEST!

lagi-lagi dalam team SHAKLEE aku dapat ramai kawan-kawan yang supportive. diorang ni open minded. suka menolong dan menyokong. tak kita la kau dari mana jah. diorang nak je kawan ngan ko. n tetibe aku perasan, ZAMAN SEDIH aku seolah-olah berlalu macam tu je.hahaha. ape daa ayat :p


betoi, aku happy dengan SHAKLEE. tapi ofkos la bukan 100% SHAKLEE penyebabnya. 

penyebab utama inilah ANUGERAH DARI ALLAH dan selebihnya kita lah nk pilih untuk berubah ke arah kebaikan atau tak? :)

4- aku makin sibuk

hari-hari aku, asek sibuk ngan benda-benda best n bermanfaat je. aku dah tak masa nak buat benda-benda BODOH lagi.hahah. nak pikir benda bodoh pon dah tak ada masa.
kalo dulu keje bodoh aku, suka sangat nanges, tacing macam makcik bedah (kesian makcik bedah dapat name ;p) 
skang, aku sibuk ngan keje aku kat mesjid, time lapang lak aku cari input belajar pasal produk SHAKLEE. 
pegi kelas agama, baca buku etc.
tapi!!!! skali-skala main game kat FB tuh tak BODOH kan???wakaka ;p

5- aku bakal KAYA

akulah orang kaya baru! hahahaha. udah!dah!dah! ni memang tak leh blah. tadi gebang kencang cakap 'money is nothing' la. poyo je aku neh.kihkihkih.
aku gurau je.hihi. 
tapi kan, bila kita dah tak ada masa untuk di buang :D
kita akan luangkan masa kita untuk keje! keje! dan keje lagi! 
kalo macam tu, tak mustahil kita akan jadi KAYA!!!!
dan tak mustahil nanti aku ada BANGGALOW.wakaka.

hahahaha..dah la tuh. aku dah tido la. sebelum parah aku merapu ;p


babai kengkawan. 


eh, nak beli produk SHAKLEE dan supplement semulajadi roger aku erk :D


# Page FB: Healthy and Beauty Store

# FB: Suriati Abdul Halim
# Shaklee Independent Distributor (ID: 1081999)
# Email: suriatiabdhalim@gmail.com

# Sms: 013-7117971 


PESAN UNTUK SEMUA

aku suka berbicara, bercakap, merapu, meraban dan perkara sewaktu dengannya
aku suka cakap sendiri tapi aku belum gila lagi coz aku cakap dalam ati
kalo ade orang cakap aku gila tu membuktikan bukan aku yang gila tapi orang tu yang gila
sebab tak tahu membezakan orang gila dengan orang gila-gila
aku orang gila-gila tapi tak suka baca comik gila-gila
suka baca comic conan je..

PESAN UNTUK SI PEKAK

bila aku berbicara aku tak kesah orang nak dengar ke tak
sebab aku tahu ramai orang pekak
ataupun buat-buat pekak
dah la pekak suka pulak salahkan badak
kan selalu je orang panggil pekak badak
apsal selalu sangat nak senakkan kepala hutak
kalo ko pekak cakap jela pekak
jangan nak babitkan badak pulak
dah dasar orang pekak badak
ops..tersasul la pulak
sori la badak tersebut nama ko la pulak

POPULAR POSTS

RECENT COMMENTS

Designed By Seo Blogger Templates