Friday, 21 February 2014

cuaca lebih panas

asslamualaikum.. 

cuaca panas
cuaca sekarang lebih panas, nasihat aku banyakkan minum air kosong. aku jika dulu bawa 2liter air ke tempat kerja, sekarang kena tambah 1 liter lagi. 3liter hanya untuk masa 9pagi -6.30petang. belum lagi tambah waktu minum di rumah. jadi kengkawan, lebihkan minum air kosong okeh! okeh kat sini aku nak share cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau.

kita perlu
1- minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang di lakukan. jangan tunggu sehingga kita dahaga.
2- minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
3- sejauh yang mana yang boleh kita perlu berada di dalam rumah/bangunan
4- hadkan aktiviti luar
5- kerap berehat
6- mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan kita
7- pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
8- pakai topi atau payung yang besar

cuba elakkan
1- minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
2- membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
3- bersenam dalam cuaca panas

jika mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah
1- keluar dari kawasan yang panas
2- tanggalkan pakaian yang ketat
3- letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
4- gunakan kipas untuk sejukkan badan
5- minum air setiap 15 minit
6- dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal

2 comments:

Linda said...

Tulah kan...dlm sebuk2 berita pasal suhu sejuk hari tu tetiba je jadi panas terik...

Suriati Abdul Halim said...

linda: ha'ah. dengar-dengar 30+degree celsius skang.
bulan jan sejuk, feb skang dah panas. banyakkan minum air dear :)