credit picture to: Islamic Outreach ABIM
assalamualaikum..
program lawatan hospital
salah satu program di bawah Islamic Outreach ABIM adalah, program lawatan hospital atau lebih spesifik di kenali sebagai program ziarah pesakit di hospital-hospital yang di pilih sekitar ibu kota kuala lumpur dan kawasan yang sewaktu dengannya.hehe. menyahut seruan seorang kawan aku untuk mempromosikan program ini kepada lebih ramai sukarelawan dan masyarakat yang ingin turut sama menyumbang bakti kepada komuniti.
sejarah program lawatan hospital
Islamic Outreach ABIM telah memperkenalkan program ini sejak september 1990. hospital besar kuala lumpur dan hospital ampang pada awalnya telah dipilih sebagai hospital pusat sehenti di mana sukarelawan akan melawat dan menziarah pesakit. para sukarelawan akan diberi latihan mengenai perkara yang diperlukan, pendekatan serta kaedah bagaimana cara untuk mendekati pesakit. sukarelawan akan melawat wad wad di HKL termasuk wad kanser, neurologi dan ortopedik dan seterusnya melawat pesakit yang Islam dan juga bukan Islam.
semasa bulan-bulan perayaan, sukarelawan memberi beberapa cenderahati dan hadiah kepada para pesakit.
kami berharap dapat menjalankan program ini secara berterusan supaya ia boleh memberikan pesakit motivasi dan kebahagiaan. selain itu, mengingatkan mereka bahawa masih lagi ada yang menitikberatkan kebajikan mereka dan masih ada masyarakat yang mempunyai perasaan empati terhadap pesakit.
hospital-hospital terpilih
antara hospital-hospital yang di pilih untuk menjalankan program ziarah pesakit ini adalah seperti berikut:
1) Hospital Sg Buloh, Hospital Serdang.
maklumat lanjut sms ke 013-470 4775 nama penuh, hospital pilihan, lokasi korang, organisasi (jika ada).
2) Hospital Selayang
download borang di http://tinyurl.com/selayang, isi dan serahkan di pejabat Islamic Outreach ABIM Masjid Negara sebelum 1 Mac. boleh hantar gambar soft copy ke hafiz.majdi@ymail.com
* untuk pelajar IIUM Gombak, sila isi borang dan serahkan kepada Abdul Rahman (017-369 7934) sebelum 1 Mac.
3) Hospital Ampang, Hospital Kuala Lumpur
pihak Islamic Outreach ABIM masih berbincang dgn pengurusan hospital. akan di maklumkan kemudian.
maklumat lanjut
sebarang maklumat lanjut boleh rujuk poster di atas dan boleh hubungi nombor tertera. di ingatkan jika no tersebut tidak berangkat kemungkinan beliau sedang bertugas di hospital (kawan aku ni student medic). jadi, boleh tinggalkan pesanan sms atau call di waktu malam (sebelum waktu tidur).hehe.
atau boleh terus ke page facebook Islamic Outreach ABIM Official untuk info lebih lanjut dan maklum balas lebih cepat. sekian dari aku ;)
No comments:
Post a Comment