assalamualaikum..
penglibatan aku dalam kerja sukarelawan
pertama kali aku kenal erti kata sukarelawan ni dalam tahun 2010 gituh. kalau dulu aku lebih suka buat hal sendiri. fokus pada hidup sendiri. study rajin-rajin (walopun tak bape rajin), dapat kerja, beli rumah blablablabla..dengan kesimpulannya banyak fokus pada kepentingan diri sendiri je. tapi alhamdulillah mula tahun 2010 aku mula tergerak hati nak terlibat dengan aktiviti sukarelawan atau lebih senang buat kebajikan la.
Islamic Information and Services Foundation
ngo (non government organization) yang pertama aku join kerja sukarelawan adalah Islamic Information and Services Foundation atau nama singkatan orang panggil IIS. bertempat di setiawangsa. ngo ni lebih menumpukan kepada kerja dakwah atau nama lainnya sharing islam dan friendly comparative religion (perbandingan agama). aku memula pergi buat kerja sukarelawan kat sana je. lepas tu aku join kursus perbandingan agama kat sana. jadilah aku alumni fcr. kar sana aku pegi tolong diorang handle kursus. tapi tak ada la aku pergi bagi talk bagai.haha. aku pegi tolong sediakan makanan, susun kerusi etc. dari situ gak aku dapat kenal lebih ramai kenalan dan member kamceng.
aku ugak involve dengan program dr zakir naik ke malaysia pada september 2012.
Islamic Outreach ABIM
dengan ngo Islamic Outreach ABIM atau nama singkatannya (IOA) aku pada mulanya involve dengan program kebajikan orang asli. aku ikut dorang masa pertama kali pergi jelajah kawasan perkampungan orang asli kawasan hulu langat, selangor. masa tu beberapa tempat menjadi tumpuan. tapi selepas itu, mereka dah decide untuk pilih perkampungan orang asli sungai gabai sebagai kampung pilihan.
Islamic Outreach ABIM juga ada beberapa program yang boleh korang terlibat sebagai sukarelawan.
antaranya:
1- program kebajikan orang asli sungai gabai
2- program pemandu pelancong masjid
3- program lawatan hospital
dan banyak lagi. ada masa aku update info selanjutnya nanti. inshaAllah.
Islamic Relief Malaysia
Islamic Relief Malaysia atau singkatannya (IRF) merupakan salah satu ngo kebajikan ugak. aku start tahu n involve secara tak langsung dengan IRF sebab kawan aku ajak pergi sumbangkan barang terpakai kat kedai kebajikan (charity shop) dorang. inshaAllah details coming soon.
Islamic Charity Society (Penang)
Islamic Charity Society atau (ICS) yang berpengkalan di Penang. aku jumpa pasal ngo ni melalui kawan-kawan sekuliah agama aku dari Penang. mereka menjalankan kerja-kerja kebajikan dengan membantu orang miskin, bagi makanan free untuk gelandangan, bantu ibu tunggal, bencana dan sebagainya. boleh di katakan ICS ni lengkap ngo yang menjalankan aktiviti-aktiviti yang aku berminat nak terlibat sama. tapi sayang kat Penang.huhu. jadi sebagai sokongan aku, aku menyokong dengan promote dari jauh. nanti details aku citer lagi erk. ishaAllah.
sukarelawan tonggal kerja kebajikan
rata-rata kalau tak tahu, pada pendapat aku n ramai yang akui, sukarelawan adalah tonggak berjalannya satu-satu kerja kebajikan. kenapa? meh aku senaraikan kat sini.hehe.
berbakti tanpa minta balas
nama pun sukarelawan, bila kita buat kerja ni, kita buat dengan secara sukarela atau rela hati. kelebihannya, inshaAllah kerja-kerja yang di buat sepenuh hati dengan ikhlas diri. tidak ada masalah tak bayar gaji etc or nak elaun ke apa. sebab semuanya dah tahu buat kerja secara sukarela. rata-rata aku tengok, memang kerja-kerja kebajikan berjalan atas ihsan ramai sukarelawan yang sedia berkhidmat untuk masyarakat. tidak timbul berjuang untuk ngo atau persatuan mana-mana. jika ada perasaan sebegini, ia tidak lagi di namakan sukarelawan, tapi paksarelawan yang makan gaji dengan majikan. gituh! jadi orang yang terlibat dengan kerja sukarelawan tonggaknya kerja untuk kebajikan masyarakat.
berbakti penuh perasaan
ini bukan kes meluah perasaan okeh! tapi ni pasal sukarelawan yang sedia berkhidmat untuk masyarakat. bila dah nama pun sukarelawan, orang memang pergi kat situ sebab nak sumbangkan khidmat dorang secara percuma. kalo nak berbayar, tuh nama part time pulak. ye dok? hehe. jadi, mereka memang willing untuk berbakti, bukan di paksa untuk berbakti. so, memang dorang akan berkhidmat dengan penuh perasaan atau sepenuh hati. berbeza mungkin dengan orang yang makan gaji, mereka akan terikat dengan duit etc. sepatutnya orang yang makan gaji pun perlu ada semangat sukarelawan ni. bukan suruh buat keje free, tapi semangat buat keje sepenuh hati tu.
mari menyumbang
inilah sedikit sebanyak yang aku tahu pasal kerja sukarelawan ni. so, aku menyeru. meh le join kerja sukarela.hihi. tunggu update aku seterusnya pasal kerja sukarelawan ni.inshaAllah.
No comments:
Post a Comment