Saturday, 15 February 2014

kawan aku nak ke korea

assalamualaikum..

aku exsaited
meh aku nak citer neh, kawan aku akan ke korea.hihi. aku punya la exsaited sama.lalalala.
pasal ape aku exsaited? pasal k-pop? eh, mulut cakap bebaik okeh! aku cili kang ngan korean hot pepper powder baru tau! tak yah susah-susah nak makan kimchi lagi.hahaha. garang bebenor makcik!

aku minat korea
aku minat sangat kat korea. tapi tak bermakna aku minat k-pop okeh! aku tak layan kepop-kepop nih.haha. makcik dah tuo, makcik minat main masak-masak jerk.hihi. aku minat masak makanan korea korang tau! sampaikan kawan aku hadiahkan aku buku the korean kitchen oleh young jin song.hihi. terima kasih banyak-banyak kak siti manisah ngalim :D aku apa lagi. eppy!!!haha. dalam diam aku tak sangka aku obses masak makanan korea camtu skali. sampai kawan aku belikan buku ni kat aku baru aku pasan.kehkehkeh.



masakan korea
masakan korea apa yang pernah aku masak?hihi. nak tau?hahaha. bajet suspen je aku neh. antara masakan korea yang aku pernah buat: 
1- baechu kimchi - kimchi kobis cina

2- kkakdugi - kimchi lobak putih

3- oi sobaegi - kimchi timun

kimchi
hahaha.korang nak cuba masak tak benda tuh suma?hihi. nanti aku share resepi erk. kawan aku hasanah suka sangat makan kimchi. aku??? tak de la bape suka sangat. boleh la makan. tapi aku suka masak.hahahaha. kimchi pada yang baru nak try makan. tak de la bape sedap sangat.kihkihkih. tapi kimchi adalah masakan wajib bagi orang korea. dalam setiap makanan dorang, mesti ade kimchi sebagai side dish.hehe. yang tak gemar bau kimchi yang tak bape sedap bagi sesetengah orang tuh, terpaksa la tahan kalo dah pegi restoren korea tuh.hihi. dorang sampai akan cakap 'kimchi' masa ambil gambar sebagai kata ganti 'cheese' oleh omputeh or 'peace' bagi kita yang amik gambar.hehe. obses giler tak?ngehngehngeh!

kimjang
kimjang ni macam pesta buat kimchi secara besar-besaran macam ala-ala kenduri kimchi gituh. dorang akan berkumpul ramai-ramai n buat kimchi banyak-banyak untuk stok berbulan-bulan. biasanya untuk stok di makan waktu musim sejuk.hehe. meh aku share video kimjang.



cerita pasal kawan aku  
apa yang aku kagum pasal kawan aku nih, dia sangat gigih, tabah, cekal. hmm..aku banyak belajar daripada dia camne nak jadi kuat hadapi ujian hidup. aku sangat kagum ngan dia. buktinya aku letak post pasal dia kat label bicara tokoh.hehe.
sejarah result akademik dia, ni aku cedok dari status fb kawan dia: 

"Dia hanya mendapat UPSR 1 A,, 
Dia hanya mendapat PMR 4 A,,Malang x berbau,,SPM,,, gred G turut serta dalam Slip Result tersebut... Namun,,,Dia Mendapat 'Straight A' dalam STPM,,, dengan subjek yang diambil kebanyakan mengira... Dan kini,,, dia terpilih untuk berada di Korea!!!Wahai adik2 ku,,, jangan terlalu bersedih dengan rezeki yang diperolehi.... Tangga kejayaan masih banyak yang perlu kamu tempuh... Jangan berhenti berusaha biarpun berkali- kali kegagalan yang kita termpuhi... "

seorang anak yang baik
dia seorang anak yang baik. nape aku cakap camtu? sebab masa ayah dia sakit, aku tengok kegigihan dia sambil jaga ayah dia kat hospital, sambil study nak exam stpm masa tu. tabah giler. n masa nak buat keputusan untuk pembedahan ayah dia, aku nampak komitment dia kat situ. tanya doc n tanya kawan aku doc ugak apa yang patut di buat. transfer ayah dia ke hospital yang decide nak buang buah pinggang ayah dia ke hospital yang lain atas nasihat kawan aku doc tadi. tapi at last doc memang operate buang buah pinggang ayah dia ugak. sebab suspek ketumbuhan tu kanser. dia ulang alik dari hospital ke rumah n sekolah nak study lagi. aku tak tahu macam mana nak cakap kalo bukan nak cakap gigih, tabah, cekal dan macam-macam lagi. kata-kata boleh di ungkap, tapi tak mungkin boleh gambarkan apa yang dia hadapi sebenarnya. 

belajar di universiti malaya
masa dia stpm lagi dia adek duk cakap nak study kat um nanti. nak amik international relation and strategic studies. akhirnya hari tu dia betul-betul dapat apa yang dia idamkan. universiti yang dia nak n course yang dia nak ugak. aku masa tau berita tu, mashaAllah aku terpegun n rasa bersyukur sangat. betul la. Allah mengikut sangkaan hamba-Nya. apa yang kita fikir, doa dan selalu ucapkan itulah yang kita akan dapat. aku tumpang gembira buat dia.

sambung belajar di korea
dengan banyak kekangan (maaf aku tak nak citer kesusahan dia), dia sekarang mampu untuk sambung belajar ke korea. dalam jerih perit dia berjuang nak study dengan banyak ujian n dugaan. aku rasa nak menitis air mata bila tau dia dapat sambung study n dia still kuat berjuang walopun banyak kekangan. aku cuma harap semuanya berjalan lancar. ameen. 

dia nak ke korea
satu benda aku terfikir bila dia nak ke korea. 
hmm..aku nak kirim korean hot pepper powder untuk buat kimchi.hahaha. tak kesah la korang nak cakap aku ni ngokngek ke apa. korang ingat senang ke nak dapatkan hot pepper powder tuk buat kimchi yang sebijik sama macam korean punya. susah weh!huhu. serbuk cili kat mesia tak sama ngan korea punya. hasilnya kimchi aku kaler merah dia tak cantek macam kimchi korea punya.hahahaha.
jadi dengan harapan yang tinggi aku akan dapat masak bermacam-macam masakan korea yang canggih-canggih kononnya lepas kawan aku balik dari study kat korea.hihi. 

korean hot pepper powder
nilah rupenya hot pepper powder untuk buat kimchi tuh. aku kirim yang 1kg punye. aku dah tanya dah kat tourist korean yang datang lawat masjid tempat aku keje hari tu. dia cakap harga untuk 1kg lebih kurang 5000won bersamaan rm15.54 kalo tukar duit mesia.hihi. tak sabarnya aku.ngehngehngeh.

akhir kata
err..gebang kencang pasal kimchi letak pic kimchi banyak-banyak mane pic kawan tuh? tajuk entry kemain je.hahaha. korang tak nampak ke? nun aku letak pic kawan aku awal-awal pic pertama dalam post nih.hihi. tuh la kawan aku. nama dia fazilah majeed. dia kecik lagi (umurnya, badannya lagi besar dari aku.hihi) dia sebaya adek aku. umur 21 tahun. beza 7tahun ngan aku.hihihi. nak ngorat??? oit..biar dia abes study dulu okeh! kot ye pon biar dia bawak balik hot pepper powder aku tu dulu.hahahaha. baru la aku kasi can nak no phone ke apa.kihkihkih. apapun, doakan kawan aku erk. moga segalanya berjalan lancar dengan izin-Nya. ameen.
fazilah! study elok-elok kat sana nanti tau. moga mendapat kejayaan dunia dan akhirat. ameen :) ingat belikan hot pepper powder sebelum balik.gagaga :p 

No comments: